Bab 45

2.9K 108 7
                                    


"ASSALAMUALAIKUM..." Pintu dikuak sedikit.

Fira menjenguk.

"Boleh along masuk?" Zafril meminta izin.

"Masuk la along. Ada apa?"

Zafril masuk ke bilik adiknya setelah mendapat izin.

"Ada apa long?" Hairan.. tak ada angin, tak ada ribut. Abangnya masuk ke biliknya, siap minta izin lagi. Macam sesuatu sangat.. Biasa dia main masuk je.. Tak ada pun.. Ini nak minta izin bagai. Suspicious betul!

"Nah.."

Berkedut muka Fira. "Apa benda ni long?"

"Ipad la."

"Hah?!!" Terbeliak biji mata Fira. Pantas dia merampas paper bag dari Zafril.

"Amboi, gelojoh." Zafril tersengih.

"Along! Serious lah?!" Seakan dia sedang bermimpi, ipad pro berada di tangannya kini. Tak sabar rasanya dia nak buka kotak ni. Terketar tangannya.

"Iyelaa.. Kan along dah janji dengan Fira. Cuma along nak minta maaf, sebab along lambat tunai. Along busy.. Nasib baik along tak terlupa..."

"Fira pun dah lupa la, long.. by the way long.. takpe ke? Mama tak marah?" Fira berbisik diakhir ayat. Takut la mama tahu pasal ni, dah la result dia teruk hari tu..

"Okay. Along dah bagitahu mama. Cumaaa mama pesan, Fira kena belajar elok-elok. Jangan nak ralit sangat dengan benda ni. Satu lagi, jangan guna benda ni dengan cara tak berfaedah. Faham?"

Fira angguk.

"Kalau along dapat tahu, Fira taksub sangat dengan Ipad ni... Jangan salahkan along, atau mama.. kalau Ipad ni kena rampas..." Pesan Zafril penuh tegas.

"Hmm.. okay long. Fira akan cuba untuk tak taksub. Hehehe.... Thank you tau long!" Dia memeluk erat abang sulongnya. Bersyukurnya dia ada abang macam along.

"Hmmm, sayang along tak?"

"Gila tak sayang?! Sayang lah!!" Pekik Fira. Dia sengaja menjerit di telinga abangnya.

Berdesing telinga Zafril. Hmm sabar ajelah.

"Nanti, Fira kena tolong along lagi.." kepala adiknya diusap lembut.

"Tolong apa lagi long?"

"Bukan sekarang. Lain kali, kut kut lah, kak long Fira tu... merajuk dengan along lagi.." Zafril jongket kening.

"Orait! No hal lah. Cakap je bila, masa dan di mana. Pasti Fira datang. Fira sedia membantu!" Kata Fira bersemangat kalah orang berkawad.

Zafril tertawa mengekek. Kelakar adik dia ni.. Happy sangat tu lah, baru dapat Ipad.. hmm

"Tak apalah. Along keluar dulu. Ingat pesan along tu. Jangan taksub!" Zafril memberi pesanan sebelum keluar dari bilik adiknya.

Panjang melebar senyuman adiknya. Tak lekang dari bibir.

Zafril mahu turun ke bawah tetapi dia ternampak isterinya yang baru saja keluar dari kamar. Segera dia mendekat.

"Sayang.. nak pergi mana?"

Afrina menoleh. Terkejut dia. Ingatkan siapalah tadi. Dia membetulkan selendangnya yang terjatuh.

"Nak turun la. Bosan kat bilik. Mama kat mana?"

"Entah. Hubby pun baru nak turun.. Dah nampak sayang keluar, hubby tak jadi lah.." jawab Zafril.

"Aik.. bukan ke biey dah lama keluar? Tak turun lagi?" Pelik dia dengan Zafril. Memang dah lama Zafril keluar. Takkanlah tak jumpa mama lagi.

Takdir kitaWhere stories live. Discover now