Bab 39

2.9K 109 8
                                    

ZAFRIL merenung wajah isterinya yang sedang tidur nyenyak. Dia tersenyum melihat wajah itu. Tangannya membelai-belai pipi Afrina dengan lembut.

Afrina bergerak kecil seakan terganggu lenanya dek gangguan itu. Perlahan-lahan dia membuka mata dan merenung Zafril.

Kemudian, dia perhatikan pula sekelilingnya. Ingin mengingat semula di mana dia sekarang. Setelah beberapa minit barulah dia teringat kejadian malam tadi.

Entah bagaimana ia terjadi, tapi itu atas kerelaannya sendiri.

Pipinya terasa panas kerana malu. Tidak sanggup berdepan dengan Zafril ketika ini.

"Aip!" Zafril menahan Afrina dari menyelubungi dirinya dengan selimut. "Assalamualaikum sayang.." ucap Zafril perlahan.

"Hm.." berusaha sehabis baik dia melarikan matanya dari bertembung pandang dengan Zafril. Malu.

"Hm? Tak jawab dosa, sayang..." usik Zafril.

"Waalaikumussalam.." balas Afrina perlahan.

Zafril menarik nafas panjang kemudian tersenyum.

"Pukul berapa ni?" Afrina buat-buat tanya, ingin menyelesakan suasana ini.

"Pukul enam. Bangunlah, kita solat sekali." Tangan Afrina ditarik perlahan.

Afrina bangun dari pembaringannya, bersandar pada kepala katil. Baju tidurnya sungguh mampu membuat mata Zafril ralit merenungnya. Bagaimana cara sekalipun, dia harus berlagak biasa.. seperti mana yang telah mereka lakukan.

"Dah mandi ke?" Tanyanya bersahaja dek melihat pakaian Zafril sudah bertukar dari semalam. Dan, kewangian Zafril menusuk hidungnya. Wangian itu menenangkannya. Sejak bila dia minat bau ini...

Zafril tersenyum. Dia sua wajahnya pada Afrina. "Kenapa? Nak mandi sama-sama ke?" Usik Zafril dengan penuh kenakalan.

"Boleh je saya mandi sekali lagi..." sambungnya sambil mengenyit sebelah matanya.

"Err.." Afrina merapikan rambutnya. Perasaannya berkecamuk.

Mata Zafril terpaku melihat isterinya. Leher putih itu mencuit nalurinya.

"Sayang.." panggil Zafril manja.

Afrina hanya mengangkat wajah berbalas pandang dengan suaminya.

Dia menanti Zafril meneruskannya.

"Do you love me?"

Kedua-dua tangan Afrina dipegang. Pegangan yang bertukar menjadi genggaman. Diramas jari-jemari isterinya.

Afrina kehilangan kata untuk menjawab. Ia benar, dia bersama dengan Zafril tanpa Zafril mengetahui tentang perasaannya. Yang dia tahu, perasaannya mula berubah. Perasaan sayang dan cinta yang seharusnya sang suami dapat kini ada dalam jiwanya. Cinta seorang isteri terhadap suaminya.

Soal itu, tidak sepatutnya meniti di bibir Zafril, kerna dia sendiri pun sudah pasti mampu menekanya.

"Err.. Saya nak mandilah.. dah lewat ni." Dia menolak lembut badan Zafril. Dia turun dari katil.

"Sayang.." Zafril menahan kala Afrina mahu ke bilik air.

"Sekejap.."

Afrina memandang wajah suaminya. Kalau Zafril ingin dengar pengakuannya sekarang, memang tak boleh. Bibirnya masih berat untuk mengungkapkan itu.

Tapi salah, bukan itu yang diinginkan Zafril.

Mendarat satu kucupan di dahinya. Lama. Kucupan yang dapat membuatkan dia rasa erti kasih sayang yang sebenar. Matanya terpejam.

Takdir kitaWhere stories live. Discover now