Bab 42

2.7K 98 4
                                    

"SAYANG nak tahu apa? Tanyalah. Hubby jawab."

Dia sedar isterinya dah lama merenung dia. Seperti ada sesuatu yang ingin dia tahu. Nak tembus matanya ni kena tikam dengan panahan mata.

"Apa hubungan hubby dengan Sofea? Ha?"

Afrina memeluk tubuh.

"Hm..." Zafril berjalan duduk di pangkin rumahnya.

"Nothing special. Hanya kawan lamaa.." Jawabnya.

"Yeke?"

"Yelah. Kenapa, tak percaya?"

"Of course lah tak."

"Sayang...." Mendayu suara Zafril menyeru. Dia menarik tangan Afrina untuk duduk di sebelahnya.

Afrina menolak. "Awak nampak mesra sangat dengan dia. Sesiapa pun boleh fikir, sama macam saya fikir.."

"Serious hubby cakap.. Kami tak pernah ada apa-apa hubungan. Sofea dengan Zayn, sayang..."

"Ha?"

"Hmmm.. Sofea tu perempuan simpanan Zayn." Ujarnya.

"What?!! Serious lah?!!" Terbeliak mata Afrina. Memang dia tak percaya. Memang lah kalau tengok Sofea gedik semacam aje.. Tapi kan, takkanlah sampai begitu sekali? Allahuakbar.

"That's why, I tak nak Zayn rapat dengan you, sayang." Tangan Afrina digenggam. Kemas. Dia mendongak memandang mata Afrina yang berdiri.

"Saya takkan jadi macam tu lah. Saya boleh jaga diri saya sendiri.." bela dirinya.

"Tapi kalau terjadi apa-apa, saya yang rasa bersalah sepanjang hayat tau..."

Afrina pejam mata kejap. Sungguh dia tersentuh dengan Zafril.

"Satu lagi... Hubby, jumpa pengarah buat apa tadi?" Soal Afrina. Beribu tanda tanya bermain di kepalanya.. Tak adalah, kan macam pelik kan tiba-tiba je jumpa pengarah. Angin tak ada, ribut tak ada...

Zafril menepuk ruang di sebelahnya sebagai isyarat menyuruh isterinya melabuhkan punggung di situ.

"Dulu Zayn pernah terlibat dengan dadah."

Zafril menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung ceritanya lagi.

"Sebab tu lah, dia hilang tanpa berita dulu.. Arwah atuk, diamkan semua orang tentang kes Zayn.."

"Sebagai hukuman untuk Zayn, atuk arah Zayn untuk ke China. Pantau syarikat kat sana.. Tapi sama juga.."

"Zayn ulang kesilapan yang sama.. Dia buat hal kat sana. Terlibat pula dengan geng mafia kat sana.. Sekali lagi, atuk rahsiakan soal ni.. Kata atuk, dia tak nak keturunan kami dihina oleh orang luar.."

Kusyuk Afrina mendengar. Menambahkan lagi semangat Zafril untuk bercerita. Nampaknya ada lagi perubahan tentang Afrina.. Dia makin meminati untuk mengetahui kisah hidup Zafril yang lama terpendam.

"Atuk arah saya pula ke sana. Tinggalkan semua study saya kat sini.. bukan tu je, saya terpaksa tinggalkan awak tanpa sebarang ucapan selamat tinggal... Waktu itulah, saya terpaksa kerja sambil belajar.."

"Tak boleh nafikan, atuk memang manjakan Zayn. Sampai Zayn naik kepala, berani buat apa je. Sebab dia tahu, atuk akan sentiasa ada untuk dia.. Sampai lah hari papa dengan Zayn bergaduh besar. Tu pun sebab papa report kat atuk pasal Zayn yang terlalu bebas dengan dunia entah papee..."

"Setahun lepas tu, atuk meninggal. Atuk pesan pada kami sekeluarga, untuk jaga Zayn, lindung Zayn. Semuanya Zayn...

Saya marah, bukan kerna atuk lebih sayangkan Zayn berbanding saya. Tetapi, kerna Zayn tiada semasa atuk dikebumikan. Dia hilang..

Sembilan bulan lepas atuk pergi, papa pula kena serangan jantung, papa pergi tinggalkan kitorang.. Secara tak langsung, saya dengan Zayn lah ambil alih segalanya.. syarikat, kilang.. semua cawangan yang ada.. Semuanya atas kami.."

"Satu hal yang awak kena tahu... Zayn bukan sepupu saya. Dia hanya cucu angkat atuk."

"Wait.. Maksud awak? Awak tak ada apa-apa hubungan dengan dia?" Potong Afrina pantas.

Zafril angguk kepala. "Parents dia tinggalkan dia kat rumah anak yatim.. Atuk yang jaga dia sejak dia umur 9 tahun.." jelasnya.

"Maaf saya nak tanya.. Awak benci Zayn?"

"Jujur eik cakap, memang saya benci dia. Tapi tu dulu, saya benci dia, sebab saya banyak sangat kena berkorban untuk dia, salah satunya, saya kena tinggalkan awak kat Malaysia, untuk sambung belajar dan urus syarikat kat luar negara. Sedangkan waktu tu, waktu yang sepatutnya saya jelaskan awak semua tentang kita, mungkin juga.. kita dapat pulihkan hubungan kita, dan perbaiki segala salah faham. Tapi tak mampu..."

"Dah la.. Kita lupakan je lah pasal tu. Lagipun sekarang, kita dah kahwin dah pun.. Tak ada guna lagi kita kenang perkara yang lama.. melainkan kita jadikan satu kenangan pahit itu sebagai iktibar untuk kita di masa hadapan... Faham?"

Afrina melentokkan kepalanya di bahu Zafril.

"Dulu saya menganggap, mengenali awak satu kesalahan, mencintai awak satu kebodohan. Tapi sekarang, semuanya berubah menjadi mengenali awak satu keajaiban, mencintai awak satu ketetapan takdir cinta kita..." Dia tersenyum manis mengungkapkan kata-katanya. Ucapan itu sungguh bermakna untuknya.. Luahan itu jauh dari sudut hatinya yang paling dalam..

"Mengenali awak satu mainan, mencintai awak satu kesempurnaan." Sambung Zafril setelah beberapa ketika suasana menjadi senyap.

"Mamat jiwang..." ejek Afrina perlahan tetapi masih boleh didengar oleh Zafril.

Zafril ketawa kecil.

"Sayang..."

"Hm..."






















Tbc..

Takdir kitaWhere stories live. Discover now