Seusai solat Subuh, Aseef memilih untuk keluar berjoging di sekitar kawasan istana. Keluasannya memang sudah cukup untuk mengeluarkan peluh berbakul-bakul. Gim yang tersedia hanya digunakan ketika dia mahu lakukan senaman yang lain. Selain dia, suami kakaknya juga menggunakan gim tersebut.
Aseef meliarkan pandangannya sambil kaki melangkah ke hadapan. Pagi ini tenang saja seperti selalu. Kalau tidak selalu, mungkin ada Amelia yang terpekik marahkan Tengku Faiz. Kalau ada Adelisa, gadis itu suka berkurung dalam ofisnya saja.
Sekarang ofis itu tidak lagi digunakan dan dilarang untuk dimasuki oleh sesiapa. Amelia kata, bilik itu tetap menjadi milik Adelisa walaupun empunya badan sudah meninggal dunia.
Kalau dia masuk pun, haruman Adelisa masih ada. Ya Allah, rindunya.
BUK!
"Ehhh!" Akibat lamunan yang terbang melangit, dia sudah terlanggar seseorang. Kalut Aseef ingin mencapai tangan manusia yang dilanggarnya. Tindakan refleks.
"Allah!" Gadis yang memakai gaun biru muda itu terduduk di atas tanah dengan beberapa buah epal di sekelilingnya. Sakit yang dirasa diabaikan terus. Gelabah dia menyusun epal-epal itu kembali di dalam bakul.
"Kamu ni siapa?" Aseef nak tolong sebab rasa bersalah. Tapi laju pula tangan gadis itu, kejap saja dia susun semua epal yang tadinya berterabur.
"Allah, maaf tuan putera. Saya nak ke dapur untuk buat pai epal. Tengku Madiha kata dia teringin nak rasa." jelas gadis itu kalut-kalut.
Aseef yang melihat pun rasa kalut sama.
"Oh... tak apa, pergilah. Nanti lambat, botak pula kepala budak tu."
Gadis itu tersenyum sedikit walaupun mahu saja dia ketawa. Botak? Memanglah akan botak kalau Tengku Madiha selalu ugut untuk tarik rambut dia kuat-kuat kalau dia tak dapat apa yang dia nak. Aduhai budak tecik tu!
"Pai epal pula? Semalam sup labu. Cerita princess manalah kau tengah tengok ni?" Aseef menggeleng sedikit sebelum meneruskan aktivitinya yang tergendala tanpa diganggu oleh gadis yang membawa epal lagi.
Selesai berjoging, seorang pembantu istana mendekatinya untuk menghulurkan tuala kecil. Aseef terima saja walaupun dia tak tahu pula dia ada orang untuk sediakan tuala.
"Pak Ngah!"
Datang dah.
Jangan pelik kenapa dia dipanggil 'pak ngah' sedangkan dia anak bongsu. Anak saudaranya itu memang suka memandai.
Tengku Faiz yang berumur 6 tahun itu berlari-lari dengan wajah nakal ke arahnya. Aseef sudah bersiap sedia. Kalau muka macam tu, tahulah dia ada apa dalam fikiran anak saudaranya yang seorang itu.
Dalam sekelip mata saja, Tengku Faiz sudahpun berada dalam pelukan Aseef. Didukung budak lelaki itu ke biliknya.
"Pak Ngah buat apa kat luar? Tak penat ke hari-hari joging? Otot dah seratus pun tak cukup lagi? Nak jadi ayahanda Faiz eh?" Tengku Faiz dan soalan terlebih caring-nya berpisah tiada.
Mentang-mentang Tengku Zunaid tu abah dia, ada saja idea nak kenakan bapa saudaranya itu. Aseef menyimpan senyum. Padahal tubuh dia dan sepupunya yang seorang itu tidaklah jauh mana perbezaannya.
"Tak hingin. Sekurang-kurangnya aku sihat. Nak harapkan kau? Buncit pun tak hilang lagi." Dicubit lembut perut Tengku Faiz yang bergesel di bawah dadanya.
"Hey!" Tengku Faiz pantas menekup perutnya dengan wajah bengis. Apa ni?! Mencabul kehormatan sesama jantan!
"Dah, kau nak teman aku tidur ke? Kalau nak tanya soalan, sila pergi." Aseef berhenti di hadapan pintu bilik, memberi peluang Tengku Faiz untuk berlari.

YOU ARE READING
Secret
Historical Fiction[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...