Bab 53

769 100 4
                                    

7 TAHUN KEMUDIAN,

Abelisa mengemas dan melipat pakaiannya dituruti pakaian suaminya dan anak lelakinya di dalam bilik yang sederhana besar itu. Setelah 3 tahun menyambung pengajian alimah, seorang lelaki arab menginginkannya sebagai zaujah.

Abelisa menolak pada awalnya kerana dia mahu fokus pada pengajiannya. Sudahlah alimah mengambil masa yang lama, dia bimbang jika konstrasinya terganggu dek tugas seorang suri rumah.

Namun, suaminya sendiri mengizinkannya untuk menyambung pelajaran. Rumahnya dan Darul Falah hanya berjarak beberapa langkah sahaja. Dia dibenarkan tinggal di luar kawasan kerana dia sudah mempunyai mahram iaitu suaminya.

Bahagian pertama dalam Pengajian Qismul Ulum Diniah mengandungi dua hala. Peringkat yang pertama dipanggil Thanawi, ia mengambil masa empat tahun sama dengan peringkat kedua iaitu Al Aliah.

Dalam peringkat yang pertama ini, Darul Falah amat menitikberatkan hafalan kitab, bahasa Arab dan pelajaran ilmu feqah.

Peringkat yang kedua pula mementingkan pengajian ilmu hadis, sastera arab dan kitab feqah yang tinggi.

Bagi bahagian hafalan pula, setiap pelajar diwajibkan menghafal 5 buah kitab dalam masa 4 tahun. Kitab Nahu (Matan Aljurmiah), Kitab Nahu (Matan Mimmah), Kitab Sorof (Matan Bina'a wal'asas), Kitab Tauhid (Matan Ummul'brohim) dan Kitab Feqah (Matan Ghoyah Wataqrib).

Setiap pelajar yang dapat tamatkan hafalan kitab matan ini, mereka perlulah menghafal 1000 buah hadis daripada bab-bab yang ditetapkan oleh asatizah. Pada tahun akhir pula, pelajar digalakkan menghafal 1000 hadis dari kitab Al-Bukhary.

"Sayang, awak ada di dalam?" Satu suara menjengah di sebalik pintu berserta ketukan ringan.

Abelisa menoleh.

"Ya, ada tetamu di luar?" Jika ada, dia akan menutup wajahnya.

Bimbang juga jika suaminya fikir dia sudah mengenakan niqab. Ia tidak pernah berlaku, suaminya pasti akan menyuruh dia duduk di sebalik dinding saja jika rakan-rakan suaminya itu datang ke rumah. Tapi dia masih berhati-hati.

"Tidak ada, sayang. Hanya abang dan Fateh."

Syed Fateh Ibtisam ialah nama anak lelakinya manakala suaminya bernama Syed Zabran Naqil yang juga tua enam tahun daripada Abelisa.

"Baik, abang tunggu di ruang tamu. Saya buatkan air." Abelisa terus ke dapur selepas menguak pintu. Dapat dia lihat suami dan anaknya sedang berbual apa entah. Kelihatan serius saja wajah anaknya itu.

Dia ketawa kecil melihat Zabran yang tiba-tiba berdiri diikuti Fateh. Wajah masing-masing bersemangat waja. Ada apalah tu?

Dia hidup bahagia di bumi Mekah ini. Bahagia itu membuatkan deritanya semakin pudar. Tanpa melengahkan masa dia terus ke dapur.

Sedang dia asyik mencedok gula, pinggangnya disentuh lembut dari belakang. Mujurlah dia bukan jenis melatah, tak pasal-pasal bergula wajah suaminya yang sedia manis itu.

"Sayang..." Tepi tudung isterinya dilipat sambil mengusap pipi mulus Abelisa.

"Ya?" Hairan betul dia dengan perlakuan Zabran ketika ini.

Tiba-tiba Zabran membacakan Surah Al-Hujurat ayat yang ke-13 hingga ke ayat 15. Memang itu rutin mereka. Dalam keadaan apa sahaja, tiba-tiba saja suaminya akan menebuk apa-apa ayat dan akan menyuruh dia menyambung.

Kata Zabran sendiri, alangkah indahnya jika ayat-ayat suci Allah menjadi penguat silaturahim mereka. Tunggu Fateh menghabiskan syahadah saja bila besar nanti, pasti anaknya itu pula akan menerima nasib yang sama.

Secret Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang