Bab 16

3.1K 93 5
                                    

*aik bab 16? 15 tak baca lagi. Haa so, keluar skrg cri bab 15🤣sorry tau.

"RIN.. jauh termenung. Ingat laki lah tu!"

Afrina yang sedang termenung di wakaf sebelah kolam ikan tersenyum apabila ditegur begitu. Sebenarnya dia teringatkan Zafril. Pasal pagi tadi.. dia sengaja datang awal ke universiti hari ni. Sebabnya tak nak bertentang mata dengan lelaki itu. Lepas je subuh tadi dia terus datang ke hostel Alia. Nasiblah kau Alia kena bangun awal..

Sungguh dia tidak sedar pasal semalam dia macam mana boleh tidur di atas katil sedangkan dia lena di sofa. Oh, mungkin Zafril yang angkat.. okay.. entah kenapa hatinya mahu menjerit.. tapi seakan bahagia. Itu tidaklah mengejutkan baginya selain dari tidur di atas lengan Zafril yang sasa tu!! Iya, semalam dia tidur atas lengan Zafril, dengan sebelah tangannya berada atas dada bidang lelaki itu. Dia dan Zafril terlalu rapat. Sebelah lagi tangan lelaki itu merangkul pinggangnya. Arghh!!

Terkejutnya dia pagi tadi, namun, dia berusaha juga untuk loloskan diri seawal dan seperlahan mungkin supaya Zafril tidak terjaga. Persoalan dia, kenapa keadaan dia begitu?? Harap saja tidak terjadi apa-apa antara mereka. Kalau tak, tak tahu lah dia mengadap Zafril macam mana.. aduiii. Tak, tak. Dia percaya Zafril.

"Woi!" Lengan Afrina ditampar kasar.

Afrina tersentak.

"Termenung lagi.. apa hal kau ni?! Gaduh dengan Zafril lagi ke?" Dia hairan dengan Afrina sebenarnya. Tadi tersengih-sengih, tersenyum-senyum macam kerang busuk, Eh tiber, ribut tak ada, angin tak ada, masam cemberut dah mukanya. Dah macam tapai basi!

Afrina tekup muka dengan tangan.

"Ke kau tak puas hati dengan presentation tadi?"

"Tak.."

"Dah tu?"

Dia membalas dengan gelengan. Tak mungkinlah dia nak cerita kat Alia. Ada kena gelak sampai lubang kubur dia..

"Hm.. macam mana kau dengan Zafril?"

"Macam mana, macam mana apa?"

"Kau dengan dia lah. Dah boleh terima dia?"

Dia menguap. Tanda dia bosan dengan soalan yang sama setiap kali dia dengan Alia. Bukan kali ni je dia tanya, dah berkali-kali.

"Kau ni kan.. takkan la aku nak kena cerita kat kau satu per satu. Apa dah jadi semalam, kelmarin, minggu lepas, bulan lepas, sesaat tadi.. macam tu ke??"

"Lahh kau ni. Aku tanya kau boleh terima dia dah ke.. tu je. Bukannya aku tanya lebih-lebih pun.." jawab Alia.

"Terima ke tak terima tu tak penting, tau tak? Yang penting sekarang ni.. aku kena balik cepat." Dia kemas barang-barang ke dalam beg totenya.

"Eh kau nak pergi mana? Cepatnya balik. Bukan kau kata nak ikut aku pergi Subway ke???"

"Tak jadi lah. Aku ada makan-makan dengan groupmates aku lah." Bukan niat dia nak mungkir janji dengan Alia.. tapi tu lah, dia tak ada pilihan sebenarnya.. adui.. Kalau tak ikut nanti serba salah pula..

"Ha? Makan-makan dengan groupmates?? Apa benda kau ni? Untuk apa semua tu?"

Dia jongket bahu. "Maybe sebab minggu depan dah start cuti. Aku pun tak tahu lah."

"Gila.. bukan main eh kumpulan kau.. Siap celebrate lagi. Wait!" Teriak Alia seakan baru mengingat sesuatu. "Means, sekali dengan Ariq lah?!"

Afrina angguk dengan biasa. "Dia satu kumpulan dengan aku kan.."

"Kau..."

"Aku tak ada pilihan la, Alia. Kalau tak pergi nanti apa pula diorang cakap. Tak pasal-pasal nanti diorang kata aku ni tak boleh move on dengan Ariq. Kau lupa ke dulu, apa orang cakap kat aku dengan Zafril?" Aju Afrina. Kepalanya tiba-tiba saja mengimbau kenangan pahitnya yang sudah lama berlaku, namun masih segar difikiran.

Takdir kitaWhere stories live. Discover now