"ALIA, bangunlah kita dah lambat ni..." bahu Alia ditepuk berkali-kali. Ini dah masuk kali ketujuh dia kejutkan Alia. Memang sah tidur mati betina ni.
"Bangun..." badan itu digoncangkan. Perlahan mata Alia terbuka. Berbalam tubuh Afrina dipandangnya. Masih mengantuk lagi dia ni.
"Kau jangan tidur! Bangun lah Alia!" Kuat tamparan melekat di pipi Afrina menyebabkan Alia seperti dipanah kilat bingkas bangun. Dia seperti orang hilang akal.. dengan rambutnya berserabai. "Kau sedar tak sekarang pukul berapa ni? Pergi mandi lah!"
"Kenapa kau kat sini lagi?" Soal Alia hairan. Bukan ke semalam Afrina kata dia nak balik? "Kau kata nak balik semalam? Kenapa tak balik?"
"Tak jadi."
"Kenapa?"
"Eh kau ni.. bunyi macam nak halau aku je. Tak suka aku kat sini ke?"
"Bukan macam tu. Kau tu ada laki. Tempat kau bukan kat sini.. tempat kau kat sisi laki kau.. ni Zafril tahu ke tak kau kat sini lagi?"
"Alah.. dah kalau aku tak balik, pandai lah tu dia fikir aku kat mana.. Mana lagi aku nak pergi? Balik kampung? Memang tak lah!" Jawab Afrina.
"Kau ni.. memang lah tak salah kau nak datang sini.. tapi kan.. kau tu dah jadi bini orang lah Afrina. Aku tak nak bersekongkol dengan isteri derhaka macam kau ni.." bidas Alia. Dia perlu sedarkan Afrina yang sekarang dia dah jadi isteri derhaka. Kalau tak bagitahu, dia tak sedar tu..
Tajam pandangan matanya. "Banyak pula kau membebel. Aku pergi kelas dulu lah! Nanti tak pasal-pasal aku pun lambat sebab kan kau..." Afrina mencapai beg totenya setelah diisi dengan buku-bukunya. Tudung bawalnya dikemaskan sebelum menapak kaki keluar dari bilik Alia.
"Eh kau ni! Aku nasihat, bukannya bebel." Tergeleng kepala Alia.
"Kau lambat nanti, aku malas backup kau. Biar kau kena marah dengan madam. Padan muka kau.." katanya seraya menutup kuat pintu bilik Alia. Dia segera turun ke bawah. Jam ditilik.. sudah pukul 9:00. Kelas pagi ni mula pukul 10:00. Sempat lah kut dia nak ke kafe dulu sebelum kelas mula.
Dia mengatur langkah ke universiti yang tak ada lah jauh sangat dengan hostel Alia. Tapi kalau jalan tu sempat terjelir juga lah lidah ni. Hm..
Telefonnya berdering. Dia melihat nama yang terpapar di skrin. Keluhan berat dilepaskan. Telefon diletakkan pada telinga.
"Ada apa?"
"Kenapa tak balik semalam?" Soal Zafril dihujung talian.
"Penat." Jawabnya.
"Saya jemput awak ye.." serak suaranya kedengaran.
"Tak payah." Panggilan diputuskan. Dia mematikan telefonnya kemudian simpan semula ke dalam beg.
Entah kenapa fikirannya melayang-layang mengingatkan kata rindu Zafril padanya dua hari lepas. Benarkah rindu dia pada aku?
"Kalau rindu dia dah ada kat sini.." omelnya perlahan. Dia mempercepatkan langkah ke kafe setelah pintu pagar uni telah dia lintasi.
Selesai dia membeli makanan dan air yang nak dimakan, dia mengambil tempat di hujung kafe tersebut. itulah tempat makan yang agak baik untuknya yang anti dengan suasana ramai orang.
Satu hal lagi kerana pemandangan di situ.. tambahpula angin yang bertiup memberikan ketenangannya. Dia menghirup jus epal.
"Sorang je Rin?" Sapa seseorang di situ.
Afrina tidak menoleh. Dia kenal suara itu. Bukannya sehari dia kenal lelaki ni, sudah bertahun.
"Boleh saya duduk?"
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...