Bab 51

3.4K 106 20
                                    

"AWAK..." bisiknya apabila Zafril cuba untuk membuka kelopak matanya. Dia terus menggenggam erat jari-jemari Zafril. Bibirnya yang tidak pandai senyum sejak seminggu lepas, akhirnya mula tersenyum.

Jujur, dia rasa gembira dalam resah tadi bila Zaffir memberitahunya tentang Zafril.

"Awak.. bangun.." bisiknya sekali lagi. Dia mendapat respon itu. Perlahan-lahan Zafril membuka mata. Pandangan mata Zafril bertaut dengannya dan dia jadi gusar. Pandangan mata Zafril tidak berjiwa. Bukan seperti selalu. Zafril melihatnya seperti orang asing.

"Mama.." panggil Zafril. Zafril mengabaikannya.

Muka itu masih pucat. Luka di bahagian dadanya disentuh lemah. Seperti ingin berkata sesuatu. Tetapi tak terdaya olehnya.. "Don't touch.." Afrina menahan tangan Zafril.

"Mama tak ada. Mama kat luar. Semua kat luar.." Ujar Afrina lembut. Dia tersenyum manis. Air matanya mengalir. Akhirnya dia dapat melihat mata menawan Zafril.

"Nak Rin panggil kan?"

Afrina makin resah bila terhasil kerutan di dahi Zafril. Zafril memandangnya seperti tiada apa-apa. Pandangan terlalu biasa.

"Hubby..." Dia mengucup genggaman itu berulang-ulang.

"Rin rindu hubby.."

"Awak siapa?"

Serta-merta genggaman tangannya terlerai. Berkerut dahinya.

"I'm your wife, hubby.. Afrina."

Dia mahu meraih semula jari-jemari Zafril tetapi dilarikan oleh suaminya.

Perasaannya mula sebak. Zafril tak kenal dia. Dada yang kena tembak, kenapa dia tak dapat ingat aku.. Seolah-olah kepala yang terkena peluru itu.

"Isteri? Bila saya kahwin?" Suaranya putus-putus.

"You're joking right? I'm your wife.. Tak ingat?"

Zafril menggeleng lemah. Tangannya memegang kepala. Jelas kesakitan yang dirasainya.

Titis demi titisan air mata Afrina membasahi pipi. Zafril tak ingat dia.

"Wait here. Saya panggilkan doktor.."

Saat kakinya ingin mula melangkah, Zafril meraih tangannya. Kemas genggaman itu. Tajam mata Zafril merenung anak matanya.

"Mana boleh saya lupa awak." Senyuman terukir di bibirnya.

Afrina bingung seketika. Dia cuba berfikir sewarasnya.

"Awak main-main?" Serius nadanya.

Zafril sengih sebaris.

"Awak ingat lawak ke??" Naik seoktaf suaranya. Laju air matanya menuruni pipi. Hatinya tak tahan menahan rasa berkecamuk ini.

Senyuman Zafril mati. Dia serba salah melihat air mata yang membasahi pipi isterinya. Dia ingin bergurau saja. Maaf..

"Saya tanya, lawak ke?"

"I'm sorry, sayang.." makin erat dia menggenggam tangan Afrina. Perlahan-lahan dia tarik supaya Afrina rapat dengannya.

Dia cuba bangkit, tetapi sedaya apa pun dia mencuba memang tidak berdaya. Afrina menahannya. "Jangan bergurau macam ni lagi.. Tolong..." Teresak-esak suara Afrina serta-merta. Dia memeluk Zafril yang terlantar di katil itu. Dia rindu Zafril.

Sekarang dia lega, Zafril sudah sedar. Keadaannya pun stabil. Alhamdulillah Ya Allah.. Aku bersyukur pada-Mu. Tak mampu untuk dia ungkapkan perasaannya kini. Dia bahagia..

Takdir kitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang