Bab 37

543 81 3
                                    

"Assalamualaikum!" Pintu kayu yang sedikit rapuh itu dipandang lama. Abelisa menyimpan senyum. Inilah rumahnya. Rumah keluarga bidan yang menyambutnya.

"Waalaikum..." Sahutan salam itu terhenti. Wanita berusia di hadapannya kini kelihatan sangat terkejut.

Abelisa diam sahaja di situ. Menunggu apa lagi yang bidannya mahu katakan. Kelihatan mata itu terketar sedikit. Hm, takut?

"Ada apa kamu ke sini?" soalnya.

Abelisa tidak menjawab malah dia terus meredah masuk. Dipandang rumah yang cukup usang itu. Berada di sempadan Hagron dan Ridella bukanlah sesuatu yang tidak biasa bagi penduduk asing.

Walaupun mereka dahulunya warga Hagron, ternyata selepas insiden itu mereka tidak lagi mempunyai persetujuan kewarganegaraan.

"Mak cik kenal siapa saya?" Ini bukanlah satu-satunya rumah yang dia akan kunjung. Ada 12 orang yang menyambutnya maknanya 12 rumah yang akan dimasukinya. Dan ini adalah rumah yang kedua.

Apakah yang berlaku semasa rumah yang pertama?

Abelisa memandang tangannya yang luka dicakar. Hujung bibirnya ternaik sedikit.

"Anak, siapa kamu?" Walaupun hati kuat mengatakan insan di hadapan adalah seseorang yang paling takut dia bakal berjumpa suatu hari nanti, dia tetap bertanya.

Abelisa menoleh memandang seraut wajah itu. Wanita yang melarikannya tidak lagi berada di situ malah dikhabarkan meninggal dunia dan wanita itu tidak mempunyai keluarga.

Tetapi yang lain? Mereka sedang berbahagia dengan keluarga mereka sedangkan kesemua yang berada di situ bersengkongkol. Demi apa? Duit!

Mereka lebih memilih harta yang tidak seberapa berbanding nyawa bayi yang tidak bersalah. Lihatlah, adakah kesenangan itu bertahan lama? Tidak.

"Mak cik ada anak?"

Wanita itu pegun.

"Ada, nak. Tapi anak mak cik..."

"Mm...ma..."

Mendengar suara aneh itu, Abelisa pantas menoleh. Di sebalik tirai yang sedang berkibar, ada satu sosok di atas kerusi roda sedang cuba meraih perhatian ibunya.

"Dia cacat." Wanita itu menunduk.

Abelisa terkaku seketika.

"Puteri Abelisa..." Wanita itu memberanikan diri menyeru gadis di hadapannya.

Dia yakin mata biru campuran hijau itu milik Abelisa kerana Adelisa hanya bermata biru. Tetapi hijau yang ada sukar dilihat dan barangkali dia saja yang meneliti gadis ini semasa bayi. Matanya umpama luaran bumi yang sangat menakjubkan. Aneh tetapi cantik.

"Ambillah mak cik dah hukumlah mak cik seadilnya. Jangan ambil dia, dia tidak tahu apa-apa."

"Kau fikir sesenang itu?" Abelisa menahan perasaan.

Dia mendekati insan kurang upaya itu. Lelaki tersebut nampak ketakutan. Dia cuba mengesot pergi tetapi sudah terlambat, tangan Abelisa terlebih dahulu mengeluarkan api yang marak.

Jeritan kesakitan si anak kedengaran nyaring. Sang ibu cuba meraih anaknya walaupun kelihatan mustahil. Tetapi tiba-tiba segalanya sepi. Tiada Abelisa, tiada lagi si anak yang cacat. Cuma kesan kebakaran pada lantai dan siling bilik itu yang tertinggal.

"Allahu Akbar!" Wanita itu terduduk lemah. Apa yang sudah dia lakukan?

Dia cacatkan anaknya sendiri kerana tidak mahu perkara ini berlaku. Akhirnya, sia-sia!

"LEPASKAN kami!"

"Kau siapa?"

"Cantiklah dia..."

"Aku panggil mak aku!"

Abelisa menonyoh telinga. 13 orang manusia itu sangat menyakitkan hati. Tak cukup ibu mereka, mereka pun mahu dihukum dengan tragis atau apa?

Tentang budak lelaki cacat itu, jangan khuatir. Dia tidaklah kejam sangat. Abelisa cuma membawa lelaki itu ke Al-Fakhira dan dia akan dipantau di sana untuk rawatan selanjutnya. Mengikut pemerhatiannya, lelaki itu tidak cacat dari kecil. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Doktor di sana pun memberitahu perkara yang sama.

"Aku takkan bunuh kamu semua." Akhirnya Abelisa berbicara setelah sekian lama membiarkan ruang bawah tanah itu dibanjiri makian tak henti-henti. Langsung tak ada perkara baik yang mahu mereka katakan, baik diam saja.

Muka dia nampak macam nak bunuh orang ke?

Mungkin ya, tapi bukan sekarang!

"Habis tu kenapa kami di sini?" Salah seorang yang berada di dalam sangkar itu bertanya. Mereka diasingkan mengikut jantina. Dia taknak sebarang maksiat berlaku. Bukan boleh percaya budak-budak hingusan ni.

"Hanya akan dikurung. Pandai-pandailah hidup selama 30 tahun ni." Dia akan tahan selama mana mereka diamkan kehilangannya. Itupun dah kira diskaun tahu tak?!

"Lamanya!" Jeritan daripada gadis bertatu di lengan itu kedengaran tidak puas hati.

"Cukuplah nak bagi kau sedar nikmat hidup."

Sepi.

"Makan pakai ada. Cuma kamu dikurung. Terima kasih kepada jasa ibu-ibu kamu semua yang menyebabkan kamu di sini."

"Kenapa tak kurung saja mereka?!"

Abelisa menjongketkan kening, hairan. Ada jugak anak macam ni?

"Dah tentu mereka ada hukuman lain. Aku kurung 30 tahun di sini, akhirnya akan surut hari demi hari. Dari kamu yang sihat ni, pandai sikit jaga diri kan? Jadi... semoga hidup." Abelisa meninggalkan mereka begitu saja.

Rayuan dan makian dibiarkan berlagu tanpa dihentikan. Malas hendak membalas. Marahkannya? Bagus. Selalunya dia akan bunuh saja sebelum sempat insan itu berkata-kata.

"Mana kau bawa mereka?" Tibanya dia di kawasan luar dan berumput itu, ada suara garau datang menegur.

Terperanjat Abelisa dibuatnya. Dipandang mata yang tenang itu. Separuh wajahnya sudah ditutup dengan secarik kain, menyukarkan Abelisa untuk mengenalinya. Kawasan itu tidak ada pengawal. Jadinya lelaki ini bukanlah pengawal. Jadi, siapa?

"Kalau kau apa-apakan mereka, aku akan bunuh kau." Lelaki tersebut tiba-tiba saja memberi amaran berbaur ugutan.

Abelisa menjeling dan berlalu pergi. Adakah dia sama sekali kesah? Sudah tentu tidak. Mujurlah lelaki itu tidak mengejarnya.

SECRETWhere stories live. Discover now