SEMINGGU sudah Zafril berada di dalam wad hospital, masih belum sedarkan diri. Afrina setia di sisi. Bagaikan orang hilang akal dia merapati keadaan suaminya yang terbaring.
Selama mana sekalipun, dia tetap akan menanti Zafril untuk sedar semula. Dia takkan boleh duduk diam kalau Zafril tiada depan matanya. Jantungnya seperti mahu luruh teringat peristiwa itu. Dia hanya mengharap kejadian itu tidak berlaku lagi untuk sekelian kalinya.
Tak mampu dia untuk menahan. Dia rindukan Zafril bagai nak gila. Rindu dengar suara itu memanggil namanya. Rindu tangan itu menyentuh tangannya. Rindu bibir itu mengucup pipinya. Dia rindu semua tentang Zafril.
Setiap hari dia berdoa, Allah sedarkan Zafril. Setiap hari juga dia menangis.
"Rin.." Tegur Alia yang baru masuk ke wad itu.
Pantas Afrina menyeka air matanya.
"Ye.."
"Ini.. Ibu aku ada kirimkan makanan untuk kau. Makan tau..." Alia letak mangkuk tingkat di meja.
"Hmmm.." Itu saja balasan Afrina. Matanya tak lari dari memandang wajah Zafril yang pucat.
"Rin..." Alia mengusap belakang Afrina. "Kau sabar ye Rin. Aku yakin Zafril kuat. Dia akan sedar tak lama lagi..." Pujuk Alia.
Sejak hari tu, dia jarang pulang ke rumah. Dia mahu berada bersama Afrina. Tak sanggup dia untuk biarkan Afrina di sini tanpa dia di sisi. Benarlah, dia ada keluarga.. tetapi sebagai sahabat dia, tak mampu hidup tenang jika di sini Afrina dalam kesedihan.
Afrina lentok kepalanya ke badan Alia. "Aku rindu dia.." Perkataan sama yang dikeluarkan. Setiap hari, itulah perkataan yang akan Alia dengar.
"Aku tahu.. Tapi kau pun kena jaga kesihatan. Tak boleh lah kau macam ni.. Kau kena makan Rin.."
"Aku tak ada selera." Lemah suaranya.
"Hmm.. Kalau Zafril sedar sekarang ni, pasti dia sedih tengok kau macam ni. Jom lah makan Rin.."
Alia cuba memujuk Afrina untuk makan. Tapi tetap sama, dia tidak mahu. Dia tetap mahu kekal di sisi Zafril.
"Assalamualaikum..." ucap seseorang dari luar. Seketika kemudian terpacul wajah mesra umi dan Aira.
Afrina menjawab dalam hati. Dia menyalami umi dan Aira Aireen.
Alia turut bersalam dengan mereka.
Puan Naura memandang menantunya. Masih seperti biasa. Tiada perubahan..
"Rin, dah makan?" Soal Puan Naura pada anaknya. Pucat wajah itu.. risau pula dia tengok.
Afrina geleng kepala.
"Kenapa tak makan?" Aira berkerut kening. Terserlah wajah kerisauan pada adiknya.
Afrina diam."Rin kata tak ada selera. Ibu pun ada bekalkan Rin makanan. Dia tak nak..." ujar Alia. Dia tak tahu lagi cara untuk pujuk Afrina. Jangan sampai dia guna cara memaksa..
Puan Naura mengeluh perlahan sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"Sini Rin makan." Lembut saja Puan Naura meraih tangan anaknya.
"Tak nak, umi." Afrina membantah.
"Rin... Makan lah." Sedikit tegas suara Aira menyuruh. Namun, itu tak memberi kesan apa-apa pada Afrina.
"Afrina Aireen. Makan.." Tetap sama. Tiada tindakbalas dari dia.
"Dah la, Aira." Tegur Puan Naura.
Alia mendengus. Geram dengan adiknya. Sakit nanti siapa susah. Tak pasal-pasal nanti Zafril sihat, dia pula terlantar kat katil ni..
![](https://img.wattpad.com/cover/301443266-288-k136605.jpg)
YOU ARE READING
Takdir kita
Любовные романыMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...