Bab 49

735 99 14
                                    

KURUNGAN 9, HUTAN LILIN

Sultan Riyadh membetulkan nafasnya yang semput. Derapan kakinya yang tadi bagai tidak memijak tanah kini semakin perlahan. Gelisah yang dirasa usah dikata.

Dia berjaya melarikan diri. Akibat ketakutan, dia cuba mencari setiap jalan keluar yang ada dan akhirnya dia berjaya. Namun entah mengapa dari tadi sepertinya dia masih melalui jalan yang sama.

Kurungan 9, dia tidak sangka kurungan itu begitu menggerunkan. Penjaganya merupakan seekor ular besar yang mampu mengeluarkan api melalui mulutnya. Atau dia patut kata naga? Ah entahlah! Dia tak ada masa nak tenung haiwan menakutkan itu.

Di bahagian dalamnya pula bau hapak dan debu di merata-rata. Tetapi dindingnya dipenuhi akar berduri dan bumbungnya hanya dedaunan pokok kering. Lantainya diperbuat daripada kayu yang mempunyai beribu selumbar dan paku. Tidak terucap rasa ngilu di tapak kakinya sekarang ini.

"Kau takkan boleh terlepas. Ular itu sentiasa memerhatikan kau."

Masih dia ingat kata-kata lelaki bermata coklat gelap tadi. Ryan namanya.

Tapi ternyata mereka salah.

"Huh..." Bibirnya tersungging sinis. Gembira betul gamaknya.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama, tiba-tiba saja di sekeliling Sultan Riyadh membentuk sebuah lingkaran api yang kecil namun jelas mampu membinasakan.

"Abelisa..." Tidak ada yang dia fikirkan selain gadis itu.

Api, itulah simbolik Abelisa Haya. Api itu 'dia'. Sekiranya terdapat sekecil-kecil api di sesebuah kawasan, dia pasti akan menutup mulut. Disebabkan itu selama ini 'kerja kotor'nya dilakukan dalam gelap. Kerana api merupakan 'telinga' Abelisa. Dia sudah arif tentang hal itu kerana kuasa Abelisa dan dia hampir sama.

Tetapi bezanya...

"Nak lari? Sss..."

Abelisa mampu mengubah fizikalnya.

Ular besar yang sepatutnya menjaga kurungan tadi sudah berhadapan dengannya. Tubuhnya melingkar di tanah dan kepalanya yang hampir sedepa jika diukur itu hampir saja membuatkan Sultan Riyadh terjelepok.

"Jadi, selama ini kau yang menjaga aku?"

Ular itu tersenyum.

"Bukan aku yang menjaga kau...ssss..." Abelisa bergerak melingkari gegelung api tersebut. Matanya tidak lari daripada merenung lelaki yang terketar-ketar namun masih berlakon gagah.

"Tetapi dia."

Sultan Riyadh terus menoleh dan dapat dia lihat seekor lagi ular tidak kurang besarnya daripada Abelisa sedang menghampiri mereka dengan kelajuan maksima.

"Berhenti! Abelisa, tolong aku! Tolong, jangan bunuh aku macam ni!"

ZASSSS!!

Semburan api daripada mulut ular yang satu lagi agak mengejutkan Sultan Riyadh. Dia tidak faham mengapa ular itu membina tembok tinggi yang diperbuat daripada api di sekeliling dia dan Abelisa.

"Dia hanya menjaga kau. Aku yang akan menjatuhkan hukuman."

Abelisa yang tadinya merupakan seekor ular tedung kini sudah kembali menjadi manusia. Akan tetapi seluruh tubuh dan wajahnya dipenuhi dengan urat yang mengeluarkan cahaya. Dia nampak seperti sudah retak. Tetapi pada masa yang sama, keretakan itulah yang akan membunuh.

Hutan Lilin terletak di kawasan sempadan Pluvio dan Kavanhill. Biarpun kawasan itu dipenuhi hutan liar, ternyata ada rahsia di sebaliknya. Risiko menyimpan ular yang mampu menyembunyikan 2 buah rumah dalam lingkaran tubuhnya amat tinggi. Tetapi ular itu sendiri berasal daripada puncak gunung di situ. Maka itulah kawasan paling sesuai Kurungan 9 diletakkan. 

Secret Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang