Bab 5

1K 146 13
                                    

Bonda Lita meletakkan sejadah yang digunakannya untuk bertahajjud di atas katil. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena tetapi dia fikir itu mungkin perasaannya saja.

Dengan langkah yang agak perlahan dia mengorak langkah keluar dari rumah itu. Dipandang jalan kota yang sunyi sepi dan hanya bertemankan suara nyaring cengkerik yang bernyanyi pada waktu malam.

Keadaan ini jauh sekali apabila subuh mula menjelma. Kanak-kanak berkejaran, pemuda-pemudi dan warga tua yang bekerja selain menjaga kawasan akan memeriahkan kota. Bonda Lita tahu mereka adalah kota yang paling terpencil dalam kerajaan ini, barangkali kota-kota lain lebih megah dan maju.

Tetapi merekalah kota yang paling aman kerana berada di bawah penjagaan Adelisa. Mereka di sini tidak tahu betapa beruntungnya mereka.

Bintang yang bertaburan di dada langit dipandang. Malam ini sangat tenang baginya lantas bibirnya mengukir sebuah senyuman. Senyuman yang hanya dia tahu makna di sebalik itu.

"Sumayyah," Nama itu diseru lembut. Angin menyapa wajahnya seakan panggilannya disambut oleh Sumayyah yang jauh di sana.

"Nampaknya bonda sudah boleh pergi dengan tenang. Kamu akan melindungi apa yang sepatutnya dilindungi."

Di atas beranda istana mahligai itu, Adelisa membiarkan angin menampar wajahnya. Rambutnya yang kemerahan berterbangan disapa bayu malam. Entah mengapa ada rasa gundah dalam ketenangan yang dia dapat pada malam ini.

Adelisa tidak dapat menutup mata. Fikirannya terganggu dengan banyak perkara.

Sekarang... apa yang patut dia lakukan sebenarnya? Sungguh, dia buntu. Rakyat Kota Diraja Hagron membantah pemerintahannya. Jelas kerana khabar yang tidak enak didengari itu. Dia seorang yang buta.

Adelisa mengetap bibir. Dengan mengatakan dia buta, dia tidak perlu bertentangan mata dengan sesiapa seterusnya membuatkan dia hilang kawalan kerana kerasukan amarah yang amat dasyat. Di sebalik mata-mata yang dia lihat sebelum ini, ada kezaliman yang dipertontonkan kepadanya. 

Walaupun bukan kehendak mereka, tetapi hatinya yang sedia baran tidak dapat menerimanya. Jikalau memang individu itu berhasrat, barulah hukuman yang setimpal dijatuhkan. Setakat ini, dia masih berjaya mengawal perasaannya. Belum pernah rakyatnya terbunuh di tangannya sendiri.

Dahulu dia sangat takut. Dia akan menangis dan merayu pada ayahanda untuk butakan saja matanya. Tetapi setelah besar, barulah dia tahu itu kelebihan yang akan membawa manfaat kepada dirinya nanti.

Dia harus sentiasa kuat untuk membawa keamanan kepada kerajaan ini serta rakyatnya.

"Kenapa tak tidur lagi?" Tiba-tiba ada satu suara garau menyapa.

Adelisa menurunkan pandangannya pada si adik yang tidak berbaju itu. Mujur dia berseluar. Tetapi wajah Aseef agak samar-samar.

Dahi Adelisa berkerut sedikit. Apa yang si malaun ni buat tengah malam di situ?

"Kau tu kenapa keluar dengan tak pakai baju?!" Nasib baik tubuh Aseef sasa dan perutnya tidak boroi. Siapa saja yang ada otot-otot sebegitu dalam kawasan istana ini? Pengawal, mungkin ya. Tapi yang berani buka baju tanpa sebab, tiada yang lain selain anak muda itu.

"Panas!" balas Aseef kuat. Adelisa berada di beranda tingkat 3, memang mustahil suaranya didengari andai dia bercakap dengan nada biasa.

"Bersenam?" tanya Adelisa lagi.

Aseef mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Punya nak kakaknya dapat lihat. Tak lama selepas itu muncul pula suara yang lain.

"Apa ni? Terjerit-jerit macam halkum ada dua!" Amelia melangkah keluar dari kamarnya ke beranda. Di sebelahnya ada Adelisa dan di bawah sana ada Aseef yang... bogel?

Kejap, dia tak nampak.

"Memanglah dua! Dia satu, aku satu! Yang kau buat penambahan halkum ni kenapa?!" Aseef mencekak pinggang tanpa menyedari ada tiga pasang mata yang sedang melihatnya di sebalik tingkap sana. Terkinja-kinja mereka apabila dapat menikmati keindahan 'roti' Putera Aseef.

"Biarlah, mengganggu sistem pencernaan kau ke?!" Amelia melenting kembali. Adelisa kembali diam tidak berkutik. Kalau dah mula perbalahan kakak sulung dan adik bongsu, malaslah dia nak masuk campur. Riuh-rendah jadinya nanti.

Adelisa memandang Amelia yang sedang mengikat rambut. Barangkali tidak selesa dilepaskan. Amelia mempunyai rambut perang seperti bonda mereka manakala Aseef berambut merah gelap seperti ayahanda yang akan kelihatan seperti hitam pada waktu malam. Dia pula sama seperti Aseef tetapi sedikit terang.

"Adelisa, jom turun. Anak pungut tu panggil." sapaan Amelia menyentakkan Adelisa ke realiti. Asyik betul dia meneliti warna rambut Amelia sebentar tadi.

Kepalanya diangguk sebelum mereka sama-sama melangkah ke bawah. Aseef menjemput mereka berdua dengan pelukan. Entah kenapa suka betul dia peluk orang.

"Kau ni kan nasib peluh dah kering. Kalau tak, ada yang makan kaki aku malam ni." Amelia menolak kasar bahu Aseef. Lelaki itu mencebik sedikit lalu merangkul Adelisa yang tidak berganjak di sebelahnya.

"Itu namanya love language. Untung tau aku suka peluk korang. Dapatlah kasih sayang tu berkekalan dan berpanjangan. Kan, Kak Adel kan?"

"Betul, tapi ketiak kau busuk." Adelisa menolak tubuh Aseef. Terkedu jejaka itu.

"Mana ada busuk!" Punyalah bergelen pewangi dia pakai, sungguh mustahil badannya berbau.

Adelisa yang memeluk lengan Amelia itu dipandang geram. Amboi dua orang kakaknya ini, sedap-sedap ngutuk aku dah tu pergi macam itu aje?

"Tunggulah!" Aseef mengejar lalu memeluk lengan Amelia yang sebelah lagi.

Mereka berjalan ke arah kolam renang yang terdapat di kawasan itu. Langkah mereka terhenti sebelum secara tiba-tiba Aseef ditolak kuat ke dalam kolam itu.

Aseef yang dapat menjangka perkara itu pantas menarik Amelia sama. Siapa je tak sangka kalau ada kakak sewel macam ni? Tak sempat Amelia memproses apa yang sedang terjadi, tangannya menggenggam kuat lengan Adelisa sehingga gadis itu turut sama jatuh ke dalam air.

"Aseeeeeeffff!"

Aseef terus berenang ke dasar apabila Adelisa mahu memukulnya. Tetapi dia terlupa Amelia jaguh dalam air. Maka, badannya menerima habuan dari bawah air sebelum pantas dia berenang ke arah Adelisa yang masih tak puas hati.

Tak sempat dia memeluk tubuh Adelisa, gadis itu sudah menarik telinganya.

"Yang kau tarik Kak Lia kenapa?" Adelisa menyinga. Nak salahkan Amelia pun tak boleh sebab dia juga pegang lengan Amelia dengan erat tadi.

"Dia yang tolak aku!" Aseef menampar-nampar tangan kakaknya itu. Tercabut telinganya nanti! Tak pasal-pasal tinggal lubangnya saja.

"Dah kau sorang je tak pakai baju!" Amelia mencekik leher Aseef. Geram bukan main. Nasib baik dia dan Adelisa memakai seluar di sebalik rob satin yang dikenakan mereka pada saat ini.

"Apa salah aku tak berbaju?" Aseef cuba bertanya walaupun nafasnya agak tersekat. Tak semenanya dia merangkul tubuh Amelia menggunakan kaki sebelum menolak kuat kakak itu. Amelia terundur dan Aseef mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.

Adelisa turut terjatuh bersama Amelia kerana daya tolakan itu terkena padanya juga. Tenggelam mereka berdua beberapa saat.

"Ya Allah Ya Tuhanku!"

Aktiviti ketiga-tiga insan itu terhenti. Layla yang sedang mencekak pinggang di sisi kolam renang itu dipandang dengan sengihan.

SECRETWhere stories live. Discover now