KELOPAK matanya bergerak perlahan dan akhirnya terbuka luas. Dia menyentuh kepalanya yang terasa mencucuk. Kabur matanya memandang sekeliling ruang itu. Lama dia mengamati ruangan itu, barulah dia ingat apa yang terjadi sebelum dia terlantar di katil ni.
"Sakitnya.."
Dia cuba bertenang. Tak mahu berfikir banyak. Semakin lama kepalanya semakin reda rasa sakit.
Afrina menyandar di kepala katil sambil melunjurkan kakinya. Dia melihat dahinya pada skrin telefon. Ada satu tampalan kecil di dahi sebelah kiri.
Zafril masuk ke bilik. Senyuman diukir melihat Afrina sudah sedar. Dia mendekati. "Sakit lagi?"
Dia duduk di birai katil."Sikit.."
"Macam mana awak boleh terjatuh? Lari dari saya ke?"
Afrina tidak menjawab. Dah memang itulah kenyataannya. Bahana dia lari daripada Zafril lah ni.
"Awak masih takut darah rupanya ye.. Patutlah awak tiba-tiba pitam tadi. Risau saya.." Dia tenung Afrina.
"Tak takut. Cuma terkejut." Dia memperbetulkan pernyataan Zafril.
"Tak sama eih?"
"Taklah.."
"Baju tu selesa tak pakai?"
Berkerut dahinya. Dia menunduk memandang pakaiannya. Membulat matanya. Pakaian dah bertukar?!!! Siapa tukarkan?!! Jangan kata Zafril!!
Zafril ketawa kecil. "Kenapa awak?"
"Siapa tukar baju saya? Awak?" Tak, tak ini bukan baju dia. Dia tak pernah ada baju gambar kartun macam ni! Astaga, gambar Mickey Mouse pulak tu! Selimut diselak. Seluar pun lain!! Ya Allah!!
Tanpa rasa bersalah dia mengangguk. Lagilah bertambah luas mata Afrina.
"Awakkkk?!!!"
"Iyelah saya la.. siapa lagi nak tukar kalau bukan saya?" Dia menahan tawa.
"Eiii! Siapa suruh awak tukar ha?!" Marahnya dia. Merah muka menahan marah. Eiii aku hempuk nyawa kau kang!!
"Berani awak buat macam ni!!!" Afrina mengepal tangannya bila bibir Zafril seperti menahan senyum.
"Kenapa tak beraninya? Tak salah pun. Awak isteri saya. Saya suami awak. Tak ada salahnya pun.. memang tanggungjawab saya jaga awak..." Akhirnya mulutnya tersengih. Sengaja dia nak mengusik Afrina.
"Memanglah tak salah. Tapi kannnn!!!!!"
"Eishhh!!" Sekuat mana pun dia menghayunkan tangan ke muka Zafril tetap juga Zafril lebih cekap menahannya. Kini, kedua-dua tangan dipegang kemas oleh Zafril.
"Jangan pukul saya.. berdosa nanti. Awak nak jadi isteri derhaka ke?" Dia tersengih lagi. Terkejut dia dengan tindakan Afrina. Nasib sempat sekat. Hahahha
"Berdosa tak berdosa. Masalahnya awak yang cari pasal!" Bentak Afrina. Dia meronta-ronta menarik tangannya.
"Tak payah bercakap! Buat sakit hati je! Awak ingat semuanya awak boleh buat ikut suka hati awak je ke?!" Potong Afrina ketika Zafril mahu membuka mulut.
"Saya tukar pakaian je awak.." Zafril cuba menahan memegang tangan Afrina sekuat mungkin. Kalau terlepas.. nanyaaa dia.. Ada kena hempuk sampai terkangkang dia.
"Lepaslah!!"
"Bawa bertenang.. sebelum saya cium awak!"
"Buatlah kalau berani!" Cabar Afrina. Sakitnya hati dia dengan perangai Zafril.
"Jangan menyesal kalau saya buat lebih dari tu.." Zafril merenung tajam mata Afrina. Mungkin dengan renungan itu saja dapat menenangkan Afrina.
"Dah lah lepas. Sakitlah tangan saya ni.." Turun nadanya. Tahu pun takut.
YOU ARE READING
Takdir kita
RomanceMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...