Bab 48

2.8K 103 4
                                    

PAGI ini dapur dah riuh. Hari yang sepatutnya hari paling bahagia untuk Aira Aireen. Tapi ia dah bertukar. Hari ini abi teruskan majlis dengan majlis doa selamat dan tahlil untuk keluarga.

Terkilan memang terkilan. Tapi mungkin Allah dah tentukan yang baik untuk dia kan..

Puan Naura terharu melihat anak daranya yang sudah makin membaik. Tiada lagi berkurung dalam bilik, murung memanjang..

"Umi, abi minta kain untuk alas meja."

"Umi.. Abi minta kain untuk alas meja. Umi letak kat mana?" Ulang Afrina sekali lagi.

"Umi."

Afrina menyergah.

"Ya Allah!!" Latah Puan Naura. Hilang menungannya tadi. Bertuah punya anak.

Afrina dan Aira yang ralit membancuh air ketawa.

"Eh umi ni.." Tergeleng-geleng kepala Afrina.

"Ada apa? Rin nak apa?" Soal Puan Naura lembut.

"Abi nak kain untuk alas meja. Umi letak mana? Biar Rin ambilkan."

"Kat almari dalam stor."

"Oh okay!" Afrina berlalu pergi.

"Kenapa umi pandang Aira macam tu?" Soal Aira diiringi senyuman manis yang terukir.

Dia perasan sedari tadi lagi uminya sedang merenung dia. Mungkin kerana umi tak sangka yang dia akan kembali seperti biasa kan. Kenapa perlu fikir macam tu? Dia masih waras la.. cuma dia perlukan masa saja waktu itu.

Tetapi lepas apa yang terjadi dua hari lepas, cukup membuat dia benci pada jantan tak guna tu. Dah lah. Nak sebut nama pun malas.

Puan Naura berdiri di sebelah anaknya. "Aira betul dah sihat ke ni? Lebam ni masih nampak la sayang.. Sakit?" Omel Puan Naura. Dia menyentuh kesan lebam di bahagian leher anaknya yang terdedah.

"Aira dah sihat la umi. Leher Aira sakit sikit je. Tapi setakat nak tolong umi kat dapur ni, boleh sangat...."

"Dah sapu ubat?"

"Dah umi.." Aira tersenyum.

"Umi jangan macam ni lah. Aira tak ada apa-apa pun.. Aira dah terima semua ni jadi." Aira mengusap bahu uminya.

"Ha baguslah. Tak payah nak mengharapkan budak tak guna tu lagi. Geram mak ngah dengan budak tu! Nak je mak ngah lenyek-lenyek dia tu, bagi buaya makan." Sampuk Mak Munah yang sedang mengupas kulit bawang.

"Tu lah! Kalau Munah nak lenyek, aku ni nak je koyak-koyak kulit dia tu. Lepastu daging dia tu cincang-cincang. Bagi makan ayam. Entah-entah ayam pun tak ingin nak makan!" Tambah seorang wanita lagi. Itulah dia mak saudaranya.

Aira Aireen ketawa. Ramai juga orang yang menyayangi dia. Sampai begitu sekali nak menyebelahinya.

"Aira sokong."

"Eh umi. Umi nak bawa pergi mana ni? Sini Aira bawa." Pinggan yang masih bersih di pegangan Puan Naura sudah bertukar tangan.

Terkejut Puan Naura. Dia baru saja nak bawa pinggan-pinggan tu ke luar. Walaupun majlis belum mula.. tapi dia dah sediakan makanan untuk ahli keluarganya yang datang untuk menolong persiapan.

"Nak bawa ke luar lah. Pakcik makcik nak makan kat luar tu." Tutur Puan Naura.

"Tak apalah. Biar Aira buat.. Lama dah Aira tak tolong umi kan.."

"Berat tu Aira. Hati-hati."

"Okay umi."

Aira dengan berhati-hati pegang pinggan ke luar rumah.

Takdir kitaWhere stories live. Discover now