Hari ini bakal berlangsungnya majlis ulang tahun Sultanah Adelisa. Biasanya akan ada bacaan doa dan surah-surah pilihan kerana tuan badannya sudah pun kembali pada Pencipta. Tetapi untuk kali ini, mereka akan menyambutnya secara besar-besaran.
Kerana adanya Abelisa. Mereka kan kembar. Patutlah keluarga besar diraja semuanya hadir semalam. Abelisa pun baru saja maklum tentang perkara itu. Dia bersiap mengikut apa yang Layla pilihkan untuknya.
"Cantiknya!" Puji Amelia yang sedang berehat di atas sofa. Dari tadi dialah yang bertungkus-lumus menyiapkan segalanya. Sejak jadi ibu ini, semua benda rasa nak diuruskan sendiri.
"Itulah, macam bidadari." sambung Aseef yang terbaring di atas katil Abelisa itu. Terkangkang tanpa ada rasa malu. Pembantu istana yang ada di situ pula yang naik segan.
"Tidur elok sikit." Abelisa menegur Aseef. Kesian dia melihat wajah merah padam pembantu istana yang sedang membetulkan selendangnya tatkala ini.
Walaupun Abelisa tidak bertudung, tipulah jantungnya tidak berdegup dengan irama berlainan melihat rambutnya yang kini terselindung. Dia rasa sesuatu yang sudah lama dia tidak rasakan. Rasa dilindungi.
"Alah, Aisyah jangan pandang sayalah. Dah selesa ni." Dimarahnya pula pembantu istana itu. Aseef tahu itulah pembantu yang sama yang dia langgar tempoh hari. Aisyah namanya.
"Maafkan saya." kata Aisyah lembut sambil menunduk.
"Kau bangun!!" Amelia menekup wajah Aseef dengan bantal. Terkapai-kapai jejaka itu sebelum menolak kakaknya dengan kudrat seorang lelaki. Hampir tersungkur Amelia dibuatnya.
"What was that for?" soalnya sambil mencari nafas.
"Kesianlah dekat Aisyah, dia pun ada rasa malu. Dah, keluar! Tak membantu langsung." Amelia mendekati Aseef untuk menarik telinga itu tetapi Aseef lebih pantas membaca situasi. Terus dia memecut keluar dari situ.
"Jangan kejar aku!" Tempiknya dari luar. Bukan main takut dengan Amelia dan sepit lobsternya. Bisa beb!
"Sorry pasal dia." kata Abelisa kepada Aisyah. Gadis itu cuma tersenyum senang dan terus menyambung kerjanya.
APABILA dia kata besar-besaran, ini bukanlah sesuatu yang dia bayangkan. Terpesona Abelisa melihat perincian di dalam Aurelia Drigardon ketika ini. Dipenuhi emas dan berlian. Rasa silau pula matanya.
Sama saja dengan majlis Aseef tempoh hari, tapi yang ini tak ada majlis tari-menari. Abelisa sendiri bubarkannya. Sultan Riyadh pula tak membantah. Hmm aneh!
"Kau memang nak duduk sorang-sorang ke?" Tiba-tiba Abelisa ditegur seseorang. Apabila dia menoleh, lelaki itu pun terkaku di tempatnya.
Umair Izdihaar, rakan baik Adelisa.
"Muka kau sebijik macam Adelisa." kata Umair jujur. Dia tak sangka Abelisa akan mengenakan selendang bertutup penuh.
"Nama pun kembar."
"Ya, tapi muka kau matang sikit kalau tengok betul-betul."
Abelisa kehairanan. Terangkat sedikit kening tebalnya. Walaupun wajah Umair tidak memancarkan riak gemuruh, tapi percayalah hatinya tidak pandai berdusta. Aura Abelisa lebih menakutkan daripada Adelisa.
"Kau selalu tengok adik aku ke?"
"Hah? Aaa... mana ada! Pandai-pandai je!" Umair terus beredar dari situ.
Abelisa menggumam bibir. Pelik-pelik saja manusia yang berkawan dengan Adelisa ni.
Dari jauh dapat dia lihat Tengku Farruz dan Tengku Mona sedang bersembang rancak. Di suatu sudut ada Ryan dan Ellise sedang menjamu selera. Amelia sedang menguruskan anak-anaknya. Sepupunya yang lain iaitu Tengku Izz dan Tengku Fatima pula sedang melayani tetamu walaupun mereka juga tetamu. Manakala Aseef pula...
Apa dia buat tu?
Dari tengah dewan itu, Abelisa dapat melihat Aseef yang sibuk membantu Aisyah mengangkat dulang-dulang kosong. Nak tebus kesalahan ke tu?
"Hai, Abelisa."
Abelisa terkelu seketika sebelum tersenyum ringkas ke arah Tengku Fatima.
"Hai."
"Kau belum kenal kami kan?" Entah dari mana, datang pula Tengku Izz dengan dua cawan di tangannya. Segelas jus epal itu dihulurkan untuk Abelisa dan segelas lagi untuk adiknya.
"Tengku Izz Aidan dan Tengku Fatima Alliya. Saya kenal."
"Okey, senanglah macam tu. Awak boleh panggil saya Izz dan adik saya Fatima. Kalau perlukan apa-apa pertolongan. Jangan malu. Kita satu keluarga." kata Tengku Izz tanpa rasa kekok. Memang itulah sikapnya, peramah terlebih.
"Baik, terima kasih." Sekali lagi Abelisa melorekkan senyuman buat mereka berdua. Dia memang tak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan. Atau lebih tepat, dia tidak suka berbual.
"Sama-sama." Tengku Fatima memeluk bahu Abelisa sesaat sebelum melangkah pergi kerana dipanggil oleh seseorang. Begitu juga Tengku Izz yang tiba-tiba ditarik lelaki berkot hitam. Temannya mungkin.
"Puteri Abelisa, hati-hati!" Tiba-tiba saja jeritan itu bergema. Rata-rata sudah menjerit. Abelisa masih kaku dan tidak faham apa-apa sehinggalah dirinya dirempuh oleh seseorang dan ada gegaran yang sangat kuat berlaku.
Abelisa yang berada dalam pelukan Aseef itu pantas berdiri untuk melihat keadaan. Terbuntang luas matanya tatkala menyedari chandelier utama Aurelia Drigardon sudahpun mencecah lantai dan berkecai.
Mereka di situ tidak tenang kerana firasat masing-masing mengatakan bahawa kawasan itu sudah tidak selamat. Abelisa saja yang masih meliarkan pandangan ke sekeliling, sehingga matanya tertumpu pada seorang lelaki yang terbongkok-bongkok keluar dari dewan itu.
Oh tolonglah, taktik sampah zaman bila ni?
Tanpa melengahkan masa, dia berlari pergi ke arah orang tua itu. Dengan pantas dia menurunkan kain yang melitupi hampir seluruh wajah lelaki tadi.
Melihat wajah di sebalik itu, dia tidak terkejut. Dia sudah sangkakan perkara ini.
Sultan Riyadh.
"Jadi, kau yang nak bunuh aku?" Nadanya tidak ada rasa gentar sedangkan lelaki di hadapannya ini sudah panas dengan hanya melihat wajahnya. Sultan Riyadh tidak pernah sukakan kehadiran Abelisa.
"Kau memang patut mati dari dulu. Kehadiran kau hanya merumitkan segalanya."
"Gila."
Walaupun hanya sepatah perkataan yang keluar daripada bibirnya, ternyata Sultan Riyadh tidak boleh menerima. Hampir saja dia melempang wajah Abelisa sebelum tubuhnya ditolak kasar oleh gadis itu.
"Berani kau panggil aku gila?" soalnya sambil menggosok dada.
"Kau siapa untuk aku takut? Disebabkan kegilaan kau, aku langsung tak ada peluang nak tengok ibu bapa aku. Apa kau rasa masa kau buat macam tu? Puas? Lega?" Abelisa menahan tangisnya. Matanya sudah merah dan berair. Terbakar rasa hatinya. Ikutkan perasaan, dia mahu rentungkan si gila ini di sini juga.
Tangannya digenggam erat. Dapat dia lihat, uratnya kini sudah menyala. Sultan Riyadh pun pasti menyedarinya kerana wajah itu kelihatan gelisah dan ketakutan.
"Abelisa, kenapa kau kembali?" Sultan Riyadh memberanikan diri membalas renungan Abelisa.
"Saja, nak tengok sejauh mana kau mampu tipu semua orang." Setelah itu, Sultan Riyadh ditolak sekali lagi dan lelaki itu jatuh ke dalam bulatan bercahaya sebelum mendarat di dalam tasik yang entah di mana.
"Tolong!"
Grrr...
Sultan Riyadh menoleh perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya dia melihat segerombolan buaya sedang memerhatikannya.
Tak guna kau, Abelisa!

ANDA SEDANG MEMBACA
Secret
Historische Romane[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...