Sultan Riyadh sudah lega dan pulih seperti sediakala pada keesokan harinya. Tidak ada sesiapa pun tahu mengapa. Namun lelaki itu dibenarkan berehat di Istana Hagron memandangkan Istana Ridella masih berada dalam siasatan pihak berkuasa.
"Kau kan angkara semua ni?" Noah terus menyerang gadis yang sedang bersantai di tepi kolam renang itu. Semasa dia tiba tadi, hampir saja dia ingat dirinya dipermainkan setelah melihat keadaan Sultan Riyadh yang sihat walafiat.
"Duduk kalau tak nak kena tendang masuk kolam." arah Abelisa. Sudahlah otaknya penat, ditambah pula kusut dengan orang-orang sebegini.
Walaupun agak was-was, namun dia turutkan saja. Melihat Abelisa yang bertudung juga membuatkan dia berhati-hati. Adelisa dan Abelisa dahlah macam tak ada beza.
Kata Aseef, kedua-dua kakak kembarnya mempunyai ukuran rambut yang berbeza. Boleh pula dia nampak rambut diorang kalau macam ni? Haih...
"Kau kata ada cara lain melepaskan dendam." Tiba-tiba saja Abelisa membangkitkan hal yang sudah lama dibincangkan.
"Aku..." Noah buntu. Dia main cakap saja. Hakikatnya sampai sekarang dia tidak tahu.
"Aku dah tahu."
"Kau dah tahu?" Berkerut dahi Noah memandang Abelisa yang masih beriak kosong.
"Memaafkan... Itu cara lainnya."
Noah terdiam seketika. Langsung tidak mengagak jawapan itu.
"Dan aku minta maaf, Noah. Aku gunakan kau untuk balas dendam kepada datuk."
Lagilah terkunci bibir Noah dibuatnya. Hai, anak saudaranya ini kena sampuk dengan hantu air ke apa?
"Okey tak ni?"
"Pernah nampak okey ke?"
Noah tersenyum saja. Teragak-agak dia mengusap kepala Abelisa yang dilindungi dengan selendang hitam itu. Abelisa pula kejung diperlakukan sebegitu.
"Aku maafkan kau."
"Terima kasih."
"Aku akan terima kasih kau kalau kau jawab soalan aku."
Abelisa terus memandang Noah tidak puas hati. Ambil kesempatan nampak! Dia cuma mengangkat sebelah kening untuk menyuruh Noah mengutarakan soalannya.
"Boleh aku tahu kenapa kau urm... kena menari masa kau ada di sekeliling api?" Seingatnya, dia pernah nampak Abelisa menari tapi disebabkan pergerakan gadis itu aneh, dia jadi tertanya-tanya.
Abelisa yang mendengar soalan itu terus merah wajahnya. Dia termalu sendiri. Menyesal rasanya memperlihatkan gerakan tubuhnya kepada manusia-manusia di sini.
Tak apa, nanti dia boleh hilangkan ingatan Noah dan yang lain tentang hal itu.
"Aku perlu mengawal api daripada tiupan angin. Sama seperti mengawal anak panah sebelum dilepaskan. Hanya dengan lenggok tubuh saja aku boleh kawal. Tapi kalau aku biarkan ia bebas. Ia akan huru-hara. Bergantung kepada situasi."
Ya, situasi. Di Hutan Lilin, dia lepaskan saja api tersebut tanpa mengira arah. Akhirnya pokok-pokok di situ yang menerima akibatnya. Mujurlah hutan tersebut luas. Jika tidak, pasti kota Pluvio dan Kavanhill rentung pada keesokan pagi.
"Okey, lagi satu soalan."
"Banyaklah!"
"Baru dua, Abelisa."
Abelisa merengus. Dia ingat di kaunter pertanyaan ke?
"Kau akan hukum sultan?"
"Sekecil-kecil dalang yang bersubahat dalam hal ini pun aku cari dan seksa. Apatah lagi kepalanya kan?" Abelisa mengocak air dengan kakinya. Soalan apakah itu? Dia tak adalah baik sangat.
"Tapi kau kata kau dah maafkan."
"Aku cuma bagitahu ada cara lain. Ada aku bagitahu kau aku dah maafkan dia?"
Noah bungkam. Oh, betul juga.
PADA malam itu, Abelisa duduk di hadapan pancuran air pula. Melihat air yang tenang sangat membantu meredakan bara hatinya.
"Tengah sedih melayan perasaan ke? Sejak bila putus cinta?"
Tanpa salam mahupun pembuka bicara, Adelisa terus menyerang kakaknya itu.
"Lama jugaklah terputus tu tapi masih terasa." Sebenarnya dia baru saja melawat makam sultan dan sultanah Hagron yang juga merupakan arwah kedua ibubapanya.
"Ohh..." Adelisa mengangguk saja. Melihat wajah yang cukup suram itu membangkitkan tanda tanya.
"Cuba bagitahu kau kenapa? Macam besar je masalah." Dia ingatkan semua benda dah selesai. Sultan Riyadh pun sedang menunggu hukuman.
"Aku menyesal."
"Balik ke sini?"
Abelisa menggeleng.
"Aku menyesal dengan cara hidup aku selama ni. Selepas aku dilepaskan oleh orang yang menjaga aku dulu, hidup aku jadi tak tentu arah. Solat sudah lama aku tinggalkan, al-Quran apatah lagi. Aku tayang tubuh dan aurat aku kepada musuh demi membunuh..." Tidak semenanya, air mata Abelisa mengalir.
"Aku menyesal sangat."
Adelisa mengangguk walaupun dia agak terkejut mendengar luahan itu. Jadi suara merdu yang membaca al-Quran pada waktu Maghrib tadi merupakan kakaknya sendiri? Mereka fikir radio tilawah mana sedang dibuka.
"Ada seseorang pernah beritahu aku, walau apapun yang terjadi, berpeganglah pada agama kita."
"Siapa yang kata?"
"My bintang hati."
Abelisa mengangguk dengan senyuman nipis. Mereka berdua mendongak ke langit. Tanpa sedar, mereka sedang melihat ke arah bintang yang sama.
"Seburuk-buruk manusia dan sebaik-baik manusia hanya Allah yang tentukan. Mata manusia terlampau hina untuk melihat semua itu kerana mereka cepat menghukum."
Adelisa berkata-kata sambil matanya tidak lepas daripada langit. Cantik pula langit pada malam ini.
"Adel..." panggil Abelisa.
"Hm?"
"Macam mana kau boleh kuat?"
Adelisa tergamam namun senyumannya tetap terukir. Ada kejadian yang hanya mereka berdua sahaja tahu. Kejadian itu membuatkan dia terpaksa mengorbankan kebahagiaannya.
"Selepas perjanjian tu sejujurnya aku lemah. Tapi aku kuat kerana rakyat. Kalau bukan aku, siapa lagi kan?"
"I'm proud of you." Abelisa memandang Adelisa yang ceria saja wajahnya. Sedalam itukah cintanya dia kepada rakyat? Andai rakyat Hagron tahu apa yang telah Adelisa korbankan, nescaya tidak ada seorang pun akan memalingkan wajah mereka.
Ia begitu rumit.
Begitu sakit.
Masih dia ingat jeritan derita seorang adik yang merayu meminta sokongan daripadanya. Pelukan eratnya yang menunjukkan bahawa dia tidak kuat menerima semua itu. Tangisan teresak-esak dan raungan seorang Adelisa masih jelas dalam fikirannya.
Dia masih ingat.
Semuanya.
"Tolong jaga rakyat aku."
"Kau tahu aku tak sebaik tu."
"Balaslah dendam kau pada orang yang sepatutnya. Tapi tolong, jaga yang lain."
![](https://img.wattpad.com/cover/306890004-288-k671865.jpg)
YOU ARE READING
Secret
Історичні романи[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...