"KENAPA ni sayang?" Tegur Zafril melihat Afrina di balkoni.
Lamunannya terhenti sebaik saja Zafril berdiri di sebelahnya. Afrina tidak membalas renungan Zafril malah dia lebih selesa melemparkan pandangannya ke luar melihat panorama yang indah dari rumah mewah keluarga Zafril.
"I'm talking to you, Afrina.."
Dia menahan dari melepaskan keluhan. Sebenarnya, dia perasan Afrina lain sejak malam itu. Afrina jadi lebih pendiam dari kebiasaan, dia juga kerap termenung. Paling parah bila dia bercakap, Afrina tidak lagi memandang wajahnya.
Apa salah dia pula kali ni?
"Tak ada apa. Awak dah makan?" Tanya Afrina tetap tidak memandang Zafril.
"Sayang.. tell me please. Awak ada masalah?" Desak Zafril. Tak boleh lah macam ni.. dia kena tahu apa kena dengan Afrina.
"Tak ada apalah."
"Look at me." Arah Zafril sedikit tegas. Dia merapati Afrina.
Afrina menjauh. Dia beri pandangan tajam pada Zafril.
"Apa salah saya, sayang?"
"Nothing. Saya tak ada mood nak bercakap dengan awak. Tu je..."
Dia silang tangannya ke belakang saat Zafril ingin meraihnya.
Tindakan itu membuatkan Zafril mengeluh deras. "Sampai bila ha kita nak macam ni? Sampai bila awak nak anggap saya ni macam orang asing?" Luah Zafril. Serba sedikit dia memang terasa hati dengan tingkah laku Afrina Aireen.
"Saya takkan tahu apa...."
Kata-kata yang mahu diluahkan oleh Zafril terganggu apabila telefon pintar Afrina yang berada di tangan Afrina sedari tadi bernyanyi riang. Belum sempat Afrina mahu melihat siapa pemanggilnya, Zafril terlebih dahulu merampas telefon itu dan melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon itu.
Benar jangkaannya. Pemanggil yang sama menelefonnya hari ini.
"Ariq Naufal."
"Atau kerana di hati awak ada lelaki lain?" Soal Zafril.
Afrina terdiam. Sampai begitu sekali kah Zafril fikir pasal dia?
Zafril menyerahkan telefon kepada Afrina kemudian berlalu begitu sahaja tanpa sebarang kata pamit. Pertama kali dia mendapat tahu berkenaan pemanggil itu, dia hanya menganggap lelaki itu hanya kawan sekampus Afrina. Namun, bila dia ternampak Afrina bertemu seorang lelaki di Fun Fair malam itu, entah kenapa dia yakin itulah lelaki yang bernama sedemikian.
Maaf, kepalanya memang tak dapat berfikir ke arah kebaikan. Dia terlalu terlampau memikirkan soal lelaki itu, apa hubungan mereka, dan kenapa Afrina menangis selepas bertemu lelaki itu?
Tanpa kata, Zafril mengambil kunci keretanya dan pergi meninggalkan Afrina di balkoni itu.
Afrina yang masih terkaku di balkoni mematikan telefonnya. Terbit rasa amarahnya pada diri sendiri dan Ariq Naufal. Jika dia tidak simpan nombor itu dalam kenalannya pasti Zafril tidak berfikir seperti itu.
Dan, jika Ariq tidak telefon pada saat ini, pasti Zafril tidak pergi dengan salah sangka yang menggunung.
Dari balkoninya, dia dapat melihat Zafril memecut laju keretanya.
Dia rindu pada Zafril. Entah kenapa, sejak malam dia berdebat dengan Ariq, dia jarang berbual dengan Zafril. Hubungan dia dengan Zafril sudah seperti orang asing. Iya, sama apa yang dikatakan Zafril.
Atau sebenarnya dia melempiaskan marahnya terhadap Ariq pada Zafril?
AFRINA Aireen daki anak tangga menuju ke bilik Zafril setelah menyedari akan kepulangan suaminya itu. Tengku Amina yang memberitahunya hatta menyuruhnya untuk ke bilik.
Dia tahu Zafril sengaja segera masuk ke bilik supaya tidak berjumpa dengannya. Marah betul..
Perlahan-lahan dia tolak daun pintu. Zafril sudah terlentang di atas katil dengan mata tertutup tetapi, dia yakin Zafril belum terlena. Sebab, ketika dia jenguk sebelum masuk tadi, dia perasan Zafril membuka mata melihat dia. Seketika itu juga, dia memejam semula matanya.
"Awak tak siap lagi?" Tanya Afrina yang merenung Zafril di katil.
Senyap. Tiada jawapan. Hanya bunyi burung yang berkicauan di luar balkoni.
Dia renung jam di dinding. Sudah pukul 4 petang! Dua jam Zafril keluar merajuk!
Buntu sebenarnya.. Apa dia nak buat untuk pujuk lelaki ini. Takkanlah nak ajak dia pergi Fun Fair lagi sekali? Hm..
"Siap nak pergi mana?" Suara garau itu kedengaran. Walaupun agak lama masa untuk dia menjawab. Tapi dia jawab kan... Lengannya yang berada di dahi, meghalang untuk Afrina menatap wajahnya lagi.
Afrina menahan senyum. "Awak kata nak balik rumah kita. Pakaian saya dah kemas dalam beg ni.." ujar Afrina lalu duduk di birai katil.
"Atau awak tak nak balik sana lagi?" Mana lah tahu kan.. kut, kut disebabkan masalah diorang sekarang ni, Zafril berubah fikiran untuk tidak pulang ke rumah mereka terlebih dahulu.
"Awak tanya saya. Saya takut awak je yang tak sanggup tinggal berdua dengan saya." Balas Zafril dengan keadaan yang sama.
Hmm.. dia faham maksud Zafril.
"Saya ni siapa je. Boleh ke awak tinggal dengan saya." Sambungnya.
"Hmm.. jadi, sebelum ni saya tinggal dengan siapa kat sana? Bukan awak ke? Ke saya tinggal dengan awak punya pelanduk dua serupa?" Kata Afrina dalam gurauan.
Zafril mendiamkan diri. Malas dia nak menjawab lagi. Nanti makin besar pula masalah diorang yang asalnya sebesar zarah saja..
Iya, dia cemburu. Cemburu jika ada lelaki lain di hati Afrina.
Dia bingkas bangun. Sedaya upaya dia tahan kepalanya daripada menoleh memandang isterinya. Walaupun jelas, dia rindukan Afrina Aireen walau sekejap saja dia pergi.
"Tadi umi call."
"Umi cakap apa?" Dingin sungguh suaranya.
"Akak nak batalkan majlis akad nikah."
Zafril menoleh. Berkerut dahinya.
"Kenapa?"
Afrina gembira, sepertinya topik ini menarik perhatian Zafril. Tetapi, dia tetap hairan dengan kakak yang tiba-tiba putuskan semua ni.
Dia jongket bahu. "Tapi, majlis nanti tetap diteruskan.. cuma akan digantikan dengan majlis tahlil arwah atuk dan opah." Jelasnya.
Terangguk-angguk kepala Zafril.
"Saya pelik, kenapa dengan akak.. Takkanlah abang Imran ada masalah..." Abang Imran yang dia kenal memang lurus bendul. Kalau itu yang kakak nak, jadi dia akan ikut. Tapi takkanlah sampai tak jadi nikah pun abang terima..
"Lepas Asar kita gerak." Kata Zafril sebelum masuk ke bilik air.
Tbc..
![](https://img.wattpad.com/cover/301443266-288-k136605.jpg)
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...