AKHIRNYA dia keluar juga dari bilik kerjanya setelah hampir seharian berada dalam bilik itu. Boleh dikatakan sejak dia dan Afrina sampai di rumah petang tadi, dia langsung tidak keluar bahkan Afrina pun dia tidak bersemuka.
Dia menuruni anak tangga ke dapur. Dia dahaga. Kering weyy.. nak buat macam mana, nak protes sangat kan. Confirm-confirm lah akan ada impak dia.. Dia pun tak mengharapkan Afrina untuk bawakan dia air. Sebab dia sedar diri dia pada Afrina Aireen.
Telefonnya yang berdering dalam poket seluar dikeluarkan.. Panggilan dijawab.
Kakinya terhenti saat melihat satu figura wanita yang sedang berdiri di singki. Aroma yang dihidu membuatkan perutnya bergendang. Sedapnya...
"Ada apa?"
Afrina menoleh bila terdengar suara Zafril. Baru saja dia mahu menjawab tatkala terdengar soalan Zafril. Tetapi sempat dia menahan bila perasan telefon berada di telinga Zafril. Jadi, dia sedar bahawa soalan Zafril bukan diaju pada dia malah kepada pemanggil di hujung talian.
Selesai dia mencuci kuali yang digunakannya untuk goreng telur dadar tadi, dia terus beralih melihat tom yam yang sudah siap, menunggu untuk dihidang saja.
Dia toleh memandang jam di dinding ruang tamu. Jam 11 malam.
Ikutkan hati dia tadi memang malas nak masak, tambahpula Zafril pun tidak memberi tanda-tanda untuk keluar dari bilik kerjanya. Nampak sangat Zafril marahkan dirinya. Tapi disebabkan memikirkan perutnya yang lapar, dia paksa juga diri dia untuk memasak. Kalau dah dia pun lapar, apatah lagi Zafril yang tidak makan sejak tengahari tadi. Isteri jenis apalah dia ni kan.. Makan minum suami pun tak terjaga.
Zafril mencapai cawan air di kabinet seraya menuang jus mango dari peti ais. Tiada walau sesaat pun anak mata Zafril jatuh padanya. Dia seperti tidak wujud di situ.
Puas dia meneguk jus mango, dia mengatur langkah ingin keluar dari ruang dapur itu. Harapan dia sebelum keluar dari bilik tadi hancur. Harapannya, tidak mahu bertemu atau terserempak dengan Afrina. Mungkin dia terlupa, dia dan Afrina tinggal sebumbung. Mustahil lah untuk mereka tidak bertemu.
"Kejap!"
Afrina paut lengan Zafril.
Zafril mengeluh berat.
Dia tidak mahu berdebat dengan Afrina lagi. Kerana dia takut hubungannya dengan Afrina akan jadi lebih teruk.
"Kejap la.. saya nak cakap sikit ni." Ujar Afrina setelah mendapat tepisan halus dari Zafril.
"Okay bro, aku call kau balik nanti.." kata Zafril kepada pemanggil sebelum menekan butang merah di skrin.
"Cakap la."
Sekali lagi dia cuba meleraikan pegangan di lengannya.
"Berapa kali awak nak merajuk dengan saya? Minggu ni saja, dah berkali tau tak? Kenapa ha?"
"Kenapa? Rimas ke? Ke tak sanggup nak pujuk saya, lebih tepat awak menyampah dengan perangai saya.. kan?" Kata Zafril.
Dia pusing badan untuk beredar. Tetapi malang, kali ini Afrina menghalang laluannya pula.
Kedua-dua tangannya di depa.
"Kejap laa.."
"Apa lagi ha?"
Zafril silang tangannya di dada. Tindakan itu menyerlahkan otot dan urat lengannya.
"Saya..."
Belum sempat Afrina menghabiskan kata-katanya Zafril terlebih dahulu memintas.
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...