Bab 17

849 136 26
                                    

Keesokan harinya sudah tiba. Waktu senja semakin menjelma. Matahari sudahpun bersedia untuk meninggalkan bulan. Akan tiba masanya bulan itu bakal menyaksikan sesuatu yang mengerikan. Ribuan kematian bakal dipertontonkan kepadanya tidak lama lagi.

Umair yang sekarang ini mengetuai kumpulan dari Al-Qarni gelisah memikirkan Empayar Hagron dan Empayar Lomania yang masih belum tiba. Tidak pernah kejadian ini berlaku sepanjang sejarah Delaney of The Night.

10 Empayar ini perlu membunuh lebih kurang 20,000 manusia. Tidak pernah kurang sejak dulu. Namun apabila ada kerajaan hilang entah ke mana ataupun sengaja tidak menghantar wakil, nescaya angka kematian di empayar lain akan bertambah.

DUM!

Gong pertama sudah dibunyikan. Umair memandang langit yang jingga kemerahan. Dalam hatinya dia sentiasa berharap agar Hagron dan Lomania muncul. Sekurang-kurangnya dia tahu mereka masih ada.

The Dark Reaper memenuhi kawasan itu bersama pedang besar lagikan panjang di tangan mereka. Wajah mereka dilindungi oleh topeng besi yang tidak ada siapa pernah cuba untuk tanggalkan. Membayangkan wajah The Dark Reaper saja membuatkan bulu roma mereka meremang. Pastinya sangat jelik kerana makhluk itu sudah hidup ratusan tahun lamanya.

Mereka bukan manusia malah tidak diketahui secara saintifik. Tetapi mereka bisa berbicara seperti manusia namun suara mereka begitu dalam sehingga yang mendengar pasti akan menggelentar ketakutan.

Sedang Umair ralit memandang ke arah The Dark Reaper yang sudah berkumpul di tengah alam itu, tiba-tiba gong kedua dibunyikan.

DUM!

Umair meredupkan mata sambil menarik nafas sedalam mungkin. Debarannya semakin terasa. Ya Allah, selamatkan Al-Qarni.

DUM!

Apabila gong ketiga dibunyikan, itu tanda untuk semua orang bersedia. Umair memandang tanah tatkala dia merasakan ada perkara aneh yang terjadi. Batu-batu kecil itu terlompat-lompat dengan sendiri sedangkan tidak ada sebarang pergerakan di kawasan itu.

Dan secara tiba-tiba, ada ribuan pasukan kuda putih menyelubungi mereka dari hujung kawasan yang menempatkan tentera rakyat Al-Fakhira sehingga Ridella yang berada di hujung sana.

"Takbir!"

Umair tersentak. Dia kenal suara itu. Itu suara Aseef. Suara yang sudah lama dia tidak dengar khabar tentang orangnya. Tetapi lelaki itu di mana?

"Allahu Akbar!" Laungan itu bergema tanpa mereka tahu datang dari mana. Yang menyambutnya seperti ramai. Tetapi mana?!

Mereka di situ jadi terpinga-pinga. Pandangan meliar namun tidak ada satu pun kelibat manusia yang baru hadir. Semuanya masih sama seperti tadi.

Di hadapannya tatkala ini, dipenuhi kuda-kuda yang sedang menuju ke arah The Dark Reaper. Keadaan menjadi sunyi apabila pergerakan kuda-kuda itu terhenti secara mendadak.

Tiba-tiba salah satu daripada lima makhluk besar itu jatuh ke tanah dalam keadaan badannya terbelah 5. Umair dapat rasakan jantungnya hampir terkeluar melihat perkara yang baru saja terjadi.

Keadaan menjadi sunyi buat sekian kalinya.

Sebelum...

DUM! DUM! DUM!

Matahari sudahpun terbenam di arah barat yang cuma membawa maksud kepada satu perkara.

Delaney of The Night sudah bermula.

Dan entah dari mana pula ada berpuluh-puluh barangkali beribu anak panah berapi dilepaskan ke udara dari belakang mereka.

"Allahu Akbar!"

Setiap telinga yang mendengar laungan itu dapat rasakan badan mereka mengeras. Siapa saja tidak mengenali suara yang mampu menggetarkan jiwa itu?

Permaisuri Adelisa, mereka yakin itu suaranya.

Apatah lagi sebaik sahaja takbir itu dilaungkan oleh Adelisa, kuda-kuda putih di hadapan mereka akhirnya dipenuhi tentera yang memakai pakaian putih. Wajah mereka terlindung di sebalik kain yang turut berwarna putih tidak kira perempuan mahupun lelaki.

Mereka berada dalam kedudukan bersedia seakan sudah lama berada di situ. Adakah selama ini mereka ada, cuma tidak dapat dilihat?

"Allahu Akbar!"

Kali ini, suaranya agak serak basah. Mereka tahu itu suara Puteri Amelia.

Beberapa ketika selepas itu, di kanan dan kiri mereka dipenuhi manusia berpakaian hijau gelap dengan busur panah di tangan masing-masing. Umair langsung tidak dapat lihat di mana Amelia mahupun Adelisa. Tetapi dia terfikir tentang satu perkara.

Adakah mereka akan muncul selepas pemilik kerajaan itu melaungkan takbir?

Maknanya...

"Allahu Akbar!"

Laungan itu kuat dan deras berbanding yang lain. Langit yang asalnya diterangi bintang bertukar gelap. Hadirnya sepasukan tentera udara yang melindungi mereka dari atas.

Kerajaan Ridella, Al-Qarni, Selatan Aragon, V Diore dan Al-Fakhira seakan sedang diselindung. Tatkala ini, Umair yakin tentang sesuatu. Adelisa, Amelia dan Aseef, mereka sedang melindungi kerajaan-kerajaan Islam.

Lihatlah bagaimana tentera Al-Qarni kelihatan sangat kerdil jika dibandingkan tentera-tentera yang lain. Tiba-tiba bunyi ribuan derapan kuda menghampiri. Mereka tersentak namun mereka tidak dapat melakukan apa-apa. Desiran pasir memenuhi udara. Sebelum jeritan dan dentingan pedang kedengaran. Tetapi kenapa mereka langsung tidak bergerak?

Umair dapat lihat betapa keadaan mereka beku sedangkan bunyi derapan kuda berada di sekeliling mereka. Adakah ini bermakna... Mereka juga sudah ghaib daripada pandangan yang lain?

"Dengar sini!" Suara Adelisa bergema. Walaupun mereka tidak nampak dia di mana, tetapi suaranya kedengaran jelas.

"Kita tak akan membunuh sesiapa. Saya arahkan kamu semua pulang dengan tentera kami." Adelisa memberi arahan.

"Tapi tuanku..." Kedengaran ada seseorang cuba membantah tetapi dicantas laju oleh Adelisa.

"Tiada bantahan!"

Umair meneguk liur. Apabila kuda-kuda putih di hadapan menoleh ke belakang, mereka tidak ada pilihan selain beredar dari situ.

Walaupun ada bunyi-bunyi tembakan dan letupan, mereka langsung tidak dapat lihat apa yang berlaku kerana pandangan mereka terbatas dek terlindung dengan jet-jet pasukan Putera Aseef di udara. Tetapi mereka tidak nafikan, ada kelegaan yang hadir di hati masing-masing. Sultan Riyadh yang turut berada di situ hanya senyap dan membantu orang-orangnya untuk beredar.

Jadi, inilah apa yang Adelisa rancangkan buat mereka.

Beberapa jam kemudian, barulah bayangan manusia dari kerajaan-kerajaan itu sudah tiada. Sekarang, hanya tinggal Adelisa seorang diri tanpa apa-apa yang berpihak kepadanya. Di kiri dan kanannya, sedang berlaku peperangan yang mencabut puluhan nyawa.

Ada yang masih nazak dan ada yang sudah tidak bernyawa.

Adelisa menghela nafas lembut sebelum dia mengangkat wajah kepada The Dark Reaper yang turut memandang ke arahnya di sebalik topeng besi itu. Adelisa mengundurkan diri beberapa tapak. Apabila The Dark Reaper itu fikir dia hendak melarikan diri, mereka mula mendekati Adelisa.

Dan ketika itulah, ada senyuman sinis terlakar di bibir Permaisuri Hagron itu.

Secret Where stories live. Discover now