"Kau nak buat apa pada mereka?" Dalam sekelip mata, tangannya diragut seseorang. Hampir terdorong tubuhnya ke belakang.
Dengan tangkas Abelisa menolak tubuh itu kembali dan tidak dijangka lelaki itu akan terus menyerangnya. Serangan demi serangan ditepis dengan mudah. Sehinggalah... kain yang tadinya menutupi hampir separuh wajah lelaki itu jatuh.
Pergerakan Abelisa terhenti, begitu juga lelaki itu. Mereka sama-sama membeku.
"Kau tak puas hati apa lagi ni?" Abelisa memandang lelaki yang bernama Noah Zulfiqar itu. Macam mana dia tahu? Lelaki ini juga merupakan keluarganya atau lebih tepat, bapa saudaranya. Berumur 48 tahun dan berstatus duda tanpa anak.
"Kau kenal aku siapa?" Sengaja Noah menduga. Melihat wajah beku Abelisa, sukar untuk dia tebak apa yang gadis itu rasakan tatkala ini.
"Penting ke untuk masa depan aku?" Berani sekali Abelisa membalas. Dipandang tangan yang mencengkam lengannya sebelum dengan kasar dia merentapnya kembali.
"Aku nak kau bawa aku kepada budak-budak tu." Tanpa rasa takut dia meminta. Rata-rata manusia tidak langsung berani membantahi Abelisa, melihat wajahnya yang ketat apatah lagi. Ini siap beri arahan, nak tempah maut ke?
"Cari sendiri. Ada mata, telinga, mulut. Otak kau pun rasa bergunalah jugak." katanya sebelum berjalan pergi. Tetapi tidak sempat langkahnya masuk langkah kedua, lehernya terlebih dahulu ditahan dengan sebilah pisau.
Abelisa berdecit perlahan apabila lehernya terhiris sedikit sehingga mengeluarkan darah.
"Jangan main-main dengan aku, Abelisa." Tegas suaranya menandakan dia benar-benar mahu tahu keberadaan anak-anak itu.
"Aku tak bodoh nak main dengan manusia tak faham erti putus asa macam kau." Nadanya tegang. Sakit pulak hatinya. Datang manalah lelaki ini, tadi tak ada pun.
"Kalau macam tu bagitahulah!"
Tak sempat Noah menarik rambut palsu Abelisa, tiba-tiba gadis itu menoleh dan menolaknya dengan kasar.
Seakan baru tersedar dari mimpi, dia masuk ke dalam satu bulatan yang bercahaya sebelum jatuh ke atas lantai bersimen dan jeritan nyaring kedengaran memekak di telinganya.
"Siapa pak cik ni?!"
"Tu bukan Putera Ridella ke? Pak cik tengkorak kau!" Kepala rakannya disekeh.
"Apa tuan putera buat di sini?" Anak bongsu kepada Sultan Riyadh tersebut dipandang dengan wajah kepelikan. Mata itu membulat besar seakan tercari-cari sesuatu.
"Kamu semua yang Abelisa culik?"
"Abelisa?"
"Siapa Abelisa?"
Yakinlah Noah, Abelisa tidak memberitahu identiti sebenarnya kepada mereka ini. Entah apalah rancangan Abelisa, tetapi dengan membahayakan nyawa budak-budak ni, sangatlah tidak patut!
"Saya bantu kamu semua untuk keluar. Mari." Ini kawasan terpencil yang terdapat bangunan lama sebuah istana. Pastinya mereka sedang berada di bahagian penjara bawah tanah. Lihatlah lampunya yang malap dan baunya yang tidak berapa enak.
"Macam mana?"
Noah menggunakan kepakarannya. Batang besi dicari sebelum dalam sekelip mata dia membuka pintu penjara tersebut. Terus bunyi 'wow' dari belakang memasuki halwa telinga.
"Keluar dan hati-hati. Kalau berjumpa dengan Abelisa lagi, sembunyikan diri."
Mereka mengangguk dan terus berlari pergi. Takut memang takut. Walaupun Abelisa tidak memberi apa-apa amaran, mereka tahu gadis itu bukan seseorang yang boleh dipandang rendah. Tapi ini sajalah peluang mereka.
Salah seorang daripada mereka berhenti apabila teringatkan sesuatu. Kepalanya menoleh kembali pada Noah yang masih berada di dalam penjara tersebut.
"Tuan putera bagaimana?"
"Pergi saja." Noah nekad, dia perlu ada di situ ketika Abelisa datang kembali. Dia akan bunuh Abelisa ketika itu. Puteri Hagron L Casa itu sudah melampaui batas!
YOU ARE READING
SECRET
Misterio / Suspenso[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...