AFRINA Aireen buka peti ais. Dia senyum sebaris. Pagi ini dia nak memasak. Bukan apa pun, nasi goreng aje..
Sementara menunggu Zafril sedar dari lenanya lebih baik dia masak untuk makan pagi. Tenang sikit dia nak memasak.
Tubuhnya pun sudah makin membaik. Nak kata demam tu, masih demam. Cuma tak seteruk semalam. Pening kepala tu biasa lah. Tapi dia cuba juga untuk kuatkan diri. Dia perlu memasak.
Bahan-bahan dikeluarkan dari peti ais. Lengan baju disingsing sehingga ke siku. Apron dah siap sedia melekat di badan. Lama dia tak memasak seawal ini. Jam baru pukul 6:30 pagi.
Sebenarnya, dia tak dapat tidur lena sangat semalam. Dadanya memang tak beri kerjasama. Asyik berdebar aje... Sebab tu lah dia bangun siapkan sarapan awal pagi hari ini.
Seronok dia memasak, tersengih-sengih macam kerang busuk. Satu per satu bahan dimasukkan ke dalam kuali.
Zafril tercegat di belakang. Afrina sikit pun tidak sedar. Leka dia memerhati isterinya. Degil betul! Bau aroma masakan isterinya cepat saja buat perutnya berkeroncong.
Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Afrina.
"Awak!" Terperanjat Afrina. Nasib tak terketuk kepala Zafril dengan sudip di tangannya.
"Dah sihat ke ni, masak bagai..." Zafril cekak pinggang.
Afrina membalas dengan senyuman manis.
"Dah..." jawabnya.
"Betul ke ni? Muka awak pucat lagi ni, sayang.." komen Zafril.
Afrina angguk kepala.
"Saya dah sihat la.. Awak dah solat?"
Zafril menyentuh skrin telefonnya. Dia tengok jam di situ. "Iya laa... tengok jam ni.." Dia sua pada Afrina.
Isterinya sekadar mengangguk faham. Dah pukul 6:50 pagi. Dia menghidang nasi goreng di meja makan.
"Tak payah la masak-masak macam ni. Awak kan demam. Kalau nak sarapan, saya boleh keluar beli kat kedai mana-mana..." Bebel Zafril. Dia duduk di kerusi.
"Saya dah sihat sikit. Biarlah saya masak. Lagi pun, bukan membebankan pun. Awak tak suka ke saya masak?"
Air teh dibancuh. Kemudian, diletak di meja makan.
"Saya suka. Cuma tolonglah sedar diri sikit. Awak tu sakit.." balas Zafril. Tergeleng-geleng kepalanya.
"Saya dah sihat lah. Kalau saya sakit, saya tak ada kat rumah tau.. Saya dah kat hospital sanaa... Faham?" Sanggah Afrina pula.
"Hmm yelah. Lupa pulak, saya tengah berdebat dengan lawyer. Mana pernah kalah dengan saya ni..." Perli Zafril.
Afrina tertawa kerana merasakan ada kelucuan di situ.
"Nak makan tak ni?"
"Gila.. tak nak?!" Ucap Zafril, tidak sabar mahu merasa nasi goreng kegemarannya.
"Jadi, diam." sepinggan nasi goreng diletakkan di hadapan Zafril.
"Fine.. Dapat peluk semalam, terus sombong eik.." Sekali lagi perlian diberi sebelum sayu suapan masuk ke mulut. Terbeliak mata Afrina. Memang tak boleh dinafikan memang itu dia yang minta. Merona merah pipinya.
"Tak nak makan ke? Ke dah kenyang tengok muka handsome saya ni?" Kening kiri dijongket. Bibir tersenyum manis.
Afrina berkerut muka. "Perasan!"
Terhambur tawa Zafril. Comel la Afrina ni! Geram!
Loceng berbunyi. Mereka berpandangan sesama sendiri. Zafril segera ke pintu utama. Siapa pula datang pagi-pagi begini. Pintu utama dibuka. Terpancar senyumannya saat menatap wajah orang-orang kesayangannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/301443266-288-k136605.jpg)
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...