Bab 6

3.5K 116 3
                                    

"SAKIT lagi tak kaki tu?" Soalnya yang ternampak isterinya di dapur.

Afrina Aireen yang sedang leka menyuap nasi goreng ke mulut tersentak. Datang salam tak ada, apa tak ada.. nasib tak tercekik. Kalau tak mati kat sini lah aku.. tak pasal-pasal jadi duda muda mamat ni.

Dia menjeling Zafril Mikael yang duduk di sebelahnya.

"Sakit lagi?" Soalnya lagi.

Afrina menghembus nafasnya. "Tak sesakit luka yang awak cipta.." jawabnya memang niat menyindir.

Tergamam Zafril seketika. Tajam sungguh kata-katanya. Ini yang dia nak kan.. terima lah..

"Saya minta maaf."

Sekarang dia keliru, ucapan maaf tu sebab dia dah seliuhkan kaki aku, atau.. dah mainkan aku 3 tahun lepas?

"Tak payah." Suapan terakhir disua ke mulut sebelum dia mengangkat punggung beredar dari situ.

"Awak.." Zafril mengikutinya. Pinggang kecil isterinya dirangkul lembut. "Saya tolong awak.." sedikit pun matanya tidak memandang isterinya. Iya, dia tahu.. pasti terbuntang luas mata Afrina ketika ini.

"Tak payah sentuh saya lah! Eii!" Marah Afrina Aireen. Dia merentap kasar tangan suaminya. Merah mukanya menahan marah. Berani-beraninya mamat ni pegang dia!

"Maaf.. tapi saya nak tolong awak. Kaki awak tak sembuh lagi tu." Ujar Zafril masih lembut.

"Kaki saya dah okay! Tak payah nak buat baik kat sini. Saya tak suka!" Pekiknya sudah tidak menghiraukan orang-orang di rumah itu.

"Rin.." sapa Tuan Naim.

Kan dah kata.. baru saja sebut. Dah muncul.

Afrina Aireen tidak menghiraukan abinya. Dia mahu masuk ke biliknya namun, kakaknya lebih pantas menghalang laluannya. "Kesian lah kat Zafril tu.. janganlah kasar sangat.." bisik Aira.

Afrina Aireen mendengus kasar. "Tak ada masa lah aku nak kesian kat dia. Dia tak pernah-pernah pun nak kesiankan aku. Dah lah tepi!" Afrina menolak kakaknya.

Tertunduk kepala Zafril mendengarkan itu. Kerasnya hati Afrina.. apa lah cara untuk lembutkan hati gadis ini. Sebelum ini dia mengharapkan Afrina dapat melayan dia dengan baik selepas sah menjadi suami isteri.. namun, harapannya itu musnah.. dan itu mustahil untuk dia. Dia lah pembunuh hati lembut Afrina Aireen.

"Terhincut-hincut berjalan.. tuannya berlagak!" Tak semena-mena Aira melepaskan sindirannya.

Terhenti langkah Afrina. Matanya tepat memandang kakaknya. "Suka hati aku lah!" Jawabnya terus masuk ke bilik.

"Aira..." tegur Tuan Naim.

"Betul lah kakak cakap. Dia tu berlagak. Kesian Zafril. Nak tolong pun tak boleh.. dingin betul!" Nak kata marah kat Zafril tu memang lah ada.. tapi kan Zafril ni dah jadi suami dia.. tolonglah hormat sikit.. eii budak kecik tuh! Nasib adik aku..

"Ril okay je kak. Mungkin mood Rin tengah swing kut.. lagipun dia tengah period tu.." tutur Zafril Mikael. Biasa saja mukanya.

"Period?! Aduhh lambat lagi lah akak nak dapat anak buah ni nampaknya..." seloroh Aira Aireen.

Tertawa kecil Zafril Mikael.

Tergeleng-geleng kepala Tuan Naim.

"Alah abi ni.. akak gurau je lah.. Tapi, tak salahkan dapat anak buah awal-awal hehehe.." Aira menunjukkan riak teruja. Tak sabar dia nak dapat anak buah..

"Yelah. Tunggu kamu punya lah Aira.." usik Tuan Naim pula.

"Ehh kakak pula.." cebiknya.

"Umi mana abi? Ril tak ada nampak pun dari tadi.."

Takdir kitaWhere stories live. Discover now