The State of Allagrugous
8 empayar sudah hadir ke daerah ini untuk melangsungkan Delaney of The Night yang akan tiba pada esok hari. Masing-masing sedang persiapkan strategi. Kebanyakan di antara mereka tidak mahu membunuh apatah lagi terbunuh. Mereka hanya mahu selamat walaupun hal itu dirasakan amat mustahil.
Sepatutnya yang hadir ke kawasan itu terdiri daripada 10 kerajaan rasmi. Tetapi Lomania dan Hagron L Casa dikhabarkan hilang dari radar. Kerajaan yang dipegang Puteri Mahkota Amelia Azzahra itu sudah bergerak tetapi masih belum muncul. Pulau Basilius tidak mempunyai walaupun seorang penghuni. Anehnya, Pulau Al-Karun juga begitu. Berbeza dengan Hagron yang lenyap kesemuanya termasuk istananya sekali.
Pelik tapi benar. Mereka juga masih tidak dapat jawapan bagaimana perkara itu terjadi.
"Apa yang akan jadi dekat dia orang?" Seakan tahu apa yang bermain dalam fikiran Umair, Tengku Mona datang menegur.
Tengku Farruz pula masih membuat persiapan bersama rakyat V Diore.
Setelah kejadian memalukan tempoh hari, Tengku Farruz sudah banyak membuat perubahan. Dia lebih prihatin terhadap rakyat-rakyat di V Diore yang selama ini dia abaikan begitu saja.
"Kalau ikutkan, kerajaan Hagron dan Lomania akan dibubarkan. Sama ada diorang takkan diiktiraf lagi dalam mana-mana kerajaan dan jadi pelarian. Ataupun semua orang dalam kerajaan tu akan dibunuh." jawab Umair sambil mengikat tali pada lembing. Selaku wakil diraja Al-Qarni, memang ini menjadi kekuatan mereka. Menggunakan lembing dan pedang adalah kekuatan Al-Qarni.
"Tapi diorang hilang." Tengku Mona berbisik perlahan namun cepat saja ditangkap oleh telinga Umair.
Umair hanya menyimpan senyuman yang terselit seribu rasa. Resah, gudah, gelisah dan segala perasaan yang mampu membuatkan hatinya tidak tenang.
"Aku pun tak tahu nak kata itu yang terbaik ataupun itulah masalahnya," Umair menghulurkan lembing di tangannya pada seseorang sebelum dia memberikan sepenuh perhatian kepada Tengku Mona yang megah dalam persalinan besi berwarna kuning.
"Tapi kalau itu yang boleh selamatkan diorang daripada diancam, lebih baik begitu." Umair menghulurkan botol minuman kepada Tengku Mona yang seakan berfikir panjang. Berkerut-kerut wajah itu dia lihat.
"Permaisuri Adelisa tak bagitahu apa-apa pun. Kenapa dia selamatkan rakyat dia saja? Datuk kata rakyat Adelisa di mana-mana. Habistu rakyat aku, rakyat kau, rakyat abang aku?" Tengku Mona meneguk air di tangannya dengan rakus.
"Entahlah, Mona oi. Kau memang nak bersembang ke sekarang? Lagi sehari kau boleh mati tau? Tak nak solat taubat dulu?" Umair berpaling sebelum sebatang lembing yang panjang dicapainya untuk diikat dengan tali bagi mengetatkan lagi mata lembing tersebut.
Tengku Mona pula mencebik dan menghamburkan kutukan buat jejaka itu. Harap muka aje hensem, mulut tak ada insurans. Macam manalah Adelisa boleh tahan berkawan dengan makhluk tuhan macam ni?
Tapi betul juga, baik dia solat taubat. Tengku Mona menoleh ke arah rakyat-rakyat Selatan Aragon yang sedang persiapkan senjata-senjata mereka. Pandangannya beralih kepada seluruh kawasan pula.
The State of Allagrugous sangat luas sehingga boleh menempatkan lebih daripada 2,000,000 bilangan manusia. Tetapi kawasan ini hanya digunakan untuk Delaney of The Night. Kerana di hari lain, tempat ini akan dijaga oleh 5 makhluk gergasi yang tidak dikenalpasti bagaimana rupanya.
The Dark Reaper.
Mereka cuma akan kelihatan pada waktu malam. Tetapi mereka akan mengawasi kawasan ini ketika berlakunya peristiwa pada esok hari.
Mengikut kepercayaan, mereka sebenarnya dilepaskan dari sebuah gua oleh seorang pemburu. Mereka mampu untuk menghancurkan setiap kerajaan tetapi mereka tidak akan melakukan hal itu dengan syarat Delaney of The Night dijalankan setiap tahun bagi memberi makan kepada mereka.
Ya, darah manusia ialah kegemaran mereka. Apabila mereka tidak dapat apa yang mereka mahu, nescaya mereka akan berkeliaran di merata-rata tempat demi mencari makanan untuk teruskan hidup.
"Dalam gua tu boleh pula kau hidup." Tengku Mona menggeleng. Dia pun tak nak bahayakan rakyat-rakyatnya. Tetapi hal ini sudah jadi tradisi yang tidak ada siapa mampu singkirkan.
Tapi di sudut hati Tengku Mona yang paling dalam, dia sentiasa mengharapkan Adelisa untuk melakukan itu.
"Amran!" Tengku Mona mendekati salah seorang rakyatnya.
Amran yang baru saja menjamah roti itu tercekik. Terburu-buru dia mencari air sebelum Tengku Mona sendiri memberi botol air kepadanya.
Tengku Mona senyum bersalah. Tak sangka boleh tercekik pula budak ni.
"Ke... kenapa, Tengku Mona?" Tersekat-sekat nafasnya ketika mengutarakan soalan itu.
"Awak boleh imamkan solat jemaah untuk Selatan Aragon?"
Ternyata soalan itu tidak pernah dia fikir dia akan dapat. Pandangannya beroleh kepada seorang insan yang digelar Guru Shah.
"Selalunya Guru Shah yang jadi imam, tengku." katanya perlahan. Bohonglah dia tidak teringin. Tapi adalah lebih baik dia beri pada orang yang lebih tua.
"Guru Shah itu guru awak jugak, kan? Awak anak murid dia yang paling baik setakat ni, takkan awak nak hampakan dia? Hampakan saya?" Tengku Mona angkat kening. Sengaja mengugut sedangkan awal-awal lagi dia sudah bertanyakan Guru Shah untuk membenarkan Amran menjadi imam solat yang bakal mereka dirikan.
Cukuplah sekadar kerajaan mereka saja yang seramai 5000 orang itu. Dia pasti Tengku Farruz dan Umair sendiri akan mengimamkan rakyat mereka melainkan mereka semua mahu solat pada waktu yang sama.
Sultan Riyadh pula tidak dapat dikesan. Kawasan yang terlampau luas ini membataskan penglihatannya.
"Boleh, Amran?" Tengku Mona kembali bersuara apabila Amran seakan teragak-agak. Tidak lama selepas itu dia mengangguk tanda setuju.
Ada senyuman terbit di bibir Tengku Mona. Dia mengangkat ibu jari lalu melangkah pergi untuk mencari Tengku Farruz pula.
Sambil-sambil itu pandangannya naik ke langit. Terpampang jelas jet-jet pejuang yang sangat besar. Selain pertarungan di darat, mereka akan menyerang melalui udara. Tengku Mona tidak dapat nafikan, jet-jet kepunyaan kerajaan di bawah Tuliemo sudah cukup menggerunkannya.
"Buat apa dekat sini?" Tiba-tiba bahunya dirangkul oleh seseorang. Tengku Mona hampir menepis tetapi menyedari itu abangnya, terkubur terus niat murninya tadi.
"Cari abanglah. Mana tahu esok kita tak jumpa dah." Tengku Mona cuba menahan perasaan. Tengku Farruz agak tersentak dengan penyataan itu sebelum dia mengusap lembut bahu Tengku Mona.
Tengku Mona menarik nafas dalam untuk menahan tangis. Tetapi air matanya mudah saja turun membasahi pipi mulusnya. Terus tubuh kekar Tengku Farruz dipeluk erat.
"Abang cuba sehabis baik untuk terus hidup. Mona pun kena macam tu tau?" bisik Tengku Farruz. Dia terserempak dengan Tengku Mona pun kerana dia juga mencari adiknya itu.
"Abang takkan tinggalkan Mona, kan?" Tengku Mona menyembamkan wajahnya di dada Tengku Farruz. Dia menangis sepuas hati. Pasti matanya akan sembab kejap lagi.
Memikirkan kemungkinan besar untuk mereka tidak bertemu lagi sudah menimbulkan rasa perit dalam hatinya. Tangan Tengku Farruz dicapai lalu dicium berkali-kali.
"Maafkan salah silap Mona, abang."
Tengku Farruz mengelus lembut kepala adiknya itu. Dipandang saja tangan Tengku Mona yang menggenggam erat tangannya seakan takut untuk dilepaskan.
"Abang sentiasa maafkan adik abang."
![](https://img.wattpad.com/cover/306890004-288-k671865.jpg)
YOU ARE READING
Secret
Fiksi Sejarah[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...