Bab 2

2.3K 209 17
                                    

"Siapa anak ni?" soal Tok Salloman kepada gadis yang berselendang putih itu. Matanya berwarna biru jernih seakan lautan yang tidak langsung dicemari perbuatan pentingkan diri manusia. Namun tidak sesekali gadis cantik itu memandangnya. Barangkali gadis itu seorang yang buta, teka Tok Salloman.

"Maaf bertanya, ada apa ya di sini?" Adelisa meliarkan pandangan ke sekeliling demi mencari adiknya yang tidak bertauliahnya seorang itu. Lubang hidung pun tak nampak!

Entah apa yang Tok Salloman bebelkan, dia langsung tak ambil peduli. Rata-rata manusia juga tidak mengendahkan kehadirannya dan Amelia yang sekarang ini sedang bergosip sakan dengan mak cik-mak cik di bawah pondok sana.

Pantang nampak orang berkumpul, pasti dia akan turut serta. Suka sangat bersembang.

"Apa gerangan anak ini ya?"

"Sumayyah." Entah kenapa nama itu yang terkeluar daripada bibirnya. Dan tanpa dia tahu mengapa, semua yang berada di situ terus menyepi dan memandang ke arahnya dengan pandangan terkejut.

Amelia yang menyedari hal itu pantas berlari ke arahnya dengan wajah cuak.

"Oi, lama tak nampak. Hahahaha!" Amelia merangkul lehernya lalu menariknya pergi.

"Itulah tu, hahahaha!" Ikut ajelah.

"Kenapa dia orang macam nampak hantu?" Adelisa menyoal dalam nada berbisik.

"Dah tu, dengan pakaian semua putih kau takkan dia orang nak nampak biawak laut pula. Hantulah yang paling sesuai. Bidadari jauh sekali." bebel Amelia. Melihat wajah tak puas hati Adelisa, terbahak terus dia di situ.

"Mana Aseef?" Tiba saja di hadapan Layla yang sedang membatu di tepi kedai gunting rambut itu, terus Adelisa melontarkan soalan. Tetapi hampa, Layla menggeleng tanda tidak tahu.

Sudah 5 jam mereka di situ sambil menunggu perkhabaran tentang Aseef. Ada lagi rakyat yang masih belum diperiksa. Walaupun kota itu boleh dikatakan kota terkecil di kerajaan itu biarpun ia kota diraja, namun penduduknya boleh tahan ramai.

"Kak Adel!" Tiba-tiba terdengar satu jeritan penuh riang. Ketiga-tiga insan di situ pantas menolehkan wajah ke arah datangnya suara itu tadi.

Alangkah terkejutnya mereka selepas melihat keadaan Aseef yang tidak terurus. Seluarnya koyak rabak. Bajunya sudah hilang entah ke mana meninggalkan singlet putihnya saja. Yang ada daun jagung atas rambut tu dah kenapa?

"Kakak Adelisaku!" Aseef melutut penuh drama sebelum tubuh Adelisa dipeluk erat. Amelia hanya memandang tanpa perasaan. Dalam keadaan kotor sebegitu, berani datang peluk dia?

"Kau pergi mana?!" Tengking Adelisa terhadap satu-satunya adik lelakinya itu. Tertunduk terus kepala Aseef. Terperanjat Layla dan Amelia yang ada di situ akibat sergahan tidak bersyarat daripada Adelisa.

"Aku nampak orang lari tadi. Aku dengar korang cari perempuan yang menyamar jadi orang tua tu, aku kejarlah." balas Aseef dengan riak bersalah walaupun dia masih sempat mengutuk Amelia dengan panggilan 'orang tua'.

Sekurang-kurangnya dia dapat tangkap walaupun keadaannya selepas itu macam dia aje yang dikejar.

Rupa-rupanya wanita itu orang dalam dari kerajaan musuh. Dia serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk uruskan. Lambat atau cepat, pasti individu itu akan dijatuhkan hukuman juga. Tak kena dengan pihak sana, ini kakak dia seorang ni ada. Jangan khuatir, memang perkara ini sudah biasa terjadi.

PAP!

"Adedeh!" Aseef melindungi kepalanya yang tiba-tiba diketuk. Alah, main kepala pulak! Baru je nak puji.

"Bodoh sangat ke sampai nak bahayakan nyawa sendiri?" Adelisa hilang sabar.

"Entah, otak letak kat kepala punggung ke?" Amelia masuk campur. Kening Aseef pantas saja berkerut mendengar hal itu.

Secret Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang