Bab 8

3K 111 3
                                    

"TAK payah fikir sangat la."

Tuan Naim duduk di sebelah isterinya. Dia bersandar di sofa. Sejak anak dan menantunya berangkat pulang lagi isterinya tak habis-habis termenung. Gelisah betul dia.

"Saya risau la dengan Afrina tu bang.."

"Risau kenapa?" Alat kawalan jauh ditekan untuk menghidupkan televisyen.

"Zafril tu manusia bang.. dia pun ada hati, ada perasaan, ada tahap kesabaran dia juga bang.. Boleh ke dia tu nak layan perangai Afrina tu.. Saya pun pelik kenapa Rin boleh jadi macam tu. Kita nasihat pun, macam tak ada faedah pun pada dia.." Keresahan takkan hilang selagi Afrina dan Zafril tak berbaik.

"Hm.. Awak takut Zafril tu naik tangan pada Rin ke ni? Dah dah.. tak payah fikir sangat. Kita doa baik-baik je. Abang pun risau juga.. tapi nak buat macam mana? Biarlah diorang selesaikan masalah diorang laki bini.." tutur Tuan Naim.

"Yelah bang.. saya tengok tadi pun Rin tu macam.."

"Dah ler tu.. Selagi awak duk fikir pasal diorang.. selagi tu la takkan habis. Kalau risau sangat, kejap lagi call dia. Borak lah puas-puas." Potong Tuan Naim.

Puan Naura mengeluh.






































ZAFRIL tidak mematikan enjin keretanya sejak sepuluh minit tadi walaupun sudah sampai di rumahnya. Sejak sepuluh minit tadi juga Afrina Aireen lena dibuai mimpi. Kepalanya terlentok pada cermin kereta.

Sepanjang perjalanan mereka, tiada apa yang menarik melainkan melihat Afrina dengan matanya yang terlelap. Mungkin Afrina lebih memilih tidur dari berbual dengan dia. Besarnya kebencian dalam hati Afrina.

Gerakan kecil Afrina menyentakkan Zafril yang merenung isterinya. Pandangan cepat-cepat dilarikan.

Berkerut muka Afrina. Dia perasan tindakan Zafril. Dengan matanya yang masih kabur, dia melihat sekeliling. Dah sampai ke? Ini ke rumah Zafril?

"Dah sampai?"

Zafril mengangguk.

Dia menelan liur. "Kenapa tak turun lagi?"

"Awak tidur tadi kan.. Saya teman la. Takkan saya nak tinggal awak kat sini sorang-sorang.."

"Tinggal je lah. Bukannya ada apa pun."

"Awak isteri saya. Mana boleh saya tinggal. Kalau ikutkan hati saya tadi.. nak je saya dukung awak. Tapi itulah.."

"Tapi apa? Berat sangat ke saya ni?"

"Alah setakat badan awak yang kecil ni.. Saya angkat sebelah tangan pun boleh lah."

"Err.." Afrina buat muka menyampah.

"Awak tanya macam tu tadi tu kan.. Macam awak nak saya dukung awak je?" Zafril tersengih nakal.

"Err tak ada makna." Dia menjeling Zafril. Pintu kereta dibuka. Dia keluar dari perut kereta Zafril.

"Eleh.. mengaku je lah." Usik Zafril.

"Daripada awak dukung saya, lebih baik saya suruh gorila je dukung saya.. Saya lebih rela didukung gorila la dari awak."

Pintu kereta dihempas kuat.

Terkejut Zafril di dalamnya. Dia mematikan enjin lantas keluar dari keretanya.

Takdir kitaWhere stories live. Discover now