"BOLEH saya tanya awak?"
Afrina tertawa kecil. "Tanya je lah. Tiberr je minta izin."
"Saya nak awak jawab jujur.. boleh?"
"Haha kalau perlu saya jawab jujur.. saya jawab jujur. Kalau tak, tak lah."
"Awak masih sayangkan saya?"
Afrina yang leka dengan jari jemarinya mendongak. "Tak." Tak semena-mena jawapannya. Dia mengeluh. Lagi dan lagi soalan ni diajukan.
"Saya dah buang semua tentang awak sejak hari saya dapat tahu plan awak dengan geng-geng awak.. iya, memang pada mulanya saya rasa tak boleh lupakan awak.. tapi berkat kawan saya yang selalu buat saya lupakan pasal awak, saya boleh move on dari awak. Kalau awak nak tahu, sejak hari tu juga, saya berdoa.. saya takkan jumpa lelaki macam awak lagi.. sebab saya tak nak benda lama terulang lagi pada saya.. saya tak nak rasa pedih itu buat kali kedua."
"Malang sekali, allah tak makbulkan doa saya.. tapi tak apalah.. nak buat macam mana kan.. saya kena terima.. Walaupun dalamnya rasa benci ni pada awak" Keluhnya
"Saya benci awak Zafril." cukup tajam suara Afrina Aireen.
"Kadang-kadang saya pun terfikir juga.. ada ke penawar untuk hilangkan kebencian ni pada awak.. sebab apa? Sebab pedihnya hati saya walaupun hanya dengar nama awak.."
"Awak nak kan kejujuran, jadi saya beri kejujuran.."
"mungkin lepas ni kita akan berpisah.. saya tak minta banyak.. cuma saya minta awak janganlah sesekali mainkan hati perempuan lain.. sebab saya tak nak diorang rasa apa yang saya rasa.. dan.. saya nak ingatkan awak Zafril.. sekali awak sakitkan hati wanita, umpama awak menitiskan air mata ibu awak sendiri.. maaflah Zafril. Awak yang pinta kejujuran.. dan saya hanya berikan kejujuran."
Afrina Aireen mencari sorotan mata Zafril yang sengaja melarikan pandangan mata. Dia nangis ke?
Dia melipat sejadahnya lalu bingkas bangun.
Tangannya diraih yang membuatkan langkah Afrina Aireen terhenti.
"Tak pa Rin. Saya yang minta kejujuran. Jadi saya akan terima apa pun jawapan awak.. walaupun mungkin kejujuran itu menyakitkan.. tapi saya lega.. saya tahu sendiri dari mulut awak." Zafril bingkas berdiri.
"Cuma saya nak awak ingat, kita takkan berpisah.." Sejadah telah bertukar tangan. Zafril beredar selepas meletakkan sejadah di almari.
"Zafril Mikael!!"
Dia yang leka dengan menungannya mula tersentak. Wajah sahabatnya ditenung. Rasa nak saja dia hayun penumbuk ni ke muka Iqbal.
"Amboi, jauh menung!" Iqbal ketuk meja Zafril yang merupakan bos dia juga. Cuma dia jarang datang ke sini sekarang kerana telah dipindahkan ke syarikat kedua di Terengganu. Buat masa sekarang, dia perlu ada di sini untuk beberapa hari.
"Ingat bini ke brader?" Dia duduk di kerusi hadapan Zafril walau tidak disuruh.
"Cuba kau masuk tu bagi salam sikit.."
Segala kejujuran Afrina lontarkan sebelum ini sudah menunjukkan bahawa peluang untuk dia dapatkan hati, cinta Afrina Aireen terlalu nipis. Dan, sekarang dia sedar yang dia tidak berguna untuk si dia. Ayat dan perkataan oleh Afrina cukup membuktikan betapa kebenciannya pada aku terlalu menggunung. Jika itu hakikatnya, tak salah dia undur diri, dan itu bukan bermakna hatinya sudah kabur untuk Afrina. Tidak. Jika melepaskan dapat membahagiakan, mungkin itulah tindakan sepatutnya untuk dia.
"Hello! Encik CEO! Aku ni dah bagi dua,tiga kali dah salam. Satu pun tak berjawab! Kau nak aku berdiri je kat luar tu, sampai kau tu habis termenung? Macam tu?"
YOU ARE READING
Takdir kita
RomansaMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...