ZAFRIL dan Afrina mengambil tempat di tepi pantai, menghadap ke arah laut. Suasana malam membuatkan detik itu jadi lebih indah dan bermakna. Bintang-bintang di langit seperti menyambut kedatangan mereka di situ, ditambah lagi dengan angin yang bertiup lembut dan bunyi deruan ombak yang menenangkan hati. Zafril memandang Afrina lama.
"Indah kan.." Afrina mula bersuara.
"Ha'ah." Jawab Zafril yang memandangnya dengan dagu bertongkat di lutut.
Afrina ralit memandang gelagat pengunjung di sekeliling. Gembira sungguh nampak riak wajah pengunjung yang hadir bersama keluarga mereka. Bergurau-senda, bergelak tawa.. Sama seperti keluarganya di bawah pondok yang tidak jauh dari mereka.
Umi, abi, mama orang yang paling bahagia di situ. Adam Yusof meriahkan suasana. Kak Aira dan Iqbal pula tak habis-habis diberi soalan cepumas berkenaan 'anak'. Kelakarlah jugak kadang-kadang dengar alasan diorang. Alia dan Zaffir, hanya jadi pendengar. Tak lama lagi, diorang pula bakal hadap situasi seperti itu. Jadi bersiap sedia lah.
"Sayang.."
Serta-merta Afrina berpaling. Dia menunggu perkataan keluar dari bibir Zafril. Tetapi tiada. Hanya pandangan yang diterima.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Tak betah dia lama-lama ditenung.
"Suka?" Soal Zafril tiba-tiba.
"Hmm.. Suka. Kalaulah saya tahu, macam ni rasanya. Dah lama saya datang honeymoon." Jawab Afrina penuh teruja.
"Tengoklah Adam tu. Dia lah paling riuh kat situ. Tak duduk diam pak long dia kejar. Aktif betul!"
Zafril mengerling ke arah pondok. Kelihatan Iqbal sedang gigih di situ. Terkejar-kejar dia mendapatkan Adam yang super buas itu. Nak kesian pun tak boleh, sebab lucu.
"Biarlah dia. Bagi pak long dia tu, practice dulu. Dapat anak nanti senang.. Nak pula macam Adam tu.."
Afrina ketawa kecil.
Suasana sepi seketika.
Bunyi ombak sungguh membuatkan dia rasa tenang. Rugi rasanya walaupun sesaat dia abaikan. Indahnya ciptaan Allah. Tengoklah, dengar saja dah boleh lembutkan hati, tenangkan jiwa.
"Tak sangka kan, kita kahwin."
Zafril dongak memandang langit yang gelap. Kemudian, dia mengesot lebih dekat dengan Afrina. Sebelah tangannya merangkul bahu Afrina.
"Kalau sayang tak sangka, hubby lagi tak sangka."
"Sebab sebelum ni, hubby dah buat sayang terluka. Dan itu sangat sulit untuk hubby bina semula cinta dalam hati sayang. Tapi alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kita.."
"Mudah ke?"
"Hm.. Tak mudah dan tak juga susah. Tapi semua tu perlu usaha dan keyakinan."
"Keyakinan bahawa Afrina masih, akan cintakan Zafril." Sambungnya. Dia mengeratkan rangkulannya.
Afrina tersenyum mendengarnya.
"Awalnya, Rin tak sangka hubungan kita hingga bergelar suami isteri. Sebab kita masih muda dan masih jauh perjalanan. Tapi apakan daya, jodoh itu rahsia Allah kan.. Tengoklah sekarang, dah bergelar mama papa dah pun." Ujar Afrina yang berhujung dengan ucapan syukur.
"Jadi sayang, siapa kita nak menidakkan takdir?"
"Walaupun kadang-kadang takdir yang ditetapkan tu menyakitkan, tapi kita ada cara untuk mengubahnya. Ubahnya menjadi sesuatu yang manis, yang indah. Sama seperti kisah kita. Takdir kita."
"Kita ditakdirkan walau hati tidak menerima. Tapi kerana Allah kita mampu laluinya. Terima kasih Allah. Terima kasih, sayang."
Zafril kucup dahi isterinya. Lama.
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...