Bab 9

932 134 18
                                    

"Adelisa."

Adelisa yang sedang melangkah itu berhenti mendadak. Wajahnya dipalingkan ke belakang di mana Tengku Farruz sedang berada. Kiri dan kanan lelaki itu dilihat. Tak ada pengawal jadi dia tak perlu berlakon buta.

"Kenapa?" soal Adelisa kembali pada sepupunya yang seorang itu. Wajah Tengku Farruz sukar ditebak. Entah apa yang lelaki berambut perang itu sedang fikirkan.

"Tahniah atas pertabalan sebagai permaisuri."

Hampir saja Adelisa melepaskan tawa di situ. Lain daripada yang lain ni. Sejak bila Tengku Farruz mengucapkan tahniah atas kejayaan orang lain?

"Selain tu?" Adelisa tahu ada yang Tengku Farruz ingin katakan kepadanya. Mustahil hanya tahniah yang kedengaran begitu kosong itu.

"Aku nak tegur,"

"Dah agak." bisik Adelisa perlahan kepada diri sendiri.

"Jangan semua benda nak jatuh atas tangan kau. Fikir orang lain sama." Tengku Farruz dapat rasakan nadanya mengeras. Adelisa yang separas dadanya itu direnung tajam.

Entahlah, sejak dia dan Tengku Mona tahu Adelisa mempunyai musuh berkuasa seperti Raja Mario, mereka agak ketakutan tetapi mereka tidak nafikan Raja Mario hanya bermusuh dengan pesaing yang setaraf dengannya. Maknanya Adelisa sedang berkuasa. Dan mereka tidak sukakan hakikat itu!

"Apa maksud kau dengan fikir orang lain?" Nak aje dia tendang Tengku Farruz biar mandul! Siapa yang selalu tak fikir orang lain sekarang ni?

"Aku ada hak atas V Diore dan adik aku pun ada hak atas Selatan Aragon. Aku tak faham macam mana kau boleh jatuhkan arahan sesenang itu. Apa yang kau fikir?"

"Tak fikir apa-apa. Aku cuma buat apa yang aku patut buat. Dan mungkin tak lama lagi hak korang akan ditarik." ujar Adelisa tenang. Bahu dijongket menunjukkan betapa dia tidak teragak-agak akan menarik takhta Tengku Farruz dan Tengku Mona bila-bila masa saja.

"Kau tak ada kuasa sebesar itu, Adelisa. Kau jangan bermimpi!"

"When you know nothing, better you keep your mouth shut. Jangan tunjuk sangat yang kau tahu semua benda depan aku!"

Tengku Farruz terkedu. Ini kali pertama Adelisa menunjukkan sisinya yang ini. Selalunya hanya renungan tajam yang diberi. Itupun sudah menakutkannya.

"Kenapa kau kejam sangat? Apa yang kau cuba buat?"

"Dengan menarik hak kau atas kerajaan yang hampir hancur akibat kau, kau rasa aku kejam?" Adelisa memeluk tubuh. Walaupun V Diore itu nampak aman dan sentosa, hakikatnya berpuluh-puluh jenayah dilakukan tanpa diberikan hukuman.

Tengku Farruz ingat sebab dia pegang kerajaan yang kecil, sewenang-wenang itu saja dia mahu lepas tangan? Sudahlah dilantik menjadi orang kanan Sultan Riyadh.

Yang datuk dia pun, terima kenapa? Sekarang bila dah ada dua kuasa, dia boleh buat macam tak ada apa-apa.

Tengku Farruz mengetap bibir. Sungguh dia rasa tercabar dan betapa dia rasa otaknya tidak lagi mampu berfungsi. Dia tahu Adelisa pasti ada rahsia yang disimpan. Tetapi apa?

Nak tanya pada Sultan Riyadh...abaikan saja.

Dia akan jadi cucu kesayangan yang dapat apa yang dia mahukan sehinggalah nama Adelisa disebut. Tatkala itu Sultan Riyadh akan melebihkan Adelisa daripada segalanya.

Sungguh, apakah rahsia gadis ini?

"V Diore, Al-Qarni, Al-Fakhira, Selatan Aragon. Semuanya di bawah kau selama ini! Apa lagi yang kau cuba buktikan kepada kami semua?!"

Benar, dia tahu hanya sebahagian sahaja daripada kerajaan-kerajaan itu milik Adelisa. Tetapi itu tidak menafikan bahawa gadis itu dapat menggulingkan pemerintahan kerajaan-kerajaan ini dalam sekelip mata. Fikirannya barangkali lebih licik dan sukar ditebak.

SECRETWhere stories live. Discover now