Bab 8

1K 139 25
                                    

"Allah Allah." Aseef tidak senang duduk. Kejap dia bangun, kejap dia berjalan.

"Tak, sekarang ni Adelisa yang nak naik takhta. Kau dah kenapa?" Marah Amelia. Boleh pula selamba badak adiknya itu berjalan-jalan di hadapan ribuan wakil dari kerajaan luar. Tahulah adik kepada bakal permaisuri pun.

"Aku kan adik yang memahami. Lagipun upacara mana mula lagi." Dia menjeling Amelia. Sikit-sikit nak marah. Tak sukalah!

Aseef meliarkan pandangan matanya. Hasratnya cuma untuk mencari rakan baiknya itu. Apabila sudah kelihatan, pantas dia memberi isyarat kepada Umair.

Amelia hanya diam di situ. Malas melayan Aseef yang macam daun keladi ni. Apa yang orang cakap, semua dia tepis dengan mudah.

"Assalamualaikum." Umair menegur Amelia yang sedang ralit merenung tablet di atas riba. Amelia yang sedang membaca artikel tentang Pulau Al-Karun dan Pulau Basilius itu terperanjat.

"Ai, aku yang panggil. Dia yang kau tegur." Aseef mencekak pinggang.

"Kakak kau kan, kenalah tegur dulu." Umair senyum saja. Antara Amelia dan Adelisa, kakak bekas rakan sekelasnya itu lebih senang didekati kerana sifatnya yang semulajadi mesra.

"Ya, waalaikumussalam. Sembanglah dengan Aseef ni. Boleh sawan kalau Umair tak teman dia." balas Amelia.

Umair mengangguk. Aseef pula hanya reda dapat kakak yang terlampau straightforward ni.

Amelia melakarkan senyuman sebelum pandangannya kembali pada tabletnya itu. Pulau Al-Karun dan Pulau Basilius adalah kepunyaannya yang sah. Walaupun jaraknya agak jauh tetapi mereka sering berhubung. Pulau Al-Karun menempatkan para pahlawan yang sedang berada dalam latihan dan ahli keluarga penduduk manakala Pulau Basilius untuk para pahlawan yang sudah bersedia untuk dibawa ke medan perang.

Dua buah pulau ini berada di bawah satu pemerintahan.

Itulah Lomania. Tidak ada sesiapa tahu siapa pemerintahnya kecuali ahli dewan diraja dan pemerintah dari kerajaan luar. Amelia lebih selesa jika identitinya hanya didedahkan ketika perlu sahaja. Setakat ini, semuanya berjalan lancar.

Dan dengan izin Yang Maha Berkuasa, ia akan terus lancar sehingga ke akhirnya. 

•••

Istiadat pertabalan diadakan dengan penuh tatatertib dan protokol. Para hadirin sudahpun memenuhi ruang di dalam dewan. Yang berada di atas singgahsana pada ketika ini adalah Sultan Riyadh.

Walaupun Sultan Riyadh memerintah Ridella, dia tetaplah yang paling tua di dalam keluarga diraja itu. Hagron dibina dengan hasil titik peluh puteri ketiganya, Almarhumah Permaisuri Mutiah Qillani. Sehinggalah kini, dia akan menyerahkan hak itu kepada Adelisa kerana hanya dia yang berhak selepas Permaisuri Mutiah dan Sultan Mirhad.

Istana Hagron L Casa menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam sejarah. Puteri Adelisa bakal ditabalkan secara rasmi sebagai permaisuri yang kedua selepas Permaisuri Mutiah. Bezanya, Adelisa memerintah dengan tangannya sendiri tanpa seorang sultan di sisi.

Istiadat tersebut berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat. Istiadat gilang-gemilang yang mengangkat kedaulatan permaisuri sebagai Ketua Tertinggi Kerajaan itu bermula tepat 11 pagi sebaik sahaja Puteri Adelisa Noor binti Sultan Mirhad Yasser Al-Mutaqqin berangkat masuk ke Aurelia Drigardon, Istana Hagron L Casa bagi memulakan istiadat.

Alunan tiupan nafiri daripada Angkatan Tentera Hagron dan paluan nobat daripada Kumpulan Nobat Diraja Errodian bergema mengiringi keberangkatan masuk Puteri Adelisa Noor diapit panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama selain panglima-panglima lain yang membawa alat-alat kebesaran diraja.

SECRETWhere stories live. Discover now