Bab 55

1.7K 132 57
                                    

MALAYSIA, 2022

Buku setebal 200 mukasurat itu ditutup kasar. Sungguh dia tidak suka pelajaran bernama sejarah. Benda dah lepas kut!

"Itulah sejarah Hagron. Apa pendapat kamu tentangnya, Alif?" soal Cikgu Zara.

Alif yang baru saja hendak melelapkan mata kembali celik. Rengusannya terlepas. Dia tak suka apabila namanya dipetik oleh guru. Tambah-tambah ketika mahu bertanyakan soalan. Dah macam ghaib saja 25 orang yang lain.

"Mengarut! Mana ada orang yang ada kuasa macam tu." katanya jujur.

Cikgu Zara pula hanya tersenyum, tidak langsung mengambil hati. Dah kalau Alif Zaqwan orangnya, memang tak ada insuranslah segala apa yang keluar daripada mulutnya itu.

Emir di belakang hanya memilih untuk mengunci mulut. Dia masih tekun memandang sebuah rajah dalam buku teks Tingkatan 4 itu. Raut wajah yang digambarkan sebagai Sultanah Adelisa dan Sultan Umair ini macam familiar.

Lama dia berfikir, barulah dia teringatkan sesuatu. Seakan ada mentol muncul di atas kepala.

Dia pernah nampak wajah-wajah ini dalam majalah milik kakaknya tempoh hari. Muka Umair seiras dengan Idlan Han yang juga merupakan pewaris Levelled iaitu syarikat penghotelan terkemuka.

Manakala Adelisa pula mengingatkannya kepada Miss Delilah yang dikenali sebagai CEO Amore iaitu syarikat penghasilan coklat-coklat berkualiti dan sangat terkenal di dalam mahupun luar negara.

Tak silapnya dalam artikel yang memaparkan wajah mereka berdua ini, mereka berdua disahkan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

"Oh... patutlah macam pernah nampak." Emir mengangguk kecil.

"Ada sesiapa yang dapat ambil sesuatu daripada kisah mereka?" Kini Cikgu Zara menyerahkan soalan itu kepada semua muridnya yang berada dalam kelas tersebut.

Alif? Sudah hanyut ke lautan mimpi.

"Ya, Nusaibah."

Nusaibah menurunkan tangannya lalu dengan tenang dia berkata,

"Firman Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 126 dan ayat 128, Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar."

"Sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan." sambungnya lagi.

"Saya yakin Puteri Abelisa ialah seorang yang sangat mulia peribadinya walaupun beliau dikatakan tidak berhati perut. Memaafkan seseorang bukanlah sesuatu yang mudah. Melupakan kesalahan orang itu apatah lagi. Dan saya percaya, di akhirnya hanya hati yang menentukan segalanya."

"Kau ingat ni Pendidikan Islam ke?" Alif yang diserang kantuk tadi kembali bersuara. Sengaja hendak menyakitkan hati Nusaibah.

"Maafkan saya, cikgu." Nusaibah menunduk. Dia cuma terlampau meminati kisah ini. Baginya sejarah Hagron L Casa mempunyai perjalanan cerita yang menarik. Dia juga mahu menjadi hebat sepertimana wanita-wanita dalam kisah ini.

"Bagus pemikiran kamu Nusaibah. Kekuatan mereka bukan terletak pada kuasa mereka tetapi kekukuhan iman mereka terhadap agama Allah. Saya percaya kamu akan jadi seorang yang hebat suatu hari nanti."

Alangkah terkejutnya Nusaibah setelah dirinya dipuji. Bibirnya mengukir senyuman manis. Sangat gembira dengan tutur kata Cikgu Zara tadi. Macam mana wanita itu boleh tahu apa yang dia fikir?

"Baiklah, kelas kita telah tamat. Make sure homework saya disiapkan sebelum minggu hadapan. Emir, jangan lupa!"

"Baik, cikgu!" sambut Emir dengan bersemangat. Terhinjut bahu Alif di depannya.

Secret Where stories live. Discover now