AFRINA Aireen senyap saja sepanjang perjalanan. Hanya suara Zafril saja kedengaran. Tak berhenti bercakap dari mula-mula dia tekan pedal minyak lagi. Dah nak bernanah telinga dia dengar Zafril ni bercerita. Cerita pun entah paperrr je. Nak buka radio dia marah. Hm.. Nasib la naik kereta dia.
Dia angguk saja bila soalan diaju pada dia. Ikut lah soalan apa pun, itu saja respon dia. Bukan apa, dia tak puas hati dengan Zafril sebab paksa dia. Dia tak nak balik kampung. Entah lah. Mungkin dia sekarang dah tak ada rasa nak balik kampung. Hm.. marah? Ada lah jugak... Tapi dia rindu. Rindu orang tua dia, rindu akak yang sewel.
"Awak tidur lah dulu. Dah nak sampai nanti saya kejut." Ujar Zafril. Matanya masih pada jalan raya. Keadaan jalan raya hari ini amat memuaskan. Sebabnya tak sesak sangat. Tak macam selalu.
"Hm.."
"Tak ngantuk ke?"
Afrina geleng perlahan. Dia melentok pada cermin kereta.
"Bosan." Dia mengeluh.
Zafril menoleh seketika. Baru itu suara yang keluar dari bibir Afrina selepas sejam lebih mereka dalam kereta ni.
"Hurmmm.. tidur lah dulu. Banyak kali dah saya perasan awak menguap. Awak jangan risau, saya akan pastikan kita sampai dengan selamat ke rumah umi,abi."
RASA ingin tahunya membuak-buak. Dia berdiri di sebalik pintu utama.Walaupun begitu, tetap sama. Dia tidak dapat mendengar sepatah apa pun yang menjadi topik perbualan wanita dengan lelaki itu. Beribu persoalan bermain di fikiran.
Ribut tak ada, angin tak ada. Seorang lelaki bertopeng hitam, berbaju sedikit lusuh pula berhenti tepat di hadapan rumah. Di sebalik pintu, dia nampak lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol. Secara tidak langsung, melepaskan beberapa das tembakan. Mulutnya yang ingin menjerit, ditahan sekuat mungkin.
Tiada apa yang menggerunkan dia kali ini selain memikirkan keadaan lelakinya. Sama ada dia silap atau benar, tembakan itu bukanlah tembakan rambang tetapi tembakan sasaran. Pada siapa, dia tidak tahu. Tangan dan kakinya menggeletar. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Fikirannya kusut.
Dia kekal disebalik pintu itu untuk berlindung. Matanya liar mencari kelibat wanita dan lelaki tadi. Tembakan terakhir yang dilepaskan mampu meruntuhkan jiwa dan raganya.
"Zafril!!!" Cukup bunyi jeritan itu dapat mendebarkan dadanya. Perasaan takutnya semakin menjadi-jadi. Ya Allah, sesungguhnya hanya pada-Mu aku berserah.
Dia beranikan diri untuk keluar dari tempat perlindungannya. Dia mahu tahu apa yang terjadi. Sungguh tidak aku duga sama sekali, fikirannya yang melampau tadi menjadi kenyataan.
Sudah mati jiwanya saat muncung pistol ditala tepat ke arah lelaki yang sudah berlumuran darah.
"Dum!!"
"No!!" Teriakan yang sia-sia. Begitu sakit yang dirasa, terpecik darah ke mukanya kerana dua das tembakan yang terkena pada badan lelaki itu. Terbaring kaku tubuh itu di lantai.
Air mata menitis sedikit demi sedikit. Kegetaran yang dirasa tidak dapat diungkapkan. Melihat cecair merah yang mengalir keluar dari badan itu bukan yang dia inginkan. Bermacam-macam penyesalan datang menerjah akal fikirannya saat itu.
Dia jatuh terduduk. Lemah seluruh tubuhnya saat melihat sekujur tubuh yang dia cintai terlantar tidak bergerak di situ. "Zafril.."
Lelaki bertopeng itu memulas minyak, memecut laju beredar dari situ.
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...