"Rupanya Adelisa memang tak buta." Tok Salloman tersenyum lembut ke arah Amelia yang sedang melipat gebar untuk diedarkan kepada orang ramai. Setelah mereka tiba, masing-masing mengambil kesempatan untuk menolong antara satu sama lain tidak kira berlainan kerajaan.
Amelia membalas senyuman itu. Memang rata-rata rakyat yang tinggal di Kota Diraja Hagron tidak sangkakan perkara itu. Selama ini walaupun Adelisa tidak berkelakuan seperti orang buta, mereka memang sudah menganggap gadis itu buta.
"Nampaknya macam itulah, tok. Saya minta maaf bagi pihak Adelisa sebab terpaksa menipu semua orang."
Tok Salloman mengangguk. Tetapi wajah gelisahnya sangat jelas sehingga Amelia sedar akan perkara itu. Dipandang Tok Salloman yang sekali-sekala melirik ke arahnya.
"Tok..."
"Ya!"
Terperanjat Amelia apabila Tok Salloman membalas laju. Tok Salloman yang menyedari ketelanjurannya menggaru kepala. Amelia pula terhibur melihat wajah bersalah tersebut.
"Tok nak tanya saya apa-apa ke?" Amelia meletakkan gebar yang sudah dilipat ke atas meja sebelum menoleh ke arah lelaki tua itu.
Tok Salloman melihat ke arah sekelilingnya lalu dia mendekati Amelia. Gayanya memang akan diragui jika dilihat oleh sesiapa.
"Berkenaan kuasa Adelisa."
Amelia agak tersentak, namun dia tidak membalas apa-apa. Hanya telinganya saja dibuka untuk mendengar apa yang Tok Salloman hendak bagitahu.
"Kuasa Sultan Mirhad dan Permaisuri Mutiah, tok dapat rasa kedua-duanya pada Adelisa. Betul?"
Amelia menggigit bibir. Tidak tahu apa yang patut dia balas.
"Tapi, tuan puteri. Saya khuatir Permaisuri Adelisa tidak mampu menampung kuasa ini. Tambahan lagi dia mempunyai 3 kelebihan. Satu lagi dia mampu menghilangkan seseorang daripada pandangan. Dan hari tu, dia melindungi dua buah kerajaan. Tok bimbang dia tak kuat, tuan puteri." Tok Salloman menunduk. Wajah berkedutnya keruh memikirkan Permaisuri Adelisa yang banyak berkorban buat mereka.
"Ermmm, saya pun bimbangkan Adelisa. Tapi tok, setahu saya Adelisa sudah turun ke kota sejak kecil. Tok memang tak kenal dia ke?" Pelik juga Amelia sebenarnya. Kebanyakan orang tua di Kota Diraja Hagron bermain dengan Adelisa. Tetapi mereka gelar Adelisa sebagai Sumayyah. Dan apabila Adelisa muncul tempoh hari, tidak ada pula yang mengecam Adelisa.
Dia akui, tidak banyak tentang Adelisa yang dia tahu ketika adiknya itu masih kecil.
"Sumayyah duduk di Kota Diraja Hagron ketika dia masih bayi. Sekejap saja tok rasa. Dia pasti tak tahu penduduk di situ tahu namanya Sumayyah. Dia hanya ingat Bonda Lita yang menggelarkannya Sumayyah."
"Maknanya sejak dari awal kalian semua tak kenal keluarga diraja? Langsung tak pernah jumpa?"
Tok Salloman menggeleng.
"Kami sepatutnya tidak didedahkan dengan sebarang maklumat selagi pewaris diraja tidak mencecah usia 18 tahun."
Amelia mengangguk. Dia cuma tahu penduduk Kota Diraja Hagron tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai pemerintah. Errodian, Pluvio, Kavanhill, penduduk di sana tahu saja tentang mereka malah sering menerima lawatan diraja.
Sudah tentu, ada sebab mengapa ia dirahsiakan daripada penduduk Kota Diraja Hagron.
Kota Diraja Hagron adalah kawasan yang sangat dilindungi. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu tentang keberadaannya. Di situ juga, hidupnya kembali seorang puteri yang menghadapi kematian selama 12 jam. Di situ, tumpahnya darah seorang permaisuri yang melahirkan seorang pewaris takhta. Di situ, banyak rahsia yang tersembunyi.

YOU ARE READING
Secret
Ficción histórica[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...