Bab 22

3K 86 0
                                    

DENGUSAN kasar dilepaskan.

Bunyi deringan telefon menganggu dia untuk lena. Matahari sudah pun terpancar ke bilik itu. Dia meraba untuk mendapatkan telefonnya.

Tanpa melihat nama pemanggil, dia terus letak telefon di telinga.

"Apa?!"

Suaranya yang kuat telah membuatkan perempuan di sebelahnya bergerak kecil.

Diam seketika. Dia mendengar bualan di hujung talian.

"Jadi, kau nak aku buat kerja kau?!!" Tengkingnya lagi.

Kali ini suaranya sudah dapat mengejutkan perempuan itu. Kelopak mata perempuannya mula terbuka.

Pelukan dia pada lelakinya diperkemas. Kepalanya diletak atas lengan sasa lelakinya.

"Cari dia!!" Arahnya tegas sebelum melempar telefon canggihnya ke bawah katil. Mahunya berkecai telefon itu. Suka hati kau lah.

"Why baby??" Tanya Sofea sambil tangannya merayap menyentuh dada bidang lelakinya yang terdedah. "Pagi-pagi dah marah macam ni. Nanti cepat tua, baru tahu.." Bibir lelakinya menjadi mainannya.

Mereka bertentang mata sejenak, sebelum dia mendapat jelingan dan keluhan lelakinya.

Perlahan-lahan Sofea menjauhkan diri. Dia capai bath robe di hujung katil lalu disarung ke tubuhnya yang tiada walau seurat benang itu.

Dia turun dari katil.

"Hey, you nak pergi mana?"

"Suka hati I lah. You pun tak kesah kan.." jawab Sofea seakan berjauh hati dengan tindakan lelakinya itu.

Lelaki itu merapatinya.

"You merajuk ke ni?"

"You selalu macam ni.. You nak marah orang you, you lepas pada I. You ingat I apa? I pun ada perasaan.." Sofea peluk tubuh.

"Okay,okay. I mengaku I salah. I'm sorry.." Tangan lelakinya bermain dengan tali bath robe nya. Dia gulung pada jari-jemarinya.

"You know right, I love you.." Pipi halus itu disentuh dengan manja.

Meremang bulu roma Sofea. Tindakan lelaki itu membuatkan seluruh jiwa dan raganya tak tentu arah.

"I lo.."

"Yes, i know!" Pantas tubuh gadis itu dipeluk dan dibaringkan semula di situ.

"Zayn!!" Pekik Sofea dalam kemanjaan menggoda. 

Jiwa lelakinya tidak mampu bertahan lagi. Dia mencium perempuannya dengan rakus. Sungguh berjiwa dan penuh perasaan.

Yang pasti, tiada apa yang dapat menghalang dia. Dia seakan sudah tenggelam dalam dunia dosa yang dia sendiri wujudkan.

Sudah puas dia hanyut dalam dunia maksiat, dia melepaskan Sofea. Dia turun dari katil mencari bath robenya yang ditanggalkan semalam. Berselerak di lantai.

Kerna nafsu, dia hampir saja terlupa kerja penting dia yang perlu selesaikan. Nak harapkan orang bawah, memang tak berguna. Bodoh!

"I'm sorry, baby. I've to go.." Zayn cium bibir Sofea sebelum masuk ke bilik air.

Selepas beberapa minit, lelaki itu keluar semula dalam keadaan yang sudah kemas. Dan mampu membuat jiwa wanita-wanita di luar sana bergetar.

Sofea bengang. Dia yang duduk di sofa bilik hotel itu, sedikit pun tidak dilirik oleh Zayn. Beginilah lelaki, habis madu, sepah dibuang!

"You nak tinggalkan I macam tu je ke?" Nadanya sedikit dingin. Dia silang kakinya. Tali bath robe diperketat.

"Nanti I jumpa you. Don't worry.."

"Shit!" Sumpah Sofea sebaik saja tubuh lelakinya hilang disebalik pintu hotel itu. Tak guna punya jantan!

Lepas apa yang diorang buat semalam, dia ditinggalkan begitu saja.. err lelaki!




Tbc..

Takdir kitaWhere stories live. Discover now