Seluruh Istana Ridella rentung pada keesokan paginya. Berita ini sudahpun tersebar ke setiap empayar. Maka, berkumpullah keluarga besar itu di istana Hagron yang sememangnya istana terbesar di atas muka bumi.
Anak-anak Sultan Riyadh sedang bersembang sakan seperti tidak ada apa-apa. Ini kali permata mereka bertemu kembali setelah beberapa tahun lamanya.
Amelia, Abelisa dan Aseef juga ada di situ. Amelia saja yang membuka mulut bertanya itu dan ini kepada sepupu-sepupunya yang lain manakala adik-adiknya lebih selesa melayan karenah anak-anak saudara mereka.
"Kau orang ni buat macam aku tak wujud!" Sultan Riyadh tiba-tiba menghentak meja. Terdiam terus semua orang yang ada di meja santapan itu.
"Over." bisik Abelisa perlahan. Kalau kuat-kuat kang, terberak pulak orang tua tu. Yalah, tekanan.
"Ayahanda nak marah-marah kenapa? Kami patutnya risaukan Noah lebih. Ayahanda tu dikira manusia yang paling bertuah. Tengah tidur lena pun orang tolong angkat. Adik ni, sampai hitam-hitam muka dia tolong orang." Subhiya iaitu anak sulung kepada Sultan Riyadh membalas. Dia sudah masak dengan perangai bapanya itu.
Makin tua ni makin menjadi-jadi.
Noah yang mendengar hanya terdiam. Langsung tidak berani bersuara.
"Jadi kamu nak kata ayahanda tak penting?" Sultan Riyadh menjegilkan mata. Merah matanya menahan amarah yang meluap.
Abelisa sedar wajah Aseef yang sememangnya sedang menilai datuknya. Berkerut-kerut dahi itu. Dia hanya mampu menyimpan senyum.
"Penting, tapi bertuah." balas Subhiya lagi. Cassandra dan Noah hanya mengunci bibir.
"Macam mana istana tu terbakar?" Kali ini Subhiya pula menyoal Noah.
Baru saja Noah nak lega, nahhh ditanya pula.
"Ada api."
"Takkan taik kau." Cassandra menjeling Noah. Apa punya jawapan tu?
Tersentak Tengku Farruz dan Tengku Mona mendengar kata-kata ibu mereka. Hampir saja Tengku Mona tersedak biji selasih. Tengku Izz dan Tengku Fatima pula sakan menghamburkan ketawa. Sampai merah wajah mereka.
Walaupun Cassandra dikenali dengan namanya yang anggun, perangainya jauh daripada itu. Sebagai ketua panglima tentera laut Ridella, memang dia seorang yang sedikit lasak.
Dan walaupun mereka ini tinggal dalam kawasan Ridella, mereka sukar untuk bersemuka. Ridella adalah empayar kedua terbesar selepas Hagron L Casa.
"Andra..." Subhiya menegur. Inilah bahaya apabila adiknya itu membuka mulut. Cassandra hanya mengangkat bahu sebelum menyambung suapan sup labu yang tidak luak-luak. Ada automatic refill ke bawah mangkuk ni?
Noah mengeluh perlahan. Tak tahu bagaimana dia mahu mulakan ceritanya.
"Aku tengok surat yang ayahanda dapat. Dia suruh ke menara dan aku pergi. Masa aku pergi ada seorang perempuan ni. Dia... urmm... tengah menari di depan mayat yang sedang terbakar."
Bunyi terkejut dan dentingan keluli terus kedengaran. Abelisa saja yang masih setia dengan sudu di tangan. Bila masa nak habis sup ni?
"Jadi aku larilah keluar nak maklumkan dekat ayahanda. Tak sempat sampai, menara tu dah roboh, api tu dah merebak." Noah sengih kecil. Puas hati dah habiskan cerita.
"Mesti sebab kau kan?!" Sultan Riyadh tiba-tiba menengking. Tanpa teragak-agak sebatang garpu terus dibaling ke arah seseorang.
Abelisa tangkas menangkap garpu yang hampir menikam anak matanya. Dia meletakkan garpu itu ketepi. Pandangannya langsung tidak lari dari wajah datuknya itu. Satu-satunya manusia di sini yang tahu kebolehannya hanyalah Sultan Riyadh.
"Ada bukti?" Aseef membuka mulut. Pantang kakaknya disentuh sesiapa, keluarlah sisi protektifnya itu.
"Dia... dia..." Tersekat suaranya di kerongkong. Kalau dia bagitahu pun, dia tak dapat buktikannya.
"Aku apa?" Abelisa mencabar. Suka dia melihat wajah susah hati Sultan Riyadh.
"Kau memang bangsat!"
"Ayah!" Terkejut Subhiya dibuatnya. Tengku Yusuf cuba menenangkan isterinya yang memegang dada itu. Cassandra pula hanya memandang wajah Abelisa. Pasti ada sesuatu pada gadis itu, fikirnya.
"Kalau kamu semua nak tahu, dia sama saja seperti Adelisa. Kuasa dia... dia ada kuasa! Dia mampu keluarkan api, jadi memang sah dia yang bakar Istana Ridella!"
"Bingitnya," Aseef menggosok telinga. Dia tak suka suasana yang tegang begini.
"Again, ada bukti?" Kali ini Amelia pula bertanya. Tak gemar adiknya dituduh melulu seperti itu.
"Aku tak ada bukti tapi aku nak kau tahu, Abelisa..." Jarinya menunding ke arah cucunya dengan renungan maut. Walaupun usianya sudah lanjut, percayalah Sultan Riyadh masih ditakuti apabila amarahnya meletus. Tetapi Abelisa?
Boleh pula dia minum air dulu. Tekak kering.
"Tahu apa?" Noah menyampuk. Lama sangat berhentinya. Terus lengannya disiku Cassandra.
"Adelisa lebih layak ada di sini berbanding kau."
Pergerakan di meja itu kaku, termasuk Abelisa.
"Adelisa lebih mulia. Dia lebih pandai jaga rakyat dan takkan sesekali binasakan orang lain. Adelisa tu hati dia murni bukan macam kau! Adelisa..."
Abelisa sudah tidak dengar apa yang Sultan Riyadh bebelkan. Pandangannya fokus pada tangannya yang sedang menggenggam cawan kaca. Urat-uratnya timbul dan cahaya mula kelihatan.
Tetapi Abelisa tidak hentikannya. Sungguh, hatinya sakit dibandingkan sebegitu rupa oleh manusia bertopeng seperti datuknya itu.
PRANG!!!
"Arghh!!" Tengku Faiz dan Tengku Madiha terus menyorok di bawah meja apabila semua bahan kaca di atas meja itu pecah dengan sendiri. Mereka semua tersentak lalu berpaling ke arah Abelisa yang sudahpun berdiri.
"Bersyukurlah sikit aku tak sembur dekat muka kau." katanya ditujukan khas buat Sultan Riyadh sebelum berpaling untuk melangkah pergi.
"Gila! Tangkap dia!"
Walaupun Sultan Riyadh mengarahkan Abelisa untuk ditangkap, tetapi pengawal itu sendiri tak mampu bergerak. Mereka hormatkan Abelisa sama seperti mereka hormatkan Adelisa.
Noah terus mengejar Abelisa. Bengkak juga hatinya melihat ayahandanya diperlakukan sebegitu.
"Berhenti jadi malaikat maut!"
Tengkingan itu menghentikan langkah Abelisa yang semakin jauh.
"Tak cukup kau bunuh orang-orang yang tak bersalah di Ridella, kau nak bunuh datuk kau pula?"
Abelisa menoleh. Wajahnya tidak berperasaan.
"Mana kau tahu mereka tak bersalah?"
Noah terdiam. Habis?
"Mereka orang yang tolong diamkan kehilangan aku. Jadi, itulah akibatnya."
"Kenapa kau membunuh? Banyak lagi cara lain."
"Contoh?"
Sekali lagi Noah terdiam. Mahu saja Abelisa ketawa di situ. Cakap pandai tapi tak berfikir sebelum berbicara. Orang bodoh saja yang selalu buat begitu. Apabila jadi begini, lagilah jelas penampakan bodoh itu.
"Aku dibesarkan macam ni. Kau takkan boleh beritahu serigala untuk berhenti membunuh, kan? Jadi jangan harapkan aku mampu berdiam sedangkan selama ini aku membunuh untuk terus hidup." tegas Abelisa lalu langkahnya terus diorak ke arah bilik tidurnya.
YOU ARE READING
SECRET
Misteri / Thriller[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...