MINUMAN keras di dalam gelas diteguk rakus. Muzik yang membingitkan telinga seperti memberi semangat untuk dia teguk sebanyak mungkin wine di meja itu.
Asyik!! Kepala digoyang-goyangkan mengikut rentak muzik.
Sentuhan dan belaian perempuan di kanan dan kirinya dia rasakan dan menjiwainya.
"You!"
Dia dongak mencari wajah itu.
Walau dalam suasana muzik yang kuat, suara itu dia sungguh kenal.
Senyuman diukir menampakkan sebaris giginya.
"What are you doing here?!" Soalnya pula.
Wanita itu memeluk tubuh.
"Sepatutnya I tanya you! You buat apa dengan betina-betina ni!" Jari telunjuknya tepat ke arah dua betina di kanan dan kiri lelaki pujaannya.
Kedua-dua wanita itu membahang, memandang atas bawah wanita dihadapan mereka. Nampak sangat tak puas hati.
"Nothing, dear. Just enjoy it!" Jawapan Zayn membuatkan kedua-dua wanita tak cukup kain itu berpaling merenungnya.
"What?!" Zayn tergelak kecil.
"Shit!!" Sumpah wanita itu serentak seraya pergi meninggalkan jantan tak guna itu.
Sempat juga Sofea jeling kedua-dua pelacur itu. Dia melabuh punggung disebelah Zayn.
"You buat apa ni? You kata, you sayang I, hanya I."
Sofea menarik muka.
"Baby, baby. Don't be like this. I tak tahu apa-apa, baby.. Betina tu je datang sini, sentuh-sentuh I. I terseksa, baby.." Manja bunyinya. Kepalanya terlentok di bahu Sofea. Bau semerbak minyak wangi Sofea, sesungguhnya bisa menggetarkan jiwa lelakinya.
"You boleh je mengelak kan.. Nak kata you yang gatal tu tak boleh ke?? Mengaku ajelah.."
"Okay, okay, I salah. Sorry okay?" Jari-jemarinya mula merayap di lengan kecil yang terdedah itu.
"Hm.."
"Bos!" Sergah lelaki bertubuh sasa.
Tajam mata mereka berdua memandang lelaki itu.
"Apa lagi?!!" Soal Zayn keras. Jelas dia marah kerana menganggu dia dengan wanitanya.
"Maaf bos. Aku dah bawa orang yang kau nak." Jelasnya.
Zayn kerut kening.
Sofea ligat berfikir siapa yang dimaksudkan.
"Mana dia?" Turun sedikit nadanya. Dia bingkas berdiri.
"Kat stor, bos."
"Stor?!!"
"Ye bos. Kenapa?"
"Aku dah cakap letak dia bawah tanah! Kau pekak ke bodoh?!!" Tengkingnya. Suaranya tak mampu melawan kuatnya bunyi muzik dalam kelab itu.
"Tapi bos.. Dia kata, dia nak cakap sesuatu kat bos.." Tertunduk lelaki itu. Menyirap juga darah dia. Tapi apakan daya, dia hanya pekerja.
"Apa dia?!"
"BODOHNYA kau ni.."
Zayn tergelak besar. Makin dia suka melihat orang merayu-rayu pada dia begini.
"Tolong aku.. Aku nak benda tu.." Rayunya berkali-kali. Dia melutut menghadap lelaki itu.
"Gilaa.. tak sangka aku.. Orang macam kau boleh kalah dengan serbuk putih tu?!"
Sekali lagi terhambur tawa besar.
"Tolong aku Zayn..."
"HAHAHAHAHAAAHAHAH! Kau ingat aku apa?! Kau ingat aku nak bagi kau free, free je ke?!"
Zayn tunduk sama tinggi dengan lelaki itu.
"Aku bayar.. Aku bayar.." Bersungguh dia berjanji.
Terangguk-angguk kepala Zayn. Begini rupanya penagih kalau dah ketagih.. Hahaha.. Nasib, nasib!
"Kau nak berapa?"
Terketar-ketar dia mahu menjawab.
"Okay, okay.. aku faham." Zayn tepuk bahu lelaki itu.
"Raid! Ambil sekotak!" Arah Zayn pada orang bawahnya.
Raid hanya menurut. Dia lempar kotak kecil yang dipenuhi bungkusan serbuk putih itu pada lelaki yang merayu-rayu inginkannya.
Seperti orang kebuluran, Imran mendapatkan bahan itu.
"Haha bodoh!"
Zayn tunjal kepala Imran.
"Bukan percuma ya.." bisiknya seraya pergi dari situ dengan tawa yang bersisa.
Tbc..
![](https://img.wattpad.com/cover/301443266-288-k136605.jpg)
YOU ARE READING
Takdir kita
Roman d'amourMengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafril Mikael Bermula cinta 'dare' berakhir dengan kekesalan. Kalau dah jodoh.. bencilah setinggi gunun...