Tinggal lagi sebulan sebelum Delaney of The Night berlangsung. Rata-rata empayar sudah melakukan persiapan. Termasuk Lomania, kerajaan yang bernaung di bawah Amelia.
Pulau Basilius tatkala ini meriah dengan suara pahlawan-pahlawan mereka. Sebuah keraian dilaksanakan untuk mengingati pahlawan yang akan pergi dan mungkin tidak akan kembali. Walaupun tidak pernah terjadi, tetapi tidak ada sesiapa dapat meneka bila maut akan menjemput. Jika tidak dibunuh, serangan jantung pun boleh berlaku secara tiba-tiba. Hal itu juga membawa kematian.
Dalam Delaney of The Night, 20 ribu orang biasanya tewas dari 10 empayar tersebut. Mereka cuma bersiap-siap andai antara mereka ada yang bakal terkorban.
Disebabkan itulah Adelisa begitu serius dalam memerangi tradisi ini. Rakyat Hagron mungkin ada yang dibunuh rakyat Lomania, begitu juga sebaliknya. Tradisi ini cuma melahirkan pembunuh yang mengkhianati kerajaan sesama mereka. Adelisa tidak mahu kerajaan-kerajaan Islam ini bermusuhan suatu hari nanti.
"Seronoknya." Tiba-tiba seorang gadis mendekati mereka dengan senyuman manis. Melihat kehadiran gadis itu, terus bersorak semua orang yang ada di situ.
"Apa tuan puteri buat di sini?" soal seorang pahlawan tersebut. Wajah Amelia ditatap dalam. Memang cantik orangnya.
"Saja, nak melawat kawasan. Selepas ini saya akan ke Pulau Al-Karun pula. Nak pesan apa-apa ke?" soalnya dengan kening terjongket.
Mereka di situ ketawa.
"Kami dah berjumpa dengan keluarga. Apa yang mungkin berlaku selepas ini semuanya sudah diterangkan kepada keluarga kami." Jelas ketua pahlawan yang boleh dikatakan masih muda itu.
"Oh baguslah macam tu." Amelia menggumam sendiri. Apabila dia berdiam terlampau lama, mereka di situ jadi tertanya-tanya.
"Tuan puteri ada perkara nak beritahu kami ke?"
Amelia tersengih. Nampak sangat ke dia tengah fikir sesuatu?
"Ada, tapi saya tak tahu sama ada kalian akan terima permintaan saya ataupun tidak. Sebab perkara ini agak berat."
"Apa saja untuk tuan puteri yang tercinta." balas seorang pemuda di situ dengan gaya tangan diletakkan di dada. Terus dia disekeh ketua pahlawan. Menggelupur dia jatuh dari kerusi sebelum diketawakan oleh orang ramai.
"Apa permintaan itu, tuan puteri? Insya-Allah, kami akan bantu semampu kami."
Amelia tersenyum nipis.
•••
Aseef bernyanyi kecil sambil menjelajahi taman bunga di Istana Hagron. Kakinya menyepak batu-batu kecil yang ada di situ sebelum tiba-tiba ada batu kerikil mendarat di dahinya.
"Aduh!"
Skskkk!
Aseef menoleh pantas apabila mendengar bunyi tersebut. Rasanya itu bunyi dari semak-samun yang berada di situ. Ini hantu siang ke? Dia patut baca ayat kursi ke sekarang?
"Siapa tu?!" Agak terketar nadanya. Manalah tahu keluar harimau tiba-tiba. Tapi, apa kejadahnya harimau nak baling batu kat aku? Berkerut kening Aseef memikirkan andaiannya itu.
Tiba-tiba terdengar gelak tawa seseorang di sebalik semak di sana, Aseef mengangkat kening. Tawanya halus, pasti perempuan. Tapi perempuan mana pula nak cari pasal dengannya. Ini taktik mengurat ke apa?
"Kalau kau tak keluar sekarang, aku pergi terjah." Biar terkencing dekat situ.
Ayat akhir tu biar bermaharaja lela dalam hati saja. Kedengaran tak senonoh pula. Kalau Adelisa atau Amelia dia tak kesah. Tapi dia yakin bukan. Nada tawa mereka jauh sekali. Kakak-kakaknya itu gelak bukan main, raksasa pun ayu lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/306890004-288-k671865.jpg)
YOU ARE READING
Secret
أدب تاريخي[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...