Bab 4

1.6K 167 21
                                    

Jutaan media sudah menerima khabar tentang kenaikan takhta Puteri Mahkota Adelisa Noor. Dalam seperludah cuma, berita ini sudah sampai ke telinga setiap penduduk dan rakyat dari empayar lain. Sudah pasti mereka terkejut.

Puteri Mahkota Amelia Azzahra dan Putera Mahkota Ezhar Aseef juga tidak terkecuali dalam sidang media tadi. Dan sudah tentu ada satu perkara yang amat mengejutkan mereka semua.

"Dia orang buta!" Tok Salloman menghentak tongkat kayu di tangannya ke tanah. Cuma ada satu perkara yang bermain di fikirannya.

"Apa salahnya dia buta?"

Terkejut dengan sapaan itu, Tok Salloman terlompat. Terangkat kain pelikatnya ke paras betis. Melihat gerangan yang menegurnya saja sudah meremangkan bulu romanya.

Bonda Lita.

Wanita yang tidak pernah berbicara dengan sesiapa selain ahli keluarganya. Harus, apakah ini?

"Apa salahnya dia buta, Salloman?" tanya Bonda Lita lagi. Kali ini lebih kuat dan kasar. Guru Hadid dan Elias yang turut berada di situ turut tercengang.

"Bagaimana dia hendak memerintah andai dia buta?" Tok Salloman memberanikan diri membalas dengan suara yang lantang. Sungguh, kerajaan ini yang aman saja mungkin terpecah belah. Siapa bakal permaisuri mereka pun dia tak tahu.

Tok Salloman tidak ada masalah jika pemerintah mereka seorang wanita. Permaisuri Mutiah juga sempat memerintah sebelum beberapa bulan selepas itu baginda disahkan mangkat oleh pihak istana tanpa dimaklumkan apa sebabnya.

Tetapi kecacatan buta, sukar untuk dia terima!

"Kau juga penghulu kota ini, Salloman. Malah bertongkat sedangkan aku yang lebih berusia ini tidak memerlukan sebarang sokongan. Kelemahan kau juga bisa membawa kemudaratan kepada yang lain." Bonda Lita tenang saja.

Selendang di kepalanya ditarik rapat apabila angin kuat menerpa wajahnya yang tersembunyi di sebalik burqa. Walaupun pakaiannya berlapis-lapis, setiap titik peluhnya ibarat penyumbang pahala. Tidak hairanlah dia dengan kehangatan di dunia ini.

"Tetapi aku yang menjaga kota ini sejak dahulu. Biarpun aku bertongkat, aku ada anak-anak buah yang mampu membantu. Aku masih ada keupayaan untuk melihat kekurangan kota ini dan membuat penambahbaikan." Riak Tok Salloman tika ini usah dibicara. Betapa dia rasa setiap apa yang keluar daripada bibirnya ini dipandang sinis oleh Bonda Lita.

"Jangan kau tutup kelemahan kau dengan kelebihan sedangkan kau agungkan kelemahan orang lain tanpa melihat kelebihannya!" Bonda Lita menggenggam kuat tangannya. Dia geram dengan orang tua tak sedar diri ini. Wajah putihnya juga sudah merah padam menahan amarah.

"Dia mungkin buta. Tapi pasti ada sebab lain dia diangkat menjadi pemerintah. Barangkali hanya dia yang mampu mengubah segala-galanya. Jangan pandang rendah pada permaisuri yang bakal memerintah ini. Telinga dan matanya cukup tajam untuk membunuh musuh. Kalau kau punya anak-anak buah sedangkan kau cuma penghulu, dia lebih megah kerana dia pentadbir kerajaan yang di belakangnya ada beribu orang kuat diraja."

"Kenapa Bonda Lita pertahankan dia? Kerajaan ini bakal hancur di bawah pemerintahan Permaisuri Adelisa!" Guru Hadid menyampuk. Apabila Tok Salloman hilang kata selepas dibidas, dia memilih untuk membalas.

"Kerana hanya dengan namanya saja, kerajaan dan kota-kota lain bakal tunduk. Dia begitu berkuasa. Kecacatannya tidak ada makna kerana kelebihan yang ada pada dirinya lebih dari itu." Bonda Lita memandang Tok Salloman yang tercengang itu.

"Banyak daripada kau!"

Elias di belakang Guru Hadid terperanjat. Ha kan dah kena. Nasib aku datang tengok je.

"Ini pesanan aku buat kalian." Bonda Lita memeluk tubuh. Biarpun usianya sudah mencecah 79 tahun, dia nampak lebih berdaya daripada Tok Salloman. Cuma Bonda Lita bukanlah penghulu kota untuk ke hulur ke hilir demi menjaga keamanan.

"Apa sahaja yang Puteri Adelisa lakukan kelak, percayakan rancangannya. Dia akan membuat kalian menangis sebelum gembira. Lindungilah dia andai suatu hari nanti dia difitnah."

"Bonda pernah kenal dengan Puteri Adelisa ke?" Elias menyoal. Yalah, pesanannya macam dah cukup arif tentang bakal permaisuri mereka yang satu itu.

Bonda Lita tersenyum. Kali ini terlihat kemanisan daripada senyumannya.

"Seluruh kota ini pernah mengenalinya."

•••

"Itik gembo-gembo." Aseef melompat keluar daripada F 18 Hornet. Jet pejuang itu khas buat pangkalan tentera udara mereka.

F 18 Hornet mempunyai meriam putar M61 20 mm dalaman dan boleh membawa peluru berpandu udara-ke-udara dan senjata udara-ke-permukaan. Bahan api tambahan boleh dibawa ke dalam sehingga lima tangki bahan api luaran dan pesawat itu boleh dikonfigurasikan sebagai kapal tangki bawaan udara dengan menambah sistem pengisian bahan api udara-ke-udara luaran.

Aseef melangkah ke arah Hawk 108 pula. Lelaki yang ada di situ terus disapa dengan pelukan.

"Kau ni dah lama hidup ke?" Umair mengetuk kepala Aseef. Ini makan dia datang peluk orang tanpa syarat. Tak pasal-pasal wajahnya hampir kena cium dengan topi sekeras batu itu. Bersepai giginya nanti.

"Janganlah main kepala. Elok-elok cerdik, bodoh aku nanti. Aku masih tak kahwin tau." Aseef mencebik. Apahal semua orang minat sangat kepala dia ni? Cemburu dia ada kepala?

"Kalau macam tu jangan datang peluk orang tiba-tiba. Aku bukan bini kau!" Umair menjulingkan mata ke atas.

"Rugi-rugi. Kalau tak, boleh tengok muka aku yang menawan ni setiap pagi. Untung besar!" Aseef terus merangkul leher Umair.

"Baik aku tengok muka bonda aku. Dapat pahala."

Aseef menjauhkan diri. Wajahnya dibuat sentap habis. Tangan menyentuh dada untuk menunjukkan bahawa dia terluka. Umair pula terpinga-pinga melihat kebodohan rakannya.

"Kau reject aku, Umair?"

Umair tersenyum lucu. Alahai budak ni. Muda-muda dah gelong.

Ya, Umair lebih tua daripada Aseef. Dia sebaya dengan Adelisa. Malah mereka pernah bersekolah sekali. Tidak hairanlah macam mana dia boleh rapat dengan adik gadis itu. Nak harapkan Adelisa berkawan dengannya, lambat lagi!

Kehadirannya di situ juga sebenarnya untuk meluangkan masa saja. Al-Qarni dan Hagron L Casa bekerjasama dari segi ketenteraan. Jadi mereka berkongsi landasan yang sama. Di Al-Qarni juga terdapat landasannya sendiri tetapi lebih kecil.

"Kau dah dapat jemputan ke?" Aseef tiba-tiba menyoal membuatkan kening Umair terangkat sedikit. Seketika kemudian barulah Umair mengerti maksud Aseef tadi.

Upacara Istiadat Pertabalan Permaisuri Hagron L Casa.

"Dah, aku datang seorang nanti." balasnya sambil membetulkan rambut yang disapa angin.

"Bawaklah bini." Aseef menjungkit-jungkitkan kening tebalnya.

Umair tergelak. Tawanya saja dapat membuat orang di sekeliling mencair serupa ais. Lihatlah lekuk wajahnya yang bersegi ketika itu. Dengan tangannya yang masih bermain di rambut. MashaAllah, indahnya.

"Saja."

Tingkah Umair terhenti. Dipandang Aseef yang sedang menunjukkan riak tidak puas hati itu.

"Apa yang saja?"

"Saja kan nak tunjuk kau hensem?" Anak itik betul!

"Jealous ke?"

"Tak ada maknanya." Aseef melangkah pergi dengan tangan yang masih memeluk topi keledar.

Semakin galak Umair mentertawakan karenah Aseef. Terus dia mengejar Aseef yang semakin menjauh. Leher lelaki itu dirangkul erat.

"Merajuk?" soalnya dengan senyuman lebar.

Langkah Aseef terhenti. Begitu juga Umair di sebelahnya.

"Tak, aku lapar!" Aseef pantas berlari selepas itu.

Umair terkedu sebelum tawanya terhambur keluar buat sekian kalinya.

Secret Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang