SEMINGGU berlalu begitu pantas. Hubungan dia dan Zafril masih tiada perubahan. Dia ke kelas macam biasa.. Kadang-kadang dihantar dan dijemput oleh Zafril, kadang-kadang dia tumpang Alia saja.
Perbualan dia dan Zafril tidak sekerap dan serapat sebelum ini. Jika tiada perkara penting memang dia takkan bersemuka dengan Zafril.
Zafril pun sejak akhir-akhir ini, sibuk memanjang. Dia banyak habiskan masanya di pejabat. Itu membuatkan Afrina lega kerana dia tak perlu mengadap Zafril tetapi dalam masa yang sama dia sunyi.
Saat Zafril pulang, dia sudah tidur. Hanya waktu pagi sahaja, mereka berdua akan bertemu. Itu pun, kekok.
Alia berkali-kali menjeling Afrina yang ralit merenung ikan koi yang berenang dalam kolam itu. Dah hampir 15 minit mereka duduk santai di taman mini dalam kampus ni.. Tiada sebaris ayat pun terkeluar dari bibir Afrina.
"Kau tenung ikan tu macam kau nak telan ikan tu hidup-hidup je aku tengok." Seloroh Alia.
Menungannya terhenti.
"Kenapa dengan kau ni, Rin? Dah lama sebenarnya aku nak tanya. Kau tak berbaik dengan Zafril lagi ke??"
"Suka hati dia lah. Aku dah malas nak ambil tahu.." kata Afrina. Dia kembali membuka bukunya.
"Ish kau ni, Rin. Jadi betul lah kau gaduh dengan dia?" Soal Alia. Bukan hari ni je dia perasan dengan perangai Afrina, dah lama. Kejap menung sana, kejap menung sini. Bila ditanya, dia cakap tak ada apa-apa. Hmm... susah lah nak faham perasaan orang dah kahwin ni."
"Dah seminggu aku tak bercakap dengan dia..."
Terbeliak mata Alia. "Seminggu?!"
"Korang gaduh apa sampai seminggu tak bercakap?!"
Afrina hanya jongket bahu.
"Dah tu?"
Terangkat kedua-dua kening Alia. Mustahil lah tak tahu sebab apa gaduh.. Ni saja je ni.. mesti minah ni tak sedar salah dia...
"Aku tak tahu, Alia! Dah la.. Aku malas nak cakap pasal ni.." Hatinya tiba-tiba menjadi sebu bila mengingatkan Zafril. Dia rindu Zafril.
"Hmm... kau ni, Rin. Tak boleh ke terima je dia..."
"Alia..." Mata Afrina merenung Alia.
"Sebenarnya, aku rasa kita dah salah anggap pasal dia dulu..." Ujar Afrina.
"Pasal apa?"
"Tindakan dia dulu tu.. untuk lindung aku. Tapi cara dia buatkan kita salah anggap dan menyalahkan dia.."
"Ha? Kau cakap apa ni, Rin? Pasal siapa?"
Alia masih bingung. Serius, dia tidak dapat menangkap apa yang dikatakan Afrina.
"Aku pun tak tahu hal sebenar lagi. Aku tunggu dia jelaskan pada aku.. tapi sampai ke hari ini, dia masih tak buka mulut..."
Kata-kata Afrina menambahkan bingung di kepala Alia. Berbelit-belit Afrina bercerita. Satu soalan yang diajukan sikit pun tidak diendahkan.
"Kau ni dah kenapa? Cuba kau explain satu-satu dan bagi aku faham cerita kau ni.. Pasal siapa ni? Pasal apa? Pasal Zafril ke? Ke Ariq?"
Afrina memicit dahinya. Sukar untuk dia lupakan apa yang dah berlaku di antara Zafril dan Zayn pada hari tersebut. Kata-kata yang keluar dari mulut Zayn buat dia keliru. Paling menyedihkan kekeliruannya masih tak diberi jawapan sebetulnya lagi.
"Eh, eh.. kau nak pergi mana ni?" Alia menahan Afrina yang mula menyimpan buku-bukunya ke dalam beg.
"Aku nak balik." Katanya seraya bingkas berdiri.
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...