PANDANGAN Afrina tak lepas dari memandang suaminya di sofa. Lepas solat Maghrib terus dia duduk berlunjur di sofa bilik itu sambil baca buku apa entah.
Berkali-kali juga Afrina cuba untuk berbual dengan Zafril, tapi tetap sama, sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Hairan lah dia.. tadi dah okay.. takkan merajuk lagi.
Penat lah cenggini hari-hari.
Afrina lipat sejadahnya dan Zafril. Dia tidak terus membuang kain telekungnya..
"Awak kerja ke esok?" Soal Afrina sekadar ingin berbasa-basi.
"Hm." Itu saja jawapan Zafril. Dia teruskan membelek buku ditangannya.
"Oh.. Kalau saya nak keluar esok boleh ke?"
Sebenarnya, dia tak ada sebab pun nak keluar, soalan yang diajukan adalah random. Dia bosan.
Tiada jawapan dari Zafril.
"Awak merajuk dengan saya ke ni?"
Afrina mendekatinya di sofa.
"Tak adalah." Jawab Zafril. Tetap juga tidak memandang Afrina.
"Dah tu.."
"Dah tu, apa?" Zafril mengerlingnya seketika.
Tak semena-mena buku ditangan Zafril, dirampas oleh Afrina. Pantas buku itu disorok ke belakang saat Zafril cuba mendapatkannya semula.
"Apa awak nak ni, Afrina? Tak nampak ke saya tengah buat apa?" Serius mukanya. Dia bingkas berdiri.
"Awak ingat saya ni apa? Anak patung ke? Saya bercakap dengan awak kan.. kenapa tak boleh jawab elok-elok?" balas Afrina pula.
"Tak kesah la apa pun. Bak sini buku saya tu!"
"Tak boleh!"
Zafril jegil mata. "Suka hati awak lah."
Dia mahu melangkah keluar.
Afrina segera menghalang laluannya. Nasib tak tersungkur dia kat situ, dek terpijak kain sembahyangnya.
"Nak tangkap katak ke?" Soal Zafril sinis.
"Jom keluar." Ajak Afrina tanpa menghiraukan perlian Zafril.
Berkerut dahi Zafril.
"Jomlah keluar. Nak tak?"
"Tak nak. Saya penat." Putus Zafril.
"Betul tak nak?"
"Awak nak saya ulang berapa kali? Seribu? Dua ribu?" Dingin sekali bunyinya.
"Tak kiralah. Awak kena keluar dengan saya juga..." kata Afrina Aireen.
"It's up to you lah."
Zafril menolak tubuh Afrina Aireen yang menghalang laluannya.
"Awak nak ikut ke awak nak saya bagitahu kat mama, awak buat masalah?" Ugut Afrina.
Langkah Zafril terhenti.
"Apa dia?"
"Pilihlah. Awak nak ikut saya keluar atau awak nak saya bagitahu mama aw.."
"Saya buat masalah apa? Setahu saya, awak je yang bermasalah sekarang ni." Celah Zafril.
Terkedu Afrina Aireen.
Naik sebelah keningnya.
"Okay.. jadi betul lah, awak merajuk dengan saya lagi?"
"For what? Untuk apa i merajuk dengan you?"
![](https://img.wattpad.com/cover/301443266-288-k136605.jpg)
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...