Bab 29

674 123 7
                                    

Grrrr!

Mendengar bunyi itu, Raja Mario terus menoleh dan dia lihat tiga ekor serigala kepunyaannya sedang mengepungnya. Wajah mereka seperti kelaparan untuk membaham daging segar.

Apabila mereka menerkam Raja Mario serentak, bunyi tembakan kedengaran di seluruh kawasan itu. Tiga ekor serigala itu jatuh ke tanah dengan sebutir peluru di dalam tubuh mereka.

"Sejak bila kau orang di pihak dia?" Raja Mario menggeleng. Tangannya yang memegang pistol itu diturunkan. Serigala bodoh! Tuan sendiri pun tak kenal.

"Maaf..."

Raja Mario mencari suara yang tiba-tiba memohon kemaafan. Dahinya berkerut seketika sebelum dia ditendang oleh salah seorang pengawalnya.

Ryan menggigit bibir. Apa benda aku buat ni?!

Ryan baru sedar tindakan gilanya lalu dia cuba melarikan diri. Raja Mario yang menyedari itu pantas bangun dari tanah untuk mengejar insan yang berani menendangnya.

"HUARGH TOLONG!" Ryan rasa mahu menangis saja. Ingat tua-tua ni, sekali tendang mati terus.

BOOM!

Ryan dan Raja Mario, masing-masing terpelanting apabila kilat yang tadinya sedikit reda memanah di hadapan mereka. Kilat itu tidak lagi berwarna putih malah hitam kemerahan yang sangat menggerunkan. Saiznya juga berkali ganda lebih besar.

Baru saja Ryan hendak melarikan diri sekali lagi, dia dibawa ke penjara bawah tanah dalam sekelip mata.

"Ellise!"

"Ryan!"

Kening Ryan hampir bertaut. Adakah... Adelisa melindunginya?

"Mana Si Bangsat tadi?!" Raja Mario masih mencari dan membuatkan dia sedar masa semakin suntuk. Tentera berkuda itu semakin hampir!

Matanya beralih pada pengawalnya yang masih setia menjaga Adelisa. Hal ini tidak boleh terjadi sama-sekali. Dia perlu lepaskan Adelisa. Dan mayat gadis itu sudah pasti dituntut. Seterusnya dia akan mengugut mereka. Maka, dia akan menjadi raja di seluruh kawasan utara, selatan dan timur. Ya, itu rancangannya!

"Lepaska..."

Zap!

Kata-katanya terhenti tatkala dia dipanah malah anak panah itu menembusi perutnya. Raja Mario mendengar langkah seseorang mendekatinya dari belakang. Dia menoleh dalam keadaan perutnya berdarah-darah. Wajah bengis gadis itu dipandang sepi.

Tengku Ismona Khawla.

Buat pertama kali, Tengku Mona menyertai sebuah peperangan demi menyelamatkan sepupunya sendiri. Dia berada di barisan yang paling hadapan dan yang paling awal tiba.

"Don't you dare to touch her." Tengku Mona menarik anak panah dan diletakkan pada busurnya. Namun tidak sempat dia melepaskan anak panah yang mampu menarik nyawa Raja Mario sekali gus, tubuhnya ditolak oleh seseorang yang bertubuh besar.

"Jangan kau berani sentuh raja kami!" kata seorang pengawal istana itu sekuat hati. Raja Mario yang masih kesakitan itu tiba-tiba mengeluarkan sebuah kotak yang mempunyai butang merah.

"Jangan!" Tengku Mona cuba mendekati Raja Mario tetapi lelaki bedebah ini pula menahannya. Tiada cara lain, dia terus menusuk wajah lelaki itu dengan anak panah di tangannya. Lelaki tersebut menjerit kesakitan seraya melarikan diri.

Namun... segala-galanya sudah terlambat.

TITTTT!

Tengku Mona terus memandang Adelisa di belakang sana.

Dan matanya dan mata Raja Mario terbuntang luas apabila Adelisa tidak jatuh malah kilat tadi semakin menjadi-jadi dan menarik tubuh Adelisa tinggi ke udara.

SECRETWhere stories live. Discover now