Bab 5

3.9K 116 1
                                    

SUDAH menjelang tengah malam. Keluarganya dan keluarga mentuanya masih rancak bercerita di ruang depan. Zafril pun sama berada di dalam kelompok tersebut dengan pakaiannya masih berbaju Melayu. Yang membezakan, sekarang sampin dia dah hilang. Mereka usik-mengusik dengan hamburan tawa yang tak boleh bawa bincang.

Abinya yang kebiasaannya ke masjid setiap malam, jadinya tak pula malam ni. Oh ye, ada menantu kesayangan kat rumah.. kalau ye pun sayangkan menantu, ajaklah sekali menantu tu. Err..

Selepas Alia pulang tadi dia terus masuk ke bilik. Penat sangat sampai lepas solat Asar dia terus lena di sejadah. Tak pasti pula sama ada Zafril solat di mana..

Panas telinga dia mendengar usikan keluarganya. Berpijar mukanya menahan malu. Zafril pula melayan saja. Kalau boleh nak saja dia hempuk Zafril dengan pasu bunga umi ni. Biar berhubung sikit sel-sel otak tu. Dia terus masuk ke bilik sebelum salah seorang dari mereka tengok. Berada dalam bilik lebih selamat.

Dia duduk di katilnya. By the way, katilnya tiada apa yang menarik, hanya seperti sedia kala. Itupun selepas dia mengugut uminya supaya tak ubah apa-apa dalam bilik ni.. dan mujur uminya menerima.

Dadanya berombak kencang saat bunyi ketukan pintu.

"Adik.." Aira melangkah masuk.

Lega rasanya. Ingatkan Zafril tadi rupanya kakaknya sendiri. Memang tak berubah perangai.. masuk macam tu je.. 

Aira duduk di birai katil.

"Apa kak?"

"Tak ada apa.." Aira melihat sekeliling bilik adiknya. Sepatutnya bilik ini penuh dengan bunga-bunga dan hiasan.. tapi tak.. err apa punya pengantin lah macam ni..

"Tak payah nak pandang-pandang sangat. Kau nak apa ni kak?" Tanya Afrina. Dia malas nak berbasa-basi walaupun dia tahu kakaknya memang begini. Tiba-tiba masuk biliknya, tiba-tiba keluar macam tu je.. entahlah.. fikirannya memang tak boleh nak baca. Kalau baca juga, haa kompem dah mental.

"Kesian Zafril sat gi masuk bilik kau tengok macam niiii je.."

"Kenapa pula.. ni bilik aku kan. Suka hati akulah.. lagipun adik tak alu-alukan pun dia tidur sini.." kata Afrina tak semena-mena.

"Eh kau ni dik.. dengar kat Zafril nanti.. tak pasal-pasal jadi isteri derhaka di hari pertama jadi isteri kan.."

Afrina mencebik.

"Ha ye kak.. kau pergi mana tadi? Adik tak nampak kau pun petang tadii.. mana kau hilang?" Soal Afrina.

"Haaa ye! Imran tu tadi.."

"Kenapa dengan tunang akak tu?"

"Dia nak tolong kucing dalam longkang tadi.. tup tup dia yang tergelincir masuk longkang. Itu lah akak tak ada tadi.."

Terburai tawa Afrina.

"Boleh pulak macam tu?"

"Yelah.. habis laa baju Melayu dia tadi. Tak pasal-pasal kena cari baju abi bagi kat dia."

"Hahahahahhahaha"

"Penat betul akak. Akak pun pening dengan abang Imran kau tu.. anti betul dia kalau tengok haiwan dalam kesusahan.. risau akak.."

"Kenapa pulak akak risau.. akak takut dia jadi Wonderpet ke? Hahahahah"

"Kau ni timah. Jangan macam tu.."

"Tak adalah kak. Akak sepatut bersyukur dia tu suka kan haiwan.. bukannya macam sesetengah orang kat luar sana yang nampak je kucing.. sepak lerrr terajang ler.. macam macam."

Takdir kitaWhere stories live. Discover now