Bab 4

3.9K 124 10
                                    

TANPA segan-silu dia masuk ke bilik rawatan yang terpapar nama Dr. Atira di pintu. Sempat matanya menoleh melihat pesakit yang dirawat doktor wanita itu sebelum dia duduk di sofa. Lama juga dia menanti pesakit itu selesai dirawat barulah Doktor Atira bersuara mendekatinya.

Nak marah pun tiada guna dah.. dia pun dah masuk duduk rileks dah atas sofa tu. "Kau main masuk je eh.."

"Apa salahnya.. tak boleh?"

"Tanya pulak. Macam mana kalau nak dibuatnya time tu pesakit aku tuh terbaring atas katil pesakit tu.. tak ke malu dia nanti.."

"Apa salahnya.. kan ada langsir.. tariklah langsir tu.. buat apa kau letak langsir kat situ kalau tak nak guna? Nak buat pekasam? Ke nak simpan buat kain kafan?" Soal Zafril disertai tawa terbahak-bahak.

"Aku serius ni. Orang kata, perempuan yang tak nak kalah.. tapi kali ini terbalik pula.. lelaki pula tak nak kalah.. pening lah aku.."

Atira memicit kepalanya. "Haa kau datang ni nak apa pula? Afrina tu sakit lagi ke.. rasanya aku dah bagi ubat antibiotik hari tu.."

"Kau bagi ubat antibiotik?"

"Dah tu kau nak aku bagi ubat paracetamol tu kat dia? Ke cortal tu?" Tanya Dr. Atira sinis.

"Patutlah garang semacam je.. aku nak pandang pun takut.. mata tu tajammm mak ai.."

Atira tertawa.

"Aku tengok dia baik je. Kut nya dengan kau je dia macam tu.. itulah kau.."

Zafril bingkas berdiri. Dia mengambil cawan yang tersedia di bilik itu. Air masak dituangnya.

"Aku tak sengaja." Balasnya seraya meneguk air.

"Tengkorak engkau tak sengaja.. kau dengan Afrina dah nikah ke?"

Berkerut dahinya.

"Belum lagi.."

"Oh ye ke.. dah tu kenapa pula aku tengok kau dengan dia datang klinik aku kelmarin pakai baju macam orang baru lepas akad nikah je.."

"Aku dari butik Dean.. tak sempat tukar baju. Itu yang datang klinik kau dengan baju macam tu.." Jawab Zafril. Tiba-tiba pula berbunga hati dia bila mengingatkan hari itu, mana taknya dia dipegang Afrina berkali-kali.. memanglah sebab Afrina tu sakit kaki.. tapi kan.. ter gembira tu lah..

"Dean, lelaki lembut tu eik.."

"Lembut tak lembut.. bisnes dia maju."

"Yelah. Amacam kau dengan Afrina tu.. macam mana dia boleh setuju nak kahwin dengan kau.. dan kau macam mana boleh terfikir nak jadikan dia isteri kau.. sedangkan kau juga yang mainkan dia dulu.." Masa tu dia masih belajar di universiti tu, berita pasal Zafril dengan Afrina membuatkan kecoh satu uni.. termasuk sekali dengan pensyarah kat situ. Memang padanlah kalau Afrina tu marah gila kat Zafril ni. Kejam..

"Aku dah cakap kan tu salah faham! Memang la aku ni pernah mainkan dia tapi kan tu dulu kan.." Tempelak Zafril.

"Hm.. aku pun perempuan Ril.. aku tahu lah perasaan dia tu macam mana. By the way, Afrina memang tak cam aku eik.."

Zafril mengeluh kasar.

"Kau siapa nak cam cam.. tak penting. Lagipun, kau ingat kau sorang je belajar kat uni tu?"

"Eii kau ni kan. Dah la datang klinik aku tanpa jemputan.. kalau ikutkan bila-bila masa je aku boleh halau kau ni."

"Ada aku kesah?" Zafril menjelir lidah.

"Kesah la. Klinik aku ni. Dah keluar kau sekarang.. aku ada patient ni." Ujar Doktor Atira yang duduk semula di kerusi khasnya.

"Datanglah aku nikah nanti.." pesan Zafril sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Takdir kitaWhere stories live. Discover now