Keesokan harinya, Abelisa muncul untuk kali kedua di kawasan penjara bawah tanah itu. Langit yang baru saja mahu memancarkan cahaya matahari kembali malap sepertimana rentak jantung Abelisa yang berubah tempo.
Nak mati ke lelaki ni?
Tubuh yang terbaring enak itu dipandang geram. Sah Noah yang lepaskan budak-budak tu. Tapi dia tak sangka Noah akan menjadi tunggul di sini. Dia nak tunggu apa? Malaikat maut?
Ini ha, malaikat maut comel nak tarik nyawa.
"Apa masalah kau?!" Serentak dengan tempikan itu, kakinya turut menendang Noah. Terbatuk-batuk lelaki itu cuba mencari nafas.
"Siapa?"
"Singa!" Boleh pula dia tanya siapa. Memang muka ni saja dalam kerajaan ini sekarang. Lainlah Adelisa ada sekali.
"Oh, patut muka pelahap sangat." balasnya tenang. Ikutkan hati, dia nak teruskan perancangannya dengan membunuh Abelisa. Tetapi dia sangat pasti tidak mudah untuk Abelisa dibunuh di tangannya.
Abelisa merengus. Sebenarnya dia tak suka duduk berdua dengan mana-mana lelaki. Selalunya kerana tidak selesa. Tetapi ini, sebab naik darah! Menggelegak je rasa.
"Nak pergi mana?" Noah menyibuk. Apabila dia hendak bangun, pinggang seakan meletup dan dia terbaring semula. Oh tidak, kenapa ni?
Dia memandang Abelisa yang semakin menjauh. Dan jelas pada pandangannya, senyuman sinis gadis itu. Huh, tak guna betul!
Apa dia buat kat pinggang aku?!
NOAH kaku di tempat dia berdiri. Pemandangan di hadapan tatkala ini sangatlah mengejutkan. Rata-rata manusia cuba menolong satu sama lain tetapi tiada langsung apa-apa perubahan yang berlaku.
"Maaf, tapi rumah siapa yang terbakar ni?" Seorang pemuda didekatinya.
Agak terperanjat pemuda itu apabila melihat Putera Ridella ada di Hagron L Casa. Ada sambutan apa-apa ke? Tapi, itu bukan masalah dia.
"Ada 12 rumah terbakar, tuanku. Semua dalam rumah tu selamat. Tapi itulah, mereka terpaksa merempat. Nak bina rumah yang baru, akan mengambil masa." katanya kedengaran agak risau. Yalah, kebanyakan penghuni rumah-rumah itu orang tua. Macam mana mereka hendak meneruskan hidup?
"Kalau bawa mereka ke Al-Fakhira? Selalunya ada rumah tumpangan untuk gelandangan di sana." Cadang Noah tanpa berfikir panjang.
Pemuda itu menggeleng dengan wajah kesal.
"Ia hanya untuk gelandangan yang ada sijil kewarganegaraan. Macam mereka ini, mereka tidak ada. Ini pun dikira salah sebab mereka masih dalam kawasan Hagron. Tetapi pasti Sultan Mirhad yang memberikan mereka tempat tinggal ini." balasnya dengan yakin.
Dia tahu ada beberapa orang yang sudah ditawarkan untuk tumpang di rumah orang lain buat sementara waktu. Tetapi segalanya sia-sia kerana mereka telah terikat dengan perjanjian ketika mereka dibuang dahulu.
Tak boleh menyelinap pada waktu malam, tidak boleh menternak haiwan, tidak boleh memasuki rumah orang lain sekalipun sebagai tetamu dan sebagainya! Nak diterangkan satu-satu rasanya esok pun tak habis lagi.
Noah terdiam untuk beberapa minit. Dia tahu hal ini berpunca daripada siapa. Perempuan ni memang cari nahas!
"AKU tak bunuh sesiapapun dah cukup baik."
Noah terlongo. Wajah selamba Abelisa menunjukkan bahawa dia langsung tidak kesah setelah menghancurkan tempat berteduh orang lain. Kejamnya!
"Kau memang tak ada belas kasihan ke?"
Entah apa yang lucu, tiba-tiba saja gadis itu ketawa. Seram Noah melihatnya.
Sekarang ini mereka berada di kawasan taman bunga istana. Tidak ada banyak pengawal di situ tetapi ada orang kanan Noah sedang memerhati dari jauh.
"Kalau kau nak cakap pasal belas kasihan dengan aku, maaf tapi rasa tu dah lama tak muncul untuk orang macam mereka!"
"Apa maksud kau?"
"Masa mereka lepaskan aku kerana duit, ada mereka fikir masa depan aku? Ada belas kasihan tak untuk aku masa tu?" Abelisa memeluk tubuh. Dia pun tidak tahu apa yang dia mahukan sebenarnya. Mengurung mereka buatkan dia rasa tidak patut. Membunuh mereka apatah lagi.
Hatinya pasti tidak akan rasa tenang.
"Kau berdendam? Disebabkan itu kau balik."
Abelisa menggeleng.
"Aku balik sebab dah tiba masanya untuk aku balik."
Atau lebih tepat, dia disuruh pulang...
Oleh seseorang yang mempunyai kuasa di atas tanah Hagron ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Secret
أدب تاريخي[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...