Abelisa meletakkan Tengku Madiha di atas katil. Akibat anak saudaranya yang seorang itu tergedik-gedik mahu mengikutnya, tertidur terus dia akibat penat.
Manalah Tengku Madiha tahu dia akan bersenam tengah malam ini. Rajin sangat kan nak ikut? Nasib kaki tu masih ada.
Dahi anak kecil itu dikucup lembut sebelum gebar ditarik hingga ke paras dada. Wajah polos itu dipandang lama sebelum ada senyuman terbit di bibir Abelisa.
"Tuhanku, lindungilah mereka." Ubun-ubun Tengku Madiha dielus. Sungguh, dia tidak mahu Tengku Madiha dan kanak-kanak lain hidup dalam kesusahan sepertinya. Andai nanti kerajaan ini ditimpa masalah, dia sangat berharap dia mampu melindungi mereka.
"Mak Ngah..."
Terkejut Abelisa apabila mendengar seruan yang halus itu. Dia palingkan tubuh menghadap Tengku Faiz yang sedang menggosok mata. Nampak macam baru bangun tidur.
Awalnya bangun, tahajjud ke?
"Kenapa ni?" Bahu Tengku Faiz diusap.
"Faiz nak tidur dengan Mak Ngah boleh?"
Eh?
"Sebelum ni okey aje tidur tak ada Mak Ngah." Abelisa bukan mahu menolak. Tapi, runsing jugak dia. Mereka baru saja mengenalinya hari ini. Macam mana mereka boleh meletakkan kepercayaan setinggi itu?
"Sebelum ni ada Pak Usu."
"Aseef?" Pak Usu mana lagi kan?
"Haah, orang tua tu. Tapi harini dia sibuk. Dia pergi joging kat luar tu. Takkanlah Faiz nak ikut." Tengku Faiz mengeluh.
Abelisa tertarik dengan perkataan joging yang diutarakan oleh Faiz. Dia tak nampak pun Aseef masa dia berlari tadi.
"Okey, boleh. Tapi Faiz masuklah bilik Mak Ngah dulu. Mak Ngah nak cari Aseef kejap."
Tengku Faiz melompat sambil bertepuk tangan sebelum berlari pergi. Tersentak Abelisa dibuatnya. Amboi, tadi bukan main muka macam tak tidur 4 hari.
Tanpa melengahkan masa, dia terus melangkah keluar. Sekarang jam menunjukkan pukul 1 pagi. Masa dia berlari tadi pun mengambil hampir 1 jam. Kalau Aseef joging di sekeliling istana, mustahil dia akan tamat pada waktu ini.
Abelisa mengangguk yakin. Apabila dia melangkah keluar, ada pengawal mengikutinya dari belakang.
"Kenapa ikut aku?" Sebenarnya dia hampir melatah. Mahunya tak terkejut bila beralih aje ada makhluk bertopeng ni.
"Ampun, tuan puteri. Saya perlu ikut sebab dah lewat malam." kata pengawal bertubuh sasa itu.
"Tak perlu, aku nak cari Aseef. Dia ada keluar kan?"
Pengawal itu terdiam beberapa ketika. Mungkin ingin mengingati jika Aseef ada keluar.
"Ya, ada. Tapi, tuan puteri kan perempuan. Bahaya."
Abelisa tahan perasaan. Niat pengawal ini mestilah untuk melindungi. Tetapi perlukah ayat 'tuan puteri kan perempuan' itu?
Selama ini dia hidup seorang saja, dah berpuluh jenis parut di tubuhnya. Parut terbakar, parut tembakan, parut hirisan, parut melecur dan sebagainya.
Abelisa tidak mahu melenting. Benar, kudrat lelaki lebih kuat daripada perempuan. Tetapi ini tidak bermakna perempuan langsung tidak berkudrat. Cuma jangan dicabar jika tidak mahu hilang kepala.
Dia pernah hilangkan kepala seseorang ke?
Ya.
"Kau rasa dalam istana dan hutan belantara sana ada berapa pengawal yang jaga?"
Sekali lagi, pengawal itu terdiam. Mungkin bahasa Abelisa sedikit kasar, tapi dia seakan dapat melihat lagi satu persamaan Abelisa dan Adelisa. Kata-kata mereka yang mampu mendiamkan sesiapa saja.
"1000 di dalam kawasan istana, dan hanya dua orang pemburu saja yang selalunya menjaga hutan belantara." jawabnya tersekat-sekat.
"Jadi, antara 2 orang dan 1000 orang. Kau rasa mana lagi selamat untuk aku?"
Pengawal itu menunduk. Sedihnya kena marah tengah malam ni.
"1000 orang, tuan puteri."
Abelisa menjeling. Dah elok mood-nya tadi, dikusutkan pula oleh pengawal seorang ini. Elok saja Aseef itu tak berteman. Datang dia, kena ada pula?
Nafas dihembus kasar. Malas memikirkan soal remeh itu, sekarang dia hanya perlu mencari adiknya.
Kduk!
Langkah Abelisa terhenti. Matanya meliar ke sekeliling. Sudah jauh dia berjalan, tapi bayang Aseef masih tidak dilihatnya. Sudahnya ada bunyi aneh pula.
Kduk!
Terdapat bayang seekor kuda di hujung sana. Abelisa tidak berlengah, malah dia terus berlari ke arah itu dengan hati yang tertanya-tanya.
Aswad baru saja mendarat sebelum ada cahaya menyinar di tubuhnya. Beberapa detik kemudian, fizikalnya sudah bertukar kepada seorang lelaki.
"Aseef!"
"Woi!" Aseef terdorong ke belakang. Berdegup kencang jantungnya apabila tiba-tiba ada orang menegurnya. Tapi apabila melihat wajah Abelisa, dia menghela nafas tenang.
Nasib.
Hanya Abelisa saja tahu bahawa Aseef ialah Aswad dan Aswad ialah Aseef. Segalanya kerana pertemuan pertama mereka di atas bukit tempoh hari.
"Joging ke?" Abelisa menjongketkan kening.
"Joginglah ni." Aseef membuat gaya flip-hair sebelum dia membuka langkah meninggalkan Abelisa.
Geleng kepala saja Abelisa melihat kelakukan adiknya yang seorang itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Secret
Fiksi Sejarah[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...