BERKALI-KALI dia memicit belakang lehernya. Pen diputar-putar untuk mengaktifkan akal fikirannya agar dapat idea yang bijak sedikit.
Dia menaip pada kekunci komputernya. Kemudian kembali menatap kertas-kertas di hadapannya. Setiap butir perkataan itu dia baca. Jika tidak apa-apa pun boleh jadi.. kontrak ini penting. Bukan boleh buat main. Kita kena pastikan semua persetujuan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, kita kena baca dengan teliti. Bukan main sign je...
"Masuk lah.." Jawabnya setelah kedengaran pintu diketuk.
Namun, dia berfikir sejenak. Afrina ke ketuk? Macam pelik je.. biasanya dia yang akan masuk bilik belajar Afrina.. Kali ni Afrina pula masuk bilik kerja dia.. atau ini merupakan satu peningkatan?
"Awak tak makan ke?"
"Hah?" Zafril dongak sekilas saja. Dia sambung melayani kerja-kerjanya.
"Awak tak lapar ke? Saya tengok nasi goreng tadi tak diusik pun.." tutur Afrina.
"Oh ye.."
"Zafril. Saya bercakap dengan awak." Suara Afrina naik seoktaf. Geramlah dia dengan Zafril. Tahulah banyak kerja tapi tolonglah pandang sini!
Zafril dongak melihat wajah masam isterinya. Pen dilepaskan. "Maaf."
"Kalau banyak kerja, pergi office. Bukannya duduk rumah macam ni.." ujar Afrina.
"Tak banyak pun lah. Saya baca kontrak ni je.. Lepas tu settle." Terangnya.
"Turunlah makan."
"Kejap lagi lah."
Dia nak beredar. Tapi tidak tahu kenapa kakinya tidak mahu melangkah keluar malah dia duduk di sofa bilik itu. "Awak nak makan apa-apa ke?"
Zafril pandang pelik.
"Saya tanya..." cebik Afrina.
"Hm.."
Zafril bangkit. Dia mendekati isterinya lalu duduk bersebelahan. Dia tenung wajah Afrina.
"Saya nak nasi goreng tadi je."
"Serius lah?"
Zafril angguk. "Tapi nak awak suap."
"Mengada.." getusnya.
"Kalau saya tak mengada dengan awak, dengan siapa lagi saya nak mengada?"
"Siapa-siapa lah.." Afrina berdiri.
Dia terjerit kecil apabila tangannya ditarik oleh Zafril dan jatuh ke pangkuan suaminya itu.
"Saya ada awak sorang je, sayang.."
Rasa lain hatinya kini berada dalam pelukan suaminya itu.
"Percaya tak ni?"
Afrina menolak tubuh Zafril yang semakin mendekat. Dia resah dengan tindakan Zafril.
Zafril terima dengan hati terbuka. Dia berjalan ke mejanya semula setelah telefonnya berdering untuk kali kedua.
"Assalamualaikum along!!" Jerit adiknya sebaik saja jarinya seret pada skrin telefonnya. Terpapar muka adik bongsunya melalui panggilan video itu.
"Waalaikumussalam adikku.. Ada apa ni call along? Nak along banking duit ke?" Tanyanya sinis.
"Eh along ni! Kak long mana? Dia ada situ ke?"
"Ada ni ha.." Zafril duduk sebelah Afrina. Dia angkat telefonnya supaya wajah isterinya kelihatan.
"Akakkkk!!" Teriak Fira. "Fira rindu akakkk!!"
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...