JADI itukah penyebab kakak batalkan majlisnya dengan abang Imran. Sungguh dia tak terduga dengan apa yang dikatakan oleh suaminya.. Dia pun bingung harus mempercayai Zafril atau.... Hm..
Hatinya rasa takut, risau. Bercampur-baur perasaannya. Bagaimana kakaknya saat ini?
Jika fikir secara rasional, tak boleh juga meletakkan kesalahan 100 percent kesalahan pada Zayn. Iya benar, dia lah yang menggalakkan manusia yang lemah untuk mengambil benda haram tu.. Tetapi, sebagai manusia yang waras, abang Imran boleh memilih antara baik dan buruknya. Bukannya dia tidak pandai membezakan.. Sudah terang lagi bersuluh, benda itu haram.. tapi dia tetap ambil inisiatif itu..
Dia mendail nombor abi. Tak sampai beberapa saat, panggilan diangkat.
"Assalamualaikum, anak abi.."
Senyuman terukir. Bahagianya dia dengar suara orang tuanya. Dan, suara itu masih lagi teruja mendapat panggilan darinya.
"Waalaikumussalam. Abi, umi apa khabar?"
"Baik. Kitorang kat sini baik-baik je. Rin, apa khabar nak?"
"Alhamdulillah.. Rin sihat. Zafril pun sihat. Rin rindu keluarga Rin kat sana.." ujarnya ada sedikit rasa kurang selesa dengan hatinya. Dia rindu orang tuanya.
"Alhamdulillah.."
"Abi.."
"Ye apa?"
"Akak okay ke abi?"
Talian senyap seketika.
"Akak Rin.. Banyak berkurung dalam bilik aje.. InsyaAllah tak ada apa-apa.. Abi dengan umi ada.." bagitahu Tuan Naim.
"Rin betul-betul tak sangka..."
"Tak apalah Rin. Mungkin juga benda ni jadi ada hikmah dia.. Dan bersyukur juga, kita kenal perangai dia sebelum akak kahwin.." Ujar Tuan Naim. Walau ada rasa kesal tu dengan Imran, tetapi rasa bersyukurnya lebih besar dalam dada.
"Kalau apa-apa jadi, bagitahu Rin tau.. Rin rindu akak. Rindu semua.." menitis air matanya. Suaranya tersekat-sekat.
"Iya lah. Jangan risau. Jaga diri kat sana. Jaga makan minum suami. Jangan lawan suami. Faham?"
"InsyaAllah abi.. Kirim salam pada semua ye.." pesan Afrina sebelum mematikan telefon.
Sungguh, hatinya rindu pada keluarga. Apa yang dilalui oleh kakaknya kini, pasti sama dengan apa yang dirasanya beberapa tahun lepas. Sakit, pedih. Hanya tuhan yang tahu.
Ternyata isu abang Imran terlibat dengan dadah, bukan sebab utama kakak putuskan pertunangannya. Malah, sebab utamanya ialah abang Imran ditangkap berkhalwat dengan wanita lain. Allahuakbar..
Dia pun baru tahu. Itu pun selepas beberapa kali dia menyoal umi dan abi.
Sanggupnya abang Imran menduakan akak.
Tetapi dia bersyukur. Bersyukur kerana Allah bongkarkan sebelum akak bergelar isteri.
"Sayang..."
Zafril mendekati Afrina sebaik saja masuk ke bilik. Dia duduk di hadapan Afrina.
"Dah bangun? Kenapa tak turun?" Zafril selit rambut Afrina di telinga. Lembut dan manis.
Pandangan mereka bertaut. Ada air mata yang menunggu masa untuk menitis keluar.
"Saya call abi tadi."
Zafril mengorak senyuman. "Yeke.. Umi dan abi sihat?"
"Sihat.. Semua sihat, cuma akak. Abi cakap akak tak macam selalu. Akak banyak habiskan hari dia dalam bilik... Kesian akak..." Sebak suara itu mengungkapkan.
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...