"RIN.."
Dia yang baru keluar dari bilik air menoleh. "Ye umi.."
"Kat luar ada tetamu. Rin keluar ye.."
"Kawan umi ke?"
"Haah.. kawan umi. Jauh diorang datang. Rin keluar ye.." ujar uminya sekali lagi.
"Okay mi. Tapi.. Rin nak solat dulu la umi.." balas Afrina Aireen.
"Yelah. Solat dulu. Nanti keluar." Kata umi sebelum beredar.
Afrina Aireen mengambil telekungnya yang tersangkut di dinding lalu dipakainya. Dia meraba-raba bahagian mukanya untuk memastikan tiada sehelai rambut pun yang keluar. Kadang-kadang degil juga rambut ni.. tapi kali ni elok pula. Dia terus mengangkat takbiratulihram berserta niat.
Beberapa minit kemudian dia selesai menunaikan solat fardu yang dituntut.. dia akhiri ibadahnya dengan doa yang tak henti-henti memohon kebaikan dan keampunan.
Pintu dikuak. "Eh kau ni. Keluar lah cepat.. tetamu kat luar lah.."
"Tak reti ketuk pintu dulu ke?" Soalnya yang baru meleraikan tali telekungnya. Terkejut dia dengan kehadiran kakaknya ni.. salam tak ada ketuk pintu pun tak..
"Banyak pula bunyinya.. keluar lah.."
"Ye lah. Sabar lah. Kau tak nampak ke aku tengah buat apa ni?" Jawab Afrina bengis.
"Cepat sikit.." arah Aira Aireen sebelum menutup kemas pintu bilik adiknya.
"Eh dia ni kan.." Afrina bingkas bangun. Dia menyangkut telekungnya di tempat tadi lalu selendang dipakainya menutup kepalanya. "Siapa lah yang datang sampai kalut sangat minah tu.. tak menyempat betul.. aku ni manusia bukannya robot buat semua benda pun sekejap je.. eii" bebelnya seorang diri.
Dia melangkah keluar. Matanya terus memandang ke arah ruang tamu yang sememangnya ada tetamu disitu. Dia mendekati seraya duduk di tengah-tengah antara kakaknya dengan uminya oleh sebab diheret kakaknya yang super baik hati itu.
Senyuman diberikan pada wanita dalam lingkungan 50-an itu. Wajah itu seperti pernah dilihatnya tetapi tak ingat pula dimana.
"Inilah ye Afrina.. cantik orangnya." Puji wanita berkarisma itu.
Afrina hanya mengangguk dan dibalas dengan senyuman saja. Kepalanya masih berlegar memikirkan siapa wanita ini.
"Ini isteri kawan abi kamu Rin.. dia ni lah yang pernah selamatkan abi dan umi dulu.." ujar Puan Naura yang mengenangkan detik-detik kemalangan itu terjadi. Dia sungguh terhutang budi dengan Tengku Aziz dan Tengku Amina kerana sanggup menolongnya dan suami ketika itu walaupun mereka tahu kereta kami sedang terbakar.
Dan dia amat berduka cita dengan kepergian Tengku Aziz itu setelah bertahun tidak bersua muka sehinggalah hari ini dia hanya dapat menerima berita kepergiannya yang sudah hampir setahun akibat serangan jantung.
Terangkat kening Afrina. Patutlah dia macam pernah nampak. "Oh.."
"Jangan diungkit lagi lah ra.." kata Tengku Amina.
"Rin masih belajar lagi kan.. ambil course apa?" Aju Tengku Amina.
"Law.." itu saja balasannya. Dia ni introvert sikit. Bukan sombong tapi segan.. lebih-lebih lagi dengan orang yang baru dia kenal.
"Baguslah tak lama lagi boleh jadi peguam.."
Afrina tersenyum saja. Tak tahulah dia nak balas apa.. bukannya dia reti sangat berborak ni.
"Ma.."
Semua mata menoleh pada suara itu terutamanya Afrina Aireen. Terbuntang luas matanya tatkala melihat wajah itu. Zafril?! Tak habis fikir dia, macam mana Zafril boleh muncul disini.. setahu dia, tak pernah sekalipun dia bagitahu pasal kampungnya pada Zafril selama mereka bersama.
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...