"Adelisa?!" Sultan Riyadh terbangun. Jelas dia tidak menyangka gadis itu masih wujud.
Mak...maksud dia, masih hidup.
"Kenapa? Marah sebab tak boleh ambil takhta aku?" Adelisa menyerang datuknya terkena batang hidung. Terbatuk-batuk orang tua tu.
"Walaupun suatu hari nanti Hagron akan menerima pemerintah yang baru, orangnya pasti bukan kau. Bakal pemimpin Hagron hanya akan lahir daripada rahim aku ataupun rahim kakak-kakak aku."
Amelia dan Abelisa tersentak. Peraturan celah mana dia ambil ni?
"Baru wujud." bagitahu Adelisa.
"Oh..." Kedua-duanya mengangguk faham.
"Aku...aku tak faham! Kenapa Adeli..."
PRANG!
Tak sempat Sultan Riyadh menghabiskan kata-katanya, kedengaran ada tingkap yang baru sahaja pecah. Sebaik saja melihat Adelisa, gadis itu sudah bertukar sepenuhnya. Wajahnya dipenuhi urat-urat hitam yang menggerunkan.
Tengku Farruz dan Tengku Mona berpandangan sesama sendiri, begitu juga yang lain.
"Aku haramkan nama aku keluar daripada mulut kau!"
PRANG!
Mereka tahu Adelisa pasti akan marah. Tetapi sedalam mana rasa itu sehingga nama pun diharamkan untuk Sultan Riyadh menyebutnya? Sejijik itukah Adelisa terhadap Sultan Riyadh?
"Jangan buat benda bodoh!"
Noah memandang ayahandanya lalu kepalanya menggeleng perlahan. Tidak nampakkah Sultan Riyadh bahawa dia tidak lagi berkuasa di sini? Mahu jugak menempik.
"Siapa kau untuk arahkan aku?" Adelisa melangkah perlahan. Aseef yang tadi sedang ternganga tidak percaya kini menatap Adelisa dengan senyuman lebar. Lambat betul reaksinya.
"Aku seorang sultan."
"Bukan di tanah Hagron."
Sultan Riyadh dan Adelisa beradu pandangan. Seorang dengan angkuh dan seorang lagi dengan sinis.
BANG!
BANG!
BANG!
Mereka menoleh ke arah pintu itu serentak. Adelisa kembali pada rupa asalnya. Dipandang Abelisa yang sedang menguap menutup mulut. Sempat lagi mengantuk tu.
"Bila nak bagi mereka masuk?"
"Oh, aku tunggu arahan kau." Abelisa terus saja melepaskan kuasanya yang menahan pintu tersebut.
Dengan drastik beberapa orang pengawal tersungkur ke atas lantai sebelum mereka pantas membetulkan posisi.
"Kami dengar..."
Mata mereka tertumpu kepada insan berbaju songket bersama selendang putih yang menutup kepala itu. Ada yang menggosok mata, ada yang mencubit pipi sendiri dan ada yang sedang menghampiri Adelisa.
Adelisa kenal orang yang sedang mampir itu.
Ryan, rakannya yang telah berkhidmat dalam ketenteraan Hagron bertahun sudah lamanya.
"Adelisa, is this real you? Like really real? Still breathing and alive? Ke kembar tiga?" Ryan memandang Adelisa dan Abelisa silih berganti.
"Nampaknya betullah, Ellise apa khabar?"
"OH MY ALLAH!" Ryan terundur ke belakang.
Tinggal di Hagron telah meyakinkan dia untuk memeluk agama Islam. Sepanjang penghijrahannya, segalanya terasa bertujuan. Dia suka dengan cara hidupnya sekarang ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Secret
Historical Fiction[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...