Bab 17

2.6K 88 1
                                    

"YA ALLAH!!"

"Baru balik?"

"Ya allah.. Awak buat apa dalam gelap macam ni?" Turun naik dadanya dek terkejut. Puas dia scan muka gerangan di hadapannya. Lega dia bila dapat cam muka suaminya sendiri.. ingatkan pencuri lah tadi.

Dia kunci pintu utama rumah itu. Kemudian, berpaling ke arah Zafril semula. Dia ni bisu ke? Suis lampu dibuka. Haa tu dia terserlah wajah suaminya.

Senyap aje.. takkan marah kut. Yang pasti tajam mata Zafril memandangnya.

"Sedar tak pukul berapa sekarang ni?" Soal Zafril sedikit tegas.

Jantungnya tak tenang. Namun, dia cuba untuk menahannya. Dah macam ayah tiri pulak mamat ni dengan kain pelikatnya, tangan pula disilangkan. Nasib tak ada misai yang naik ke atas tu.. kalau tak sebijik Mister Potato. Hahaha..

Dia tilik jam ditangannya. "Lima belas minit nak masuk pukul 9." Jawabnya biasa.

"Awak buat apa sampai sekarang baru nak balik? Tolong masak untuk diorang ke?" Sindir Zafril.

"Eh tak.." Dia geleng. Kadang-kadang kita kena layan sindiran orang ni..

"I'm serious, Afrina Aireen."

"Same!"

Suasana sepi seketika. Dan ia tamat sebaik saja telinganya terdengar keluhan di bibir Zafril.

"Fine. I'm sorry.."

Zafril angkat muka. "Untuk apa?"

"Sebab balik lewat. Sorry..."

Lemahnya dia jadi seorang lelaki. Dia kalah dengan Afrina. Semua rasa marah dia hilang sebaik saja menatap raut wajah isterinya.

"Kenapa balik lewat? Dari pukul 4 tadi pergi makan. Sekarang baru sampai rumah? Dah kenapa? Borak apa sampai tak ingat nak balik rumah? Makan apa sampai berjam-jam. Saya nak jemput. Awak tak bagi.. Tengok sekarang nak pukul 9 baru lah awak jumpa jalan balik. Dah kenapa?" Bebelnya dengan muka ketat. Bukan masa dia untuk berlembut dengan Afrina.

Afrina raut muka. Dia dah cakap 'maaf' kan.. tu pun tak cukup ke?

"Iya, saya tahu saya salah. Tapi kan, baru pukul 9. Belum lagi pukul 12 tengah malam."

"Afrina!"

Terhincut badannya. Dia berundur setapak. Serius dia nampak riak amarah Zafril.

"Saya izinkan awak keluar bukan bermakna awak boleh lupa status awak sebagai seorang isteri! Saya ni suami awak! Saya ada hak nak tahu awak kat mana, dengan siapa, buat apa, balik pukul berapa! Awak jangan buat saya ni macam tunggul kayu kat rumah ni tunggu awak balik!" Suaranya meninggi.

"Perlu ke awak tinggikan suara dengan saya?" Dia pun tak kalah menyoal. Jangan ingat semua perempuan lemah walau dah sehabis baik dia menyimpan rasa gugupnya.

"Perlu. Kalau awak sendiri yang ta.." Belum sempat Zafril menghabiskan kata-katanya. Afrina memotong.

"Tak.. apa?!" Dia yakin, Zafril nak kata dia tak pandai hormat suami. Yes! Benar sekali itu memang dia. Dia sedar... sebab itu dia potong. Dia tak mahu dengar itu dari mulut Zafril sendiri. "Saya minta maaf."

Dia melepaskan nafasnya yang rasa tersekat tadi. "Kitorang tunggu maghrib tadi. Itu sebab saya balik lambat. Alia yang hantar saya. Awak boleh tanya dia kalau tak percaya.." terangnya. Dia tunduk ambil telefonnya yang jatuh tadi.

"Hidup as husband and wife, kalau tak ada kepercayaan dan persefahaman.. Takkan kekal lama..." kata Afrina tanpa sedikit riak. Dia melangkah pergi.

Takdir kitaWhere stories live. Discover now