PAGI-PAGI lagi dia sedar, Zafril sudah tiada di sebelahnya. Dia bangkit terus ke bilik air. Biasanya Zafril akan kejutkan dia untuk solat subuh. Hmm..
Keluar dari bilik air, dia terus mendirikan solat subuh.
Usai semua ibadah wajibnya, dia keluar dari bilik mencari kelibat suaminya. Dia melangkah ke ruang tamu. Mencari-cari wajah yang dia tunggu-tunggu tapi hampa.
"Rin cari Ril ke?"
Pantas dia menoleh.
"Zafril pergi mana, ma?" Tanyanya.
"Zafril keluar joging. Mama pun pelik, awal benar Zafril keluar berjoging. Baru pukul 6:40 pagi." Ujar Tengku Amina.
"Joging?"
"Ril tak bagitahu ke?"
Afrina geleng.
"Hmm tak apalah. Jom kita ke dapur, tolong Muna mana yang patut." Tengku Amina pegang tangan menantunya hingga ke ruang dapur.
Afrina hanya menurut.
"Puan.." sapa Muna sambil mengupas buah epal.
"Muna masak apa hari ni?" Soal Tengku Amina. Dia jenguk masakan yang terhidang di meja makan.
"Nasi lemak, puan." Jawab Muna.
"Rin, nasi lemak ni. Favorite Zafril tau.. Kalau Ril merajuk, Rin cuba masak nasi lemak untuk dia. Insyaallah menjadi.." kata Tengku Amina tiba-tiba.
Terkedip-kedip mata Afrina. Mama tahu ke Zafril tengah merajuk dengan dia ni?
"Ohhh.. okay ma."
"Tapi, mama tak rasa lah, nasi lemak ni boleh lawan nasi goreng yang Rin buatkan untuk Ril dulu kan..." usik Tengku Amina.
Ketika Zafril dengan Afrina dahulu, setiap kali Afrina bawa kan Zafril bekal, pasti Zafril akan beri padanya untuk rasa. Sedap. Pandai Afrina pikat hati Zafril dengan nasi gorengnya.
"Haaa?"
Dia masih bingung.
Tengku Amina senyum. Dia tarik kerusi untuk Afrina. "Duduklah."
Afrina duduk.
"Zafril ada susahkan Rin ke selama mama tak ada kat Malaysia?"
"Hmm tak ada ma. Kenapa mama tanya?" Ikhlas dia cakap. Memang Zafril tak ada susahkan dia selama mamanya tiada kat sini. Malahan, dia banyak membantu. Walau kadang-kadang menyakitkan hati.
"Tak adalah. Mama tanya je. Betul ni, Zafril tak ada buat masalah??"
Afrina angguk.
"Hmm.. pasal Zayn dengan Zafril tu, mama tak berani nak cakap apa-apa. Rin tunggu Zafril je cerita ye.."
Tipulah, kalau Afrina tak ada rasa ingin tahu pasal hari tu. Sudah tentu dia masih tertunggu-tunggu penjelasan dari Zafril. Tambahpula, hal itu juga melibatkan namanya. Sungguh dia tak terduga.
Dia mengukir senyuman nipis. "Takpe ma. Bila tiba masanya, Ril akan cerita pada Rin.."
"Rin...."
Mata Tengku Amina merenung Afrina. Dia teragak-agak mahu meneruskan bicaranya.
"Ada apa ma?"
"Emmm.. Mama nak tanya Rin.."
Afrina menanti Tengku Amina menyudahkan percakapannya. Dia pula rasa berdebar..
"Teh.." Muna letak dua cawan teh panas di hadapan majikannya.
"Terima kasih." Ucap Afrina dengan senyuman. Terserlah lesung pipit kanannya.
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...